[Isu Gaza] Bersarung tangan menentang propaganda Zionis

Ada yang berpendapat isu gaza ini merupakan isu politik yang menggunakan topeng agama untuk menghalalkan cara. Berteraskan agenda Propaganda zionis menguasai dunia dengan pelbagai cara baik dari segi tatacara sosial sehinggalah menyerap masuk ke dalam sistem perbankan dan ekonomi, ianya sudah seumpama satu projek jangka panjang yang kini ramai yang sudah menyedarinya dan mula mengambil ikhtiar untuk menghentikan agenda propaganda zionis mereka dan membantu palestin.

Pelbagai usaha dilakukan seperti menghantar bantuan makanan dan ubatan, memberi tekanan politik, memboikot produk zionist, mendapatkan sokongan warga Internet di media sosial seperti penggunaan hashtag, membuat forum, dan sebagainya.

Untuk bersatu, perlu bermula dengan individu

Terkini, paparan ayat Save Gaza di sarung tangan Azizulhasni yang merupakan satu usaha individu untuk menyampaikan mesej kepada semua. Sempena berlangsungnya sukan commonwealth, usaha murni sebegitu dengan harapan dapat membuka mata dunia tentang isu yang sedang berlaku yang kini sedang ditenggelami oleh isu besar lain seperti mh17.

propaganda zionis

Gambar: dailymail.co.uk

Jurucakap daripada penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan jadi supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.” Berita Harian

Malangnya, pihak penganjur beranggapan isu tersebut adalah bertentangan dengan garis panduan yang telah diberikan kerana mempamerkan protes berunsur politik. Azizul yang telah layak untuk ke suku akhir dalam acara pecut lelaki berkemungkinan akan dikenakan tidakan namun itu bergantung kepada hasil siasatan yang kini sedang dijalankan.

Itu antara contoh yang ditunjukkan atlit negara berkenaan isu di Gaza. Mungkin beliau bukan orang pertama yang cuba untuk membuka mata masyarakat dunia tp bukan juga yang terakhir dalam usaha itu. Kita secara individu boleh juga menunjukkan sokongan kita terhadap isu Gaza dan menentang propaganda israel.

Selain ketenteraan, penyebaran propaganda zionis jadi kunci utama

Usaha bersama sesetengah masyarakat dunia dalam mengekang zionist dan Israel sedikit sebanyak telah menjatuhkan imej Israel di mata dunia. Walaubagaimanapun, mereka bukan mudah untuk mengalah malah telah mewujudkan propaganda zionis yang lain untuk meraih sokongan masyarakat negara lain.

In a campaign to improve its image abroad, the Israeli government plans to provide scholarships to hundreds of students at its seven universities in exchange for their making pro-Israel Facebook posts and tweets to foreign audiences. Independent.co.uk

Gambar: crooksandliars.com

Gambar: crooksandliars.com

Antara agenda lain ialah dengan menggunakan pelajar2 universiti untuk menyebarkan propaganda pro-israel di Internet lebih2 lagi di laman sosial. Dan pelajar2 ini tidak dibenarkan untuk memberi kenyataan bahawa mereka telah ditaja oleh Israel. Sebagai habuan, pelajar2 tersebut akan diberikan biasiswa pelajaran.

isu gaza

Mengikut pelan yang dibentangkan oleh Benjamin Netanyahu, penyebaran propaganda zionis ini akan dilakukan oleh pelajar mengikut jawatankuasa mereka di universiti dimana ketua penyelaras akan menerima biasiswa penuh, diikuti oleh penyelaras bahasa, grafik dan kajian akan menerima kurang dari ketua penyelaras manakala “aktivis” akan menerima biasiswa minima.

Antara propaganda zionis yang telah diarahkan adalah untuk memperjelaskan tentang isu politik dan sekuriti, menangani usaha memboikot produk zionis disamping cuba untuk memperkembangkan ideologi pluralisme.

Jika pelajar2 di peringkat universiti pun mereka boleh eksploit, maka tidak hairanlah golongan2 muda disana membenci muslim dari awal pendewasaan mereka.

Akhir kata, kita dari golongan muda hendaklah bersatu dalam menentang penindasan dari zionist israel ini. Tiada sebab kita tidak boleh melakukannya seorang diri kerana jika secara individualnya kita disatukan, maka ianya bukan lagi usaha seorang individu sahaja. Kita mungkin tidak boleh membantu saudara islam disana dengan mengangkat senjata, tapi kita boleh sebarkan kebenaran dengan tujuan untuk menjatuhkan zionist israel baik secara langsung atau tidak langsung.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *