ezuddin

★i hear the silence so loud★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
    • KMM Flash Mob
  • Handouts
  • Kedai Mari Mari
  • My Band
    • Jiggy Pop Nightfall
    • Buy Our Music
  • Aku ini
You are here: Home / Educational / Perayaan dan Mercun tidak dapat dipisahkan

Perayaan dan Mercun tidak dapat dipisahkan

July 25, 2014 by mohd ezuddin 2 Comments

Hari Raya 2014 semakin menghapiri kita dan sudah semestinya ianya dinanti-natikan oleh semua masyarakat beragama Islam di negara kita ini. Bagainamapun, sambutan Hari Raya pada tahun ini dijangka sedikit hambar bagi mengingati mangsa-mangsa tragedi yang menimpa negara kita pada tahun ini seperti MH370 dan MH17. Namun begitu, sebagai umat Islam kita wajib percaya pada Qada’ dan Qadar illahi dan hadapi perkara yang mendatang ini dengan tabah dan diiringi dengan doa.

Selain itu di Malaysia, menjelang sahaja bulan Ramadhan bermaksud ramai yang akan mengambil peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan dan juga aktiviti yang mendatangkan kewangan kepada mereka seperti berniaga di Bazar Ramadhan dengan menjual lauk2 berbuka, kuih muih, baju raya dan bermacam2 lagi. Terdapat juga aktiviti perniagaan yang memberikan pulangan yang lumayan tetapi mempunyai risiko yang tinggi juga.

Musim perayaan dan mercun

Seperti tahun – tahun sudah, bermain mercun sudah menjadi satu kemestian dengan alasan untuk memberikan kemeriahan berhari raya. Walaupun kerajaan telah menguatkuasakan larangan menjual dan bermain mercun, masih lagi terdapat golongan yang menjual dan membeli. Bohong kiranya kita tidak pernah sekalipun membeli dan bermain mercun di Hari Raya.

Tidak dinafikan ramai yang menyedari bahaya bermain mercun, namun ramai juga yang ingin cuba menceburi perniagaan singkat di bulan Ramadhan dengan menjual mercun. Pulangan lumayan hasil dari menjual mercun sudah tentu menjadi pendorong dalam aktiviti ini. Bermacam – macam jenis mercun yang boleh kita jumpa di tepi2 jalan sekarang bermula dari bunga api sehinggalah ke mercun yang meletup – letup.

Perayaan dan Mercun

Mercun kegemaran ramai.

Teka berapa ribu keuntungan menjual mercun

“Rata-rata peniaga mercun seperti saya tahu kegiatan ini menyalahi undang-undang, namun demi belanja raya, kami buat juga. Untung niaga ini besar, harga sepeket mercun RM4 boleh dijual RM10, siapa yang tidak mahu?” – Sinar Harian

Secara teknikal berdasarkan permintaan, mungkin peniaga boleh mendapat untung yang lumayan. Bayangkan hanya dengan berbekalkan meja dan mercun, pelanggan akan terus datang tanpa perlu di promosi waima di mana lokasi sekalipun penjualan mercun – mercun tersebut.

Jual di mana sekalipun, di tepi jalan, di kaki lima, di tepi laut, sudah tentu ada sahaja pelanggan yang datang.

Perayaan dan Mercun

Gambar: onniye-occuke.blogspot.com

Mercun apa yang anda pernah main sewaktu kecil dahulu?

Jenis yang dibenarkan di Malaysia

Berdasarkan permintaan, ramai yang mengharapkan penjualan mercun2 merbahaya seperti mercun bola kerana bunyi dentumannya yang begitu kuat. Sehingga penjualan mercun2 merbahaya tersebut dikaburi dengan penjualan mercun2 yang dibenarkan seperti bunga api, mercun pop – pop dan Happy Boom. Minta sahaja mercun bola atau mercun2 lain yang tidak dibanarkan, penjual akan mengambil stok dari tempat lain dan kemudian menjualnya kepada pelanggan. Bila berbicara tentang perayaan dan mercun, begitulah modus operandi yang kerap dilakukan oleh penjual.

Perayaan dan Mercun

Gambar: Utusan.com.my

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menjual pelbagai jenis mercun di sebuah bazar Ramadan di sini Sabtu lalu. Katanya, ia tangkapan pertama pada Ramadan tahun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – Sinar Harian

Musim perayaan dan mercun adalah satu kemestian. Hakikatnya menjual dan memiliki mercun2 berbahaya dari pasaran gelap ini adalah satu kesalahan dan kini, sudah dirasai penjualannya telah mula menampakkan pengurangan. Rata2, ramai yang menjual mercun yang dibenarkan bagi mengurangkan risiko ditangkap penguatkuasa disamping ramai juga yang “baru” menyedari bahaya mercun terlarang terutama di musim2 perayaan.

Sebenarnya, ini semua terpulang kepada kita sendiri sejauhmana kesedaran kita tentang isu perayaan dan mercun. Dan kiranya kita bermain mercum, seharusnya keselamatan juga harus diambil kira terutamanya apabila melibatkan anak2 kecil.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah terluka hatinya atas penulisan saya baik secara langsung atau tidak. Semoga hari raya pada tahun ini begitu bermakna buat semua.

1909828_10152562892473537_6899525651702988051_n

*FIN*

Tweet
PinIt

Filed Under: Educational, News & Issues Tagged With: Hari Raya, Mercun

Comments

  1. Bahrain says

    July 26, 2014 at 12:58 am

    Banyak Mercun dah main masa kecil dulu. Puas sudah. haha, Bila dah besar tak teringin langsung nak main mercun. hahaha. Selamat hari raya Aidilfitri.

    Reply
  2. mohd ezuddin says

    July 27, 2014 at 8:32 pm

    Kawan tetap tak puas main mercun lagi.. hehehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published.

Lagu Aku


Entri Terkini

PRU 14 pada 9 MEI 2018. NAK UNDI ATAU TIDAK?

Skandal Data Privasi.. Jadi? Nak DELETE facebook ke tak?

Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan

It's Time For KMM Ad-Clip Competition 2016

Ingin bengkokkan Iphone 6S terbaru?

Siapa pengasas Susu Kambing Umaima?

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman
Mohd Ezuddin | Create Your Badge

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? posted on September 10, 2015
  • Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi posted on July 29, 2014
  • Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? posted on December 15, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • Jelajah Pulau Pinang (part 2) Jelajah Pulau Pinang (part 2) posted on May 12, 2014

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·