isyarat biadap: perkara yang perlu diketahui

Penggunaan gerak isyarat adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang melibatkan  pergerakan bahasa tubuh badan  untuk menyampaikan mesej penting seperti gerak isyarat pergerakan tangan, muka, atau bahagian badan yang lain. Komunikasi bukan lisan seperti memaparkan ekspresi dan mimik muka adalah berbeza dari penggunaan gerak isyarat bagi tujuan untuk menyampaikan mesej tertentu. Gerak isyarat adalah satu budaya tertentu dan boleh menyampaikan makna yang berbeza seantero sosial atau budaya dunia. Apatah lagi isyarat biadap!

Isyarat berbeza daripada bahasa isyarat. Walaupun beberapa gerak isyarat, seperti perbuatan menunjuk (menggunakan jari telunjuk)  tidak memberikan maksud apa – apa di antara negara didunia ini namun begitu ianya melambangkan makna tertentu dalam budaya tertentu. Satu lambang isyarat tunggal boleh mempunyai maksud yang sangat berbeza dalam konteks budaya yang berbeza; membawa maksud pujian dan ada juga membawa maksud cacian.

Gaya isyarat biadap

Perkara ini perlu diberikan perhatian ketika kita ke negara – negara yang mempunyai budaya dan masyarakat yang berbeza – beza. Oleh itu, sewaktu kita melancong ke sesebuah negara, rahsia untuk satu pelancongan yang menarik ialah dengan membiarkan diri kita menjadi seperti orang tempatan di negara yang kita lawati. Namun begitu harus diingat, sedang kita kagum dan khusyuk melihat dan menikmati permandangan sambil menggunakan gerak isyarat tertentu, kita mungkin terlupa satu isyarat jari juga mungkin memberi konotasi yang berbeza, selalunya yang mengguris perasaan penduduk setempat.

Jadi, untuk kita “selamat” sewaktu berada di negara orang dan dapat pulang ke tanahair kita, perlulah kita mengkaji sedikit gaya isyarat, lebih – lebih lagi isyarat tangan supaya kita dapat berwaspada dan mungkin berhati – hati agar tidak mengguris hati orang lain di negara lain. Mungkin kita dapat lebih berinteraksi dengan lebih ramah di sana. Mungkin.

Moralnya, ada isyarat yang tidak membawa maksud yang terlalu mendalam di negara kita tetapi di tempat lain, penggunaan jari kelingking saja boleh mendatangkan kemarahan orang lain.

isyarat biadap

 

Tapi bagaimana pula dengan gambar dibawah ini? Apakah isyarat yang boleh diberikan untuk skill edit menggunakan photoshop bagi akhbar yang mengeluarkan gambar artikel sebegini? If that is not funny, so what is? Heee

isyarat biadapSUMBER: Rude hand gestures

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *