Penangan Cari Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun Pulau Nangka, adakah harta Sultan Mahmud? Pulau nangka, satu nama yg tidak asing di kalangan penduduk melaka, tetapi mungkin ramai yg tidak tahu akan kewujudan pulau itu di negara ini. Kedudukannya yang terletak 4km dari Pulau Besar, Melaka, merupakan pulau berbatu bersaiz kecil seluas lebih kurang 20 hektar, dikelilingi oleh pasir pantai dan air laut yang jernih. Selain itu, berhampiran pulau nangka juga terdapat terumbu karang yg sering menjadi perhatian snoklers.

 

 

Apa yang menjadi tarikan disini ialah, pulau itu telah diceritakan oleh penduduk setempat dimana ianya mempunyai harta karun yang tidak terkira banyaknya. Seperti yang dilaporkan oleh pengkaji sejarah portugis kurun ke 16, Fernão Lopes de Castanheda, tentera portugis tidak berjaya menjumpai kekayaan Sultan pada ketika itu kerana harta2 yang dipercayai milik sultan mahmud itu telah dilarikan dan disembunyikan sebelum melaka berjaya dijajah oleh portugis pada tahun 1511.

Oleh kerana telah lama harta itu diceritakan, 30 tahun dahulu terdapat sekumpulan pencari harta karun telah pergi ke pulau itu untuk mencari harta yang dikatakan terdapat di situ. Apa yang memeranjatkan, mereka semua telah keluar dari kawasan Pulau Nangka itu dalam keadaan khayal tanpa membawa sebarang harta mahu pun sekeping emas. Mereka mendakwa telah menjumpai 8 kotak (chest) berisi emas namun tidak berjaya mendapatkannya. Penduduk kampung percaya bahawa harta2 karun itu ada “penjaga”nya atau telah terkena sumpahan.

Dan kini, Ketua Menteri Melaka telah telah membenarkan dan memberi permit kepada 2 syarikat tempatan untuk melakukan proses penggalian tetapi dibawah pengawasan Muzium Melaka. Untuk tindakan awal, mereka terlebih dahulu dibenarkan untuk mengumpulkan bukti bergambar sebelum melakukan proses penggalian di Pulau Nangka. Selain itu, syarikat itu telah meminta bantuan “spiritual” sebelum menjalankan usaha mereka itu dan telah “bersetuju” untuk mendapat kebenaran kerajaan negeri dan berkongsi hasil kekayaan dengan rakyat. Setakat ini, pekerja – pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini telah menebuk lubang berdiameter sebesar 130mm ke dalam gua itu menggunakan teknologi tinggi dan difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja pencarian telah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Diharap untuk kali ini, segala harta yang yang diceritakan itu dapat dibawa keluar dari kawasan Pulau Nangka untuk kegunaan muzium, kerajaan negeri dan rakyat melaka dan bukan untuk membina jambatan emas dari istana melaka ke gunung ledang. *wink*

Visited 1 times, 1 visit(s) today