ezuddin

★i hear the silence so loud★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
    • KMM Flash Mob
  • Handouts
  • Kedai Mari Mari
  • My Band
    • Jiggy Pop Nightfall
    • Buy Our Music
  • Aku ini
You are here: Home / Educational / Halal dan Kosher

Halal dan Kosher

April 14, 2014 by mohd ezuddin 2 Comments

Logo Halal

Tahukah kita tentangnya?

6 tahun dahulu sewaktu aku berkerja di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing, aku pernah menghadiri satu  seminar Halal di mersing anjuran JAKIM. Aku telah didedahkan dengan konsep halalan toyiban yg mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan. Kadang – kadang kita tak sedar, adakah makanan yang kita beli dipasaraya tu halal atau tidak, pakaian yang kita pakai dan guna seperti leather tu halal atau tidak dan tempat yang kita pergi untuk membeli bahan – bahan makanan itu halal atau tidak. Risau juga andainya ada barangan yang dibeli itu dibuat dari kulit babi atau yang seangkatan dengannya… Ahai!! geli geleman rasanya… :))

Halal logo

Berkenaan dgn logo halal,  difahamkan logo yang diguna pakai di Malaysia ini pada awalnya telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing – masing, namun begitu ianya telah diseragamkan satu negara. Ini bermaksud, di Malaysia ini hanya mempunyai 1 logo halal yang digunapakai dan mempunyai nama “Malaysia” yang tertera di logo itu seperti gambar disebelah.

Aku tertarik pada satu persoalan yang telah dibangkitkan oleh pegawai dari jabatan agama itu. Dia telah menyatakan banyak negara sekarang telah mengeluarkan logo2 dan sijil – sijil halal islam. Antaranya, di Australia mempunyai 13 logo, Malaysia 1 logo , malahan di Thailand dan China juga mempunyai logo halal. Hinggakan, di Israel juga mempunyai logo  Kosher. Persoalan yang dibangkitkan yang kita sendiri tak sangka, di negara Arab Saudi tidak mempunyai sijil halal. Adakah makanan – makanan di sana dapat dipastikan halal sedangkan hampir 50% rakyat yang berniaga di negara itu datang dari negara luar.. Halal ke? Wallahualam.. Allah swt saja la yang tahu..
Logo - logo halal

Aku pernah bertanya kepada beberapa ustaz yang pernah belajar di sana dan juga di negara – negara yang berdekatan, katanya hakikat tu ada kebenarannya kerana banyak barang – barang di negara luar yang dibawa masuk ke situ. Katanya lagi, kalau kita hendak mencari makanan pun kena pergi tempat yang terpilih… Maka, terpulang pada kita untuk menilainya.. Wallahualam.

Post by Jiggy Pop Nightfall.

ALSO READ my other post

Tweet
PinIt

Filed Under: Educational, News & Issues

Comments

  1. synthroid says

    August 22, 2014 at 6:05 pm

    Hello!!! Good site, thanks!

    Reply
  2. Zack says

    October 10, 2016 at 9:56 pm

    Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar?Saya alumni situ juga!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published.

Lagu Aku


Entri Terkini

PRU 14 pada 9 MEI 2018. NAK UNDI ATAU TIDAK?

Skandal Data Privasi.. Jadi? Nak DELETE facebook ke tak?

Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan

It's Time For KMM Ad-Clip Competition 2016

Ingin bengkokkan Iphone 6S terbaru?

Siapa pengasas Susu Kambing Umaima?

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman
Mohd Ezuddin | Create Your Badge

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? posted on September 10, 2015
  • Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi posted on July 29, 2014
  • Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? posted on December 15, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • Jelajah Pulau Pinang (part 2) Jelajah Pulau Pinang (part 2) posted on May 12, 2014

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·