Fakta ke karut: Cara penjagaan seluar jeans

penjagaan seluar jeans

Berapa kerap kita membasuh jeans?

Pemakaian jeans ini sangat sinonim dengan fashion atau trend bagi segenap masyarakat di negara ini, lebih2 lagi dikalangan anak2 muda masa kini. Dahulu, bermula sekitar tahun 80an, jeans lebih digemari oleh rockers2 rock kapak kita di sini bagi menonjolkan imej style “koyak-rabak” dan lasak kerana ianya mudah didapati dan murah berbanding seluar leather.

Dan kini, jeans masih lagi dianggap sebagai sebagai pakaian yang berbentuk rugged malah telah diperluaskan lagi dikalangan pemakai wanita bagi menampakkan imej seksi dan cantik, satu revolusi baru tentang pemakaian seluar jeans di zaman ini. Terdapat pelbagai jenis jeans bermula dari yang bersaiz besar sehingga yang “skinny” dan sendat, dan antara syarikat terbesar yang mengeluarkan produk jeans yang popular ialah Levi’s.

Siapa yang tidak mengenali Levi’s, satu brand yang telah terlekat didalam minda kita mengkategorikan Levi’s = Jeans, walaupun jenama besar itu memasarkan produk2 lain seperti kasut, wallet, t-shirt etc etc. Berbalik kepada jeans tadi, cara dan waktu pemakaiannya jeans yang tahan lasak ini tidak terbatas sehingga kerapkali kita jarang membasuhnya bagi menampakkan rupa jeans yang lebih rugged dan stylish atau mungkin tidak mementingkan penjagaan seluar jeans.

Jeans busuk? Masukkan dalam freezer?

Klik untuk menonton

Satu isu yang telah diketengahkan, malah isu itu mungkin tidak memberi kesan langsung kepada kita, namun ianya isu yang menjadi mantra bagi syarikat Levi’s dimana idea untuk pelanggan menjimatkan air dengan mengurangkan kekerapan membasuh jeans mereka sebagai cara penjagaan seluar jeans.

It’s not new advice, though. Designer Tommy Hilfiger has made similar comments. And CNN’s Anderson Cooper told style expert Stacy London two years ago that he washes his jeans very rarely. – Cnn

Idea ini nampak seperti menarik sehingga Levi’s meletakkan tag cara membasuh dibahagian dalam jeans yang menyatakan “”wash them as little as possible” dan “throw them in the freezer to kill germs and stink”. Begitu juga komen diatas oleh Stacy London, pakar pereka fesyen dari Tommy.

Penjimatan air adalah matlamat yang patut dipuji dan mencuci seluar jeans yang tidak bau memang membazir tetapi perlu diingat, faktor kebersihan bukan merangkumi “bau” sahaja bagi penjagaan seluar jeans. Ianya bergantung juga dengan gaya hidup dan cara kebersihan kita dan bukan itu sahaja, faktor iklim dan geografi juga memainkan peranan.

Idea penjagaan seluar jeans dengan memasukkan yang telah berbau ke dalam freezer adalah satu idea yang menarik (mungkin pada mereka yang jarang membasuh atau tidak suka membasuh), meskipun begitu ianya mungkin satu tindakan yang “tidak berpengetahuan” juga. Bukankah kita telah belajar disekolah, microorganisma hanya boleh dibunuh apabila suhu mencapai 100 darjah Celcius?

Masuk freezer? Karut!

Tindakan menyejukkannya sebagai cara penjagaan seluar jeans dengan harapan dapat membunuh kuman itu merupakan satu idea yang bercanggah dengan apa yang kita pelajari di sekolah suatu masa dahulu. Kebanyakan mikroorganisma di pakaian kita mungkin berasal dari kulit kita sendiri dan mikroorganisma itu hanya memerlukan suhu badan sahaja untuk terus hidup. Ada diantara jenis2 mikroorganisma yang menjadi dorman sehingga 0 darjah celcius dan kemudian aktif selepas melepasi suhu yang sepatutnya.

jfire

Jadi secara logik akal, cara penjagaan seluar jeans yang mudah bagi membersihkannya ialah pertama, naikkan suhu sehingga melebihi 100 darjah celcius (bagaimana dengan membakarnya?), atau kedua, basuh sahajalah! Cara yang lebih senang malah lebih effektif. Mungkin jumlah bakteria tidak akan terjejas dengan cara kita membasuh, tetapi berapa kerap kita mencuci seluar jeans adalah bergantung kepada berapa selesa kita dengan jumlah bakteria yang semakin meningkat pada seluar atau kain kita.

Moralnya disini, basuhlah jeans anda dan jangan menternak mikroorganisma atau bakteria.

penjagaan seluar jeans

How often do we wash our jeans?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *