Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)

Pertama kali aku melakukan roadtrip ini adalah bersama kawan baikku Bob Faizal sewaktu bekerja di Mersing suatu ketika dahulu. Berjalan – jalan sambil mengambil gambar sudah menjadi kebiasaan bagiku, malah boleh dikatakan juga hobi masa lapang selain dari mencipta dan merakam lagu. Setelah sekian lama, aku mengambil keputusan untuk melakukan roadtrip semula kini bersama anak dan isteri ku pula.

Penang Roadtrip

Destinasi kami adalah ke Pulau Pinang dan dalam tempoh 3 hari sahaja. Motif utama bukan untuk melancong, hanya sekadar berjalan menghabiskan masa dengan mengambil gambar di mana sahaja kami berhenti atau kami lalui. Dengan berbekalkan hanya telefon android lama yang berfungsi sebagai alat untuk mengambil gambar, aku hendak tengok apakah hasilnya photoblogging aku dalam sesi Penang roadtrip ini.

Detik – detik dalam perjalanan

Lewat pagi kami bertolak melalui jalan – jalan kampung. Bermula dari masjid tanah, kami bergerak menuju ke Port Dickson dan kemudian melalui Sepang menuju ke Klang. Dalam perjalanan, kami terlihat sebuah rumah yang mempunyai arca bulu tangkis didepannya. Rupa – rupanya kami telah melalui rumah Haji Sidek, bapa kepada pemain – pemain badminton terkenal di Malaysia. Untuk maklumat, boleh rujuk blog sini .

Penang roadtrip

Rumah Haji Sidek

Di Klang, kami melepasi Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan keadaan jalan begitu sesak kerana perjalanan kami adalah pada hari – hari biasa sewaktu orang sedang bekerja. Tambahan pula, cuaca pada ketika itu agak mendung dan diselangi hujan renyai sekejap – sekejap. Melepasi kesesakan jalan di Klang, perjalanan diteruskan lagi dengan menuju ke Kuala Selangor. Dalam jam 4 petang, kami berhenti sekejap di KFC Sabak Bernam untuk menambah tenaga. Di situ, aku terlihat satu poster makluman tentang penutupan KFC Chicky Club. Tetiba rasa sedikit sedih sebab seingat aku, KFC Chicky Club Malaysia telah lama beroperasi sejak aku dizaman sekolah menengah lagi sekitar tahun 1994 (kalau tak silap). Segala aktiviti berkaitan kanak2, maskot, permainan telah tiada lagi kini Setelah hampir 20tahun beroperasi.

Penang roadtrip

Penutupan Kfc Chicky Club

Perjalanan diteruskan lagi dengan menghala ke arah negeri Perak. Destinasi seterusnya ialah ke Teluk Intan.

penang roadtrip

Kemana nak dituju?

Setelah agak jauh memandu, hari sudah beransur lewat. Akhirnya harsat untuk melalui Teluk Intan tidak kesampaian. Kami terpaksa keluar menuju ke PLUS Highway Tol Tapah kerana takut terlalu lewat tiba di deatinasi kami. Melepasi sahaja persimpangan Ipoh, kami melalui satu terowong. Pada aku, ianya hanya satu saat yang biasa namun tidak pada anak aku yang kelihatan terpegun sewaktu melalui dalam terowong tersebut.

penang roadtrip

Terowong di Plus highway

Selepas terowong itu, tanpa disedari perjalanan kami sudah dekat 9 jam.

Penang, here we come!

Bersambung Part 2.

One Reply to “Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *