Gempar! Facebook “Mati” 20 minit tahun 2014

Ini bukan kali pertama Facebook mati, dan semestinya akan ada lagi pada masa2 hadapan. kan? Facebook adalah media sosial yang paling popular di dalam dunia pada masa ini. Dan aku percaya, website ini sudah semesti telah menangani masalah Heartbleed SSL yang dilaporkan beberapa ketika dahulu. Malah dengan quote yang popular melalui filem The Social Network, pengasasnya Mark Zuckerberg dengan bangga mengatakan “Facebook would never go down”.

Benarkah Facebook begitu kebal?

facebook mati 20 minit

Pada 19 Jun 2014 telah berlaku sesuatu yang tidak dijangka (atau mungkin juga telah dijangka), Facebook mati 20 minit. Mungkin bagi sesetangah pihak yang tidak begitu aktif menggunakan FB ini tidak akan merasakan apa – apa, tetapi bagi segelintir yang begitu aktif, mereka sudah pasti merasa seperti terputus hubungan dengan dunia.

Sekitar jam 4.00ptg (waktu yang aku perasaan atau mungkin sedikit berbeza), Facebook telah mengeluarkan mesej “Sorry, something went wrong.”. Ia bukan sahaja tidak boleh di akses di laman – laman web, malah turut melibatkan peranti mudah alih sehingga ke plug-in sosial. Ini telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang bergantung kepada penggunaan Facebook dalam kehidupan seharian mereka.

Kematian yang memberi kebahagian ke pada pihak lain!

Sewaktu Facebook tidak boleh diakses, ia menarik perhatian seluruh warga web dimana ramai yang meluahkan perasaan dan berlaku sedikit kekecohan di media sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram.

Yang paling menarik perhatian disebalik huru – hara yang timbul ini, Says.com telah mendapatkan respons ramai tentang Facebook di laman Twitter mereka. Dan respons yang diterima sememangnya sangat menarik.

Kematian Facebook 20 minit
Facebook mati 20 minit
Facebook mati 20 minit
3bbc
9b82

Penantian mereka untuk mengakses Facebook berakhir lebih kurang 20 minit kemudiannya. Yang penting, disebalik kekecohan Facebook mati 20 minit, banyak pihak mengambil kesempatan untuk membuat liputan terhadap Facebook.

Ini bukan yang pertama, dan semestinya bukan yang terakhir

“Earlier this morning, we experienced an issue that prevented people from posting to Facebook for a brief period of time. We resolved the issue quickly, and we are now back to 100%. We’re sorry for any inconvenience this may have caused.” – Cnet

Masalah tidak boleh mengakses akaun Facebook ini telah berlaku di beberapa buah negara dan telah berfungsi semula 20 minit kemudian. Facebook telah memohon maaf secara global atas kejadian yang tidak dapat dielakkan, namun gagal memberi tahu sebab musabab disebalik kekecohan yang timbul itu.

Untuk rekod, Facebook pernah “down” pada Feb tahun ini di Amerika Syarikat, juga pada bulan Oktober tahun lepas selama 4 jam, dan begitu juga pada bulan Ogos 2012. Jadi, apa yang pernah dipropagandakan oleh Mark Zuckerberg bahawa “Facebook would never go down” merupakan sesuatu yang tidak berasas sama sekali.

Maka, Facebook harus mengambil iktibar tentang perkara ini kerana ramai pihak yang bergantung kepada Facebook dalam kehidupan seharian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *