Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai

“[18+ VIDEO] You Will Not Use Head & Shoulders Shampoo After Watching This Video”

Penyataan amaran yang memaparkan tentang bahaya penggunaan shampoo tertentu telah menjadi viral kini terutamanya di Facebook. Dan ini sudah semestinya membuatkan pengguna Facebook tertanya – tanya apakah sebenarnya link video tersebut.

Penipuan berunsur penyakit pelik buah biji teratai

Bagi yang mungkin klik kerana ingin menonton video yang dijanjikan itu, mereka akan dijuruskan ke satu laman web yang meminta mereka untuk menjawab satu soal selidik atau questionnaire. Hasilnya, selepas menjawab soal selidik tersebut, mereka diminta untuk klik link “share to play” ke akaun Facebook pengguna.

5

just share and get punk’d. 😛

Namun begitu tiada apa – apa video yang berkaitan dengan penyakit ganjil itu dan akhirnya mereka menyedari itu hanyalah satu helah untuk mendapatkan pelanggan bagi mengisi soal selidik mereka.

Satu jenayah siber

Sebenarnya, scam ini boleh dikatakan sebagai satu jenayah siber kerana menipu pengguna untuk klik pautan yang mereka berikan. Dimana, setiap pautan yang telah di klik akan membantu penjenayah menjadi kaya kerana mereka akan dibayar dengan setiap soal selidik yang telah berjaya disiapkan oleh pengguna.

Walaupun dengan klik pautan “share to play” tiada memberi kesan apa – apa kepada pengguna Facebook, namun begitu secara tidak langsung tindakan itu sebenarnya telah menolong scammers untuk mendapat lebih pasaran pengguna melalui “friends list” yang mereka ada.

Apa yang kita lihat berkenaan penyakit pelik buah biji teratai itu sebenarnya hanyalah satu imej teknik edit yang menggunakan Photoshop. Namun begitu, kesannya dapat dilihat apabila ramai yang ingin tahu tentang penyakit pelik buah biji teratai itu dan klik pautan yang diberikan.

penyakit pelik buah biji teratai

buah biji teratai boleh dimasak sebagai sup.

Ketakutan pada lubang

Ketakutan pada lubang atau dikenali sebagai Trypophobia ini sebenarnya telah wujud. Apabila dikaitkan dengan gambar seperti di bawah ini menambahkan lagi rasa geli geleman atau takut kepada biji – biji atau lubang biji – biji yang kononnya terdapat pada permukaan kulit yang sakit itu.

Trypophobia

Gross!

Seperti antara gambar lain yang telah menjadi viral di Internet yang melibatkan buah dada wanita yang telah dijangkiti oleh penyakit pelik buah biji teratai. Rasa takut dan geli seolah – olah membuatkan kita mahu petik dan pecahkan sahaja biji – biji tersebut. Eiiiii…

Although it is not recognized in the American Psychiatric Association’s Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, thousands of people claim to be affected by the phobia which involves the pathological fear, revulsion and disgust by objects with patterns of holes, such as beehives, ant hills and lotus seed heads. – Wikipedia

Walaupun ketakutan ini tidak mempunyai asasnya dan tidak juga diiktiraf sebagai satu “ketakutan” oleh Institusi berkaitan, namun ada diantara kita yang berasa cemas, tidak selesa, gelisah, takut, pelik dan sengit setiap kali melihat imej-imej lubang berkelompok.

Jadi, adakah anda mempunyai ketakutan dan kebimbangan pada lubang – lubang yang banyak dan berkelompok? Bimbang akan apa yang terdapat didalam lubang – lubang yang berkelompok? Cuba lihat gambar dibawah ini atau gambar – gambar lubang berkelompok di atas.

2-206x300

Memang patut pun ramai yang telah klik pautan penyakit pelik buah biji teratai dan telah tertipu. 🙂

*FIN*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *