Penjejak Awan dan Penjejak Badai
Satu pengakhiran
Pedang setiawan, antara komik old school yg aku baca sehingga kini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi kebiasaan untuk aku mencari dan membeli komik Hong Kong versi bahasa malaysia ni setiap 2 minggu sekali. Sebelum popularnya Manga dari Jepun dalam tahun 90an dahulu, komik Hong Kong telah mula bertapak di hati para remaja pada ketika itu. Dan kini, bagi orang2 yang seangkatan dengan aku, sudah pasti mereka masih lagi mengikuti komik ini.
Diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited, Keluaran isu pertama di Hong Kong bermula dari tahun 1989 sehinggalah sekarang. Manakala, keluaran versi bahasa malaysia yang pertama adalah dalam sekitar awal 90an, dan aku cuba untuk tidak miss setiap issue keluarannya.
Pencipta Pedang Setiawan
Pencipta komik ini ialah Ma Wing Sing, satu nama yang tidak asing dikalangan pembaca komik Hong Kong seperti aku ini. Nama komik versi Hong Kong ini ialah Fung Wan (terjemahan secara literal: angin dan awan), manakala atas dasar pemasaran di Malaysia, ianya dinamakan sebagai Pedang Setiawan. Di awal pembabitan beliau dalam bidang ini bukanlah satu perkara yang mudah, lebih2 lagi dalam usaha untuk memperkenalkan watak2 utama Pedang Setiawan; Penjejak Awan dan Penjejak Badai.
Apa yang aku lihat sejak keluaran dari pertama, berlaku perkembangan baik dari segi gaya lukisan, strok lukisan, watak2 utamanya, jalan ceritanya sehinggalah warna setiap gambar. Boleh dilihat pada masa mula2 ianya diterbitkan, gambar2 didalam komik itu dilukis dgn begitu seni sekali. Dan sekarang dapat dilihat ada penggunaan software komputer dalam gambar yang dihasilkan.
Kata Mah Wing Shing, atas perkembangan watak2 dalam komik Fung Wan (Generasi 1 Pedang Setiawan), telah pula muncul pahlawan2 generasi 2 yang lebih berfokuskan kepada Penjejak angkasa (anak Penjejak Awan) dan Yi Feng (anak Penjejak Badai) manakala nama komik Fung Wan telah di tukar ke Tin Ha (terjemahan secara literal: Di bawah langit). Apa yang aku lihat, gandingan watak2 anak beranak itu sebenarnya dapat memberikan satu jalan cerita yang lebih baik dan antaranya ialah menunjukkan satu hubungan keluarga yang kadangkala ada pasang surutnya. Contohnya hubungan Yi Feng yang tidak berapa akrap dengan bapanya, Penjejak Badai dimana sejak kecilnya, Yi Feng telah dibesarkan oleh bapa angkatnya di sebuah pusat perjudian. Manakala Penjejak Angkasa pula sering dibayangi oleh kepahlawanan Penjejak Awan dan lebih mengagungkan bapanya.
Sudah lebih 20tahun komik Pedang Setiawan ini berada dipasaran dan atas populariti yang begitu mengagumkan, komik itu telah mendapat keuntungan melalui penjualan hakcipta seperti action fires, movies seperti Storm Riders (1998) dan Storm Warriors (2009) dan replika senjata2 pahlawan2 Pedang Setiawan.
Antara sebab itu, telah diputuskan oleh pencipta watak2 Pedang Setiawan iaitu perlunya ada perakhiran untuk komik yang terkemuka ini. Pada mulanya, aku pun dapat merasakan yang jalan cerita komik ini akan berakhir bermula dengan kematian Penjejak Angkasa, kemudian diikuti pula dengan kematian Yi Feng. Bukan itu saja, dengan sekembalinya watak pendekar tanpa nama, aku rasa akan adanya pertembungan antara ketiga2 watak utama itu nanti. Namun begitu, apa yang membuatkan aku rasa terkejut dan mendapati pengakhiran itu sudah tidak berapa lama lagi bila issue keluaran baru2 ini menunjukkan patahnya Pedang Istimewa. Pedang itu mempunyai banyak sejarahnya bukan saja didalam jalan ceritanya, malah mungkin dikalangan2 pembaca komik ini kerana pedang itu adalah salah satu pedang yg paling unik telah dicipta oleh Ma Wing Shing untuk watak Penjejak Awan, selain golok kepunyaan Penjejak Badai itu.
Aku percaya, ramai juga pembaca pedang setiawan diluar sana pasti tertanya2, adakah Penjejak Awan akan mati ketika pertarungan terakhir dengan musuh ketatnya? Dimana pula Penjejak Badai pada ketika Penjejak Awan sedang bertarung dengan musuhnya? Apabila berakhirnya Pedang Setiawan ini kelak, aku pasti akan terasa sedikit kehilangan kerana inilah komik yang paling lama yang aku ikuti dan banyak moral value yang boleh didapati melalui jalan cerita Pedang Setiawan ini.
Aku tak sabar nak tunggu jalan cerita akhir Pedang Setiawan ini. Not gonna miss it for the world.
**UPDATE**
Ulasan aku tentang edisi bab terakhir pedang setiawan boleh dibaca di catatan kedua aku tentang manuskrip terakhir hitam putih.
Akhirnya, Pedang Setiawan telah tamat. ?
**TAMAT**