ezuddin

★i hear the silence so loud★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
    • KMM Flash Mob
  • Handouts
  • Kedai Mari Mari
  • My Band
    • Jiggy Pop Nightfall
    • Buy Our Music
  • Aku ini
You are here: Home / Entertainment / Pelakon DC Universe perosak Superheroes!

Pelakon DC Universe perosak Superheroes!

September 30, 2014 by mohd ezuddin 1 Comment

Kiranya kita berbicara tentang adiwira atau Superhero, sudah semestinya ramai yang mempunyai watak kegilaan adiwira masing – masing. Begitu juga aku yang meminati superhero Batman sejak dari dahulu lagi. Pada aku watak Batman memang sukar untuk dimainkan didalam filem box office. Lihat sahaja karekter DC Universe itu diketengahkan dipanggung wayang, bukan semua pelakon yang berjaya membawa watak Batman. Anatara pelakon yang tidak berjaya membawa watak Batman adalah seperti George Clooney dan Val kilmer. Memang macam sampah!

Team Batman yang bodoh!

Team Batman yang bodoh!

Itu belum lagi pelakon yang bakal memainkan watak DC Universe ini dalam filem terbaru Superman vs Batman. Salah siapa sebenarnya? Adakah pelakon itu sendiri? Penulis skrip? Atau

DC Universe yang terlalu gah ingin menonjolkan watak2 adiwira mereka hanya kerana ingin bersaing dengan Marvel yang sememangnya telah maju ke hadapan.

DC dah mula merapu.

dc universe

Bila kita lihat kejayaan Marvel di box office, mampukah kita mengharapkan DC Universe untuk berada sama tinggi seperti Marvel. Pendapat aku, jangan mimpilah DC Universe! Kau tidak akan dapat menjadi seperti Marvel walaupun kau berusaha sedaya upaya. Sebab apa aku kata begitu? (Mungkin kerana marah sebab membawa watak Batman kearah jahanam apabila akan dilakunkan oleh Ben Affleck). Mudah saja, kerana DC Universe terlalu bercita – cita tinggi melangit, tiada perancangan yang baik (lebih – lebih lagi dalam memperkenalkan karekter2nya dilayar perak) dan yang paling ketara ialah kerana cuba meniru kejayaan Marvel dengan melulu.

Aku betul – betul berharap hypothesis aku tadi hanyalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Aku juga sangat – sangat mengimpikan agar lebih banyak karekter superhero DC Universe diperkenalkan di dalam filem, seperti yang Marvel telah lakukan dari dahulu lagi. DC Universe memang terkenal kerana mempunyai superhero yang diminati ramai seperti Flash, Wonder woman dan banyak lagi namun watak2 itu tidak ubah seperti watak2 sampingan didalam filem. Apa yang difokuskan hanya Superman dan Batman. Kalau tak Batman, Superman. Reboot pun Superman atau Batman.

Dc universe

Mana pergi watak Superhero yang lain? Lihat sahaja Green Lantern, hanya kerana pemilihan pelakon yang tiada karisma, filem itu tidak berjaya. Batman (Micheal Keaton) ditahun 80an antara filem yang berjaya namum sekuelnya macam sampah! Sehinggalah di reboot, barulah berjaya kembali. Itu pun kerana diberi sentuhan baru kedalam dunia realiti oleh Christopher Nolan.

dc universe

Lihat pula reboot terbaru, Man of Steel. Terlalu comic-like sehingga menggambarkan Superman seperti God-like like mampu menghancurkan seluruh bandar sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

Kemusnahan yang disebabkan oleh Superman

Kemusnahan yang disebabkan oleh Superman

Mampukah Batman mengalahkan Superman dalam sekuel Man of Steel sedangkan kita tahu didalam komik pelbagai versi plot yang Superman KALAH kepada Batman. Ya, Superman KALAH! Betulkah strategi DC Universe  yang melulu kali ini dalam memperkenalkan watak2 komiknya dalam filem?

Tone-Banner-Blog

5 penyebab DC Universe ini menuju kegagalan

1. Pengumuman awal

dc universe

Ini antara strategi DC Universe yang boleh kita lihat sejak dua menjak ini. Pengumuman tentang filem superhero yang bakal ditayangkan kononnya. Namun hakikatnya, skrip belum ada, jalan cerita belum ada, pelakon belum cari dan macam lagi. Adakah ini strategi Hollywood dan adakah ianya sesuai untuk DC Universe? Komik superhero mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan dengan membuatkan mereka tertunggu2 sebenar akan meningkatkan lagi tahap expectation mereka dan apabila filem telah siap, rupanya jangkaan mereka merosot terhadap filem superhero mereka. Atau, adakah kerana masalah modal? hmmm

2. Tahun 2020

Ni lagi mengarut, DC Universe telah mengumumkankan tahun penayangan filem2 superhero yang lain selepas sahaja penayangan Superman Vs Batman pada 2016 nanti bermula dari Justice League, Superman, Batman, The flash, Wonder Woman, Green Lantern etc. Itu memang satu jadual yang mengarut, apatahlagi bila semua bersangkut paut dari filem Man Of Steel. Sementara itu, Marvel seolah2 dengan sengaja menyenaraikan tarikh tayangan projek2 sekuel filem mereka yang berjaya dan ini membuatkan DC Universe juga ingin mengikuti jejak langkah Marvel.

DC Universe harus ingat, keterburuan ini membuatkan penonton lebih konfius kerana hanya segelintir sahaja yang mengikuti perkembangan “tarikh” tayangan Superhero mereka manakala penonton mainstream hanya mengabaikannya. Apabila watak2 superhero DC Universe yang tiada filem solo seperti Marvel, maka dengan memperkenalkan mereka semua dalam satu filem sekuel Man of Steel (Superman vs Batman) seolah satu perancangan yang kucar kacir. Penonton akan tertanya2, apa hubungkait Batman (christian bale) dengan Batman (Ben Affleck), kenapa tiba2 muncul wonder woman?, kenapa watak Lex Luther dilakonkan oleh pelakon muda dari filem Facebook?. Semuanya terburu2. Lihat sahaja Marvel, filem solo watak2nya sudah bermula sejak awal lagi satu persatu, dari ironman, incredible hulk, capt america, Thor, spiderman dan sehingga gabungan dalam Avengers. Sungguh terancang.

3. Terlalu serious!

2014-09-30-12-48-26-571494148

Sejak reboot filem dark knight dan man of steel, plot filem2 itu kelihatan serius dan suram (kegelapan). Bukannya aku maksudkan perlunya ada unsur komedi setiap minit, tetapi DC Universe perlu tahu target audience dan demografi mereka. Adakah target hanya peminat2 penonton dewasa sahaja? Bagaimana dengan budak2? Kiranya diwujudkan barang2 permainan DC Universe, maka perlu juga ada target audience budak2. Lihat Green Lantern, macam sampah! Lihat the Dark Knight, terlalu dark dan suram. Lihat Man of Steel, penuh dengan keganasan dan kehancuran. Manakala, Marvel berjaya membuat lebih demografik dalam filem ironman dan capt. america. Kalau ikut selera aku, filem sekuel ke 2 the dark knight bersama joker mmg antara yang terbaik tetapi terlalu serious. Begitu juga filem2 reboot DC yang lain. Terlalu serious pun pada aku tak boleh juga.

4. Domino Effect

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa filem Batman vs Superman telah ditunda penayangannya sebanyak 3 Kali. Sebagai peminat, sudah tentunya kita dapat mengagak adanya isu2 tertentu mungkin seperti penambahbaikan skrip, recasting pelakonnya, bajet bertambah dan macam2 lagi. Penangguhan demi penangguhan Dan tiba2 pengumuman tarikh filem2 solo sehingga 2020? Boleh ke der? Dengan isu2 begitu sudah tentu akan memberi kesan pembikinan filem2 yang lain dari segi tarikh, plot dan yang ketara sekali ialah WANG.

5. Asas “Kejatuhan”

dc universe

Ini yang paling hot dikalangan pembikin filem di Hollywood dan yang paling ditakuti. DC Universe juga tidak dapat lari dari itu. Resepi pembikinan Superman vs Batman ini juga dilihat dapat membawa kepada kejatuhan filem2nya yang lain. Mana tidaknya, terlalu ramai watak2 didalam komik yang ingin diketengahkan dalam satu filem.

Their “defined universe” consists of Man of Steel. What we know so far is they’re packing a LOT of roles into this movie. Besides Superman and Batman we have Lois Lane, Aquaman, Wonder Woman, Lex Luthor, Martha Kent, Alfred, Perry White, and Cyborg/Victor Stone. –  411mania.com

Ini sudah semestinya membantutkan perkembangan watak2 itu dan mungkin antara2 watak itu hanya sebagai “cameo” dan sekadar membantu memperkenalkan mereka untuk tujuan filem solo dimasa hadapan. Resepi terbalik yang digunakan DC. Akhirnya, DC Universe hanya terkenal dan sinonim dengan Superman dan Batman.

Secara tidak langsung, penonton mungkin tidak dapat menghayati bakal filem superhero yang lain kerana superhero yang lain itu seolah2 seperti sidekick yang dilupai. Cheh!!

Goodjob DC, even if it is a gamble

Walaupun resepi DC  Universe itu dianggap seperti terbalik, kelihatan mereka berusaha keras untuk menyaingi kejayaan Marvel lebih2 lagi dalam filem Avengers. Mungkin kerana hendak berada ditahap yang sama seperti Avangers baru DC terpaksa memperkenalkan watak2 dalam filem terbaru Man Of Steel. Namun pada aku, pemilihan pelakon juga memainkan peranan. Perlulah pelakon itu mempunyai karisma untuk membawa watak “legend” superhero ini agar filem2 DC itu nanti berjaya menyaingi Marvel.

DC Universe

#FIN#

Tweet
PinIt

Filed Under: Entertainment, News & Issues Tagged With: batman vs superman, Dc flop, DC universe

Comments

  1. titan says

    September 30, 2014 at 3:47 pm

    man of steel tu aku suka. nampak kelakar benar. haha..

    Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published.

Lagu Aku


Entri Terkini

PRU 14 pada 9 MEI 2018. NAK UNDI ATAU TIDAK?

Skandal Data Privasi.. Jadi? Nak DELETE facebook ke tak?

Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan

It's Time For KMM Ad-Clip Competition 2016

Ingin bengkokkan Iphone 6S terbaru?

Siapa pengasas Susu Kambing Umaima?

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman
Mohd Ezuddin | Create Your Badge

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? posted on September 10, 2015
  • Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi posted on July 29, 2014
  • Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? posted on December 15, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • Jelajah Pulau Pinang (part 2) Jelajah Pulau Pinang (part 2) posted on May 12, 2014

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·