Ada dikalangan kita yang kadang – kadang tertanya, bagaimana satu program yang menggalakkan orang bekerja kerana komisyen boleh berjaya. Tidak kiralah sama ada dengan mempromosikan produk insurans atau pon produk prepaid, selagi produk tersebut dapat memberikan manfaat kepada pengguna, selagi itu promosi untuk mendapat komisyen perlu dijalankan. Syarikat – tersebut sudah semestinya bergantung kepada “pekerja – pekerjanya” untuk mendapatkan pelanggan dan sekaligus memberi ganjaran komisyen kepada orang yang mendapatkan pelanggan disamping memberikan manfaat produknya kepada pelanggan tersebut.
Begitu juga ToneExcel, satu produk prepaid simkad telekomunikasi yang kini sudah mendapat tempat dihati pengguna. Dengan manfaat yang diberikan seperti pengumpulan points untuk mendapatkan tiket kapal terbang, insurans P.A, cashback & komisyen, dan macam – macam lagi, sudah semesti dapat memberikan kelebihan kepada pelanggan atau pengguna prepaid. Penggunaan Toneexcel ini bersifat neutral, kiranya kita hanya guna untuk tujuan peribadi sahaja, kita hanya boleh nikmati cashback dari pembelian topap yang kita buat dengan mengambil peluang pakej topap RM30 dapat kredit RM40 atau topap RM50 dan dapat kredit RM70.
NAMUN kiranya kita ingin mendapatkan pulangan yang lebih besar melalui program rakan niaga Toneexcel seperti komisyen penajaan, komisyen topap, peluang cabutan bertuah, hadiah penajaan terbanyak dan bermacam – macam lagi, sudah semestinya kita perlu promosi, promosi dan promosi simkad Toneexcel ini kepada orang ramai sambil menyatakan kelebihan penggunaan prepaid Toneexcel.
Bagaimana nak Promosi, Promosi dan Promosi?
Terlebih dahulu diperkenalkan moto “I ♥ G.S.T” (G – guna, S – simkad, T – toneexcel). Ini hanya moto bagi mengajak orang untuk suka Guna Simkad Toneexcel, kerana hanya dengan menyukainya baru kita dapat motivasi untuk menjayakannya. [Untuk makluman, ianya tiada kaitan dengan Goods & Services Tax 🙂 ]
Kemudian ada banyak kaedah untuk memperkenalkan simkad prepaid Toneexcel ini, bergantung kepada cara dan kreativiti kita untuk mempromosikannya. Dan salah satu cadangan untuk mempromosi dan memperkenalkan simkad toneexcel akan diterangkan dibawah ini.
1. Ambil sehelai kerta kosong, tuliskan nama dan no phone SEMUA saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang kenal sikit2, jiran-jiran, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan sepermainan, siapa sahaja yang ada kenal, tak kira dia jawatan besar ke, jawatan kecil ke, senaraikan sahaja dalam kertas tadi.
2. Cuba call mereka dan buat temu janji, dekat rumah dia ke, dekat kedai kopi ke, dekat rumah kita ke, tak kira, asalkan dapat buat temu janji untuk kita tawarkan satu peluang rakan niaga Toneexcel yang menuntungkan.
3. Bila dah dapat buat temu janji pastikan sebelum keluar, mesti ada beberapa keping simkad ToneExcel didalam poket. Apabila kita berjumpa dengan prospek kita tadi, keluarkan sekeping kertas kosong, terangkan dengan penuh semngat kelebihan menggunakan simkad toneExcel seperti insuran, point tiket kapal tebang dan terakhir peluang menjana pendapatan sampingan diatas kertas tersebut.
4. Jika mereka berminat, minta terus RM90, berikan simkad dan ajarkan mereka cara SMS menggunakan Handphone mereka sendiri, biarkan mereka terasa senang untuk menjadi rakan niaga dan menjalankan bisnes ini.
5. Setelah selesai dan ingin pulang, jangan lupa tinggalkan kertas yang kita telah gunakan untuk penerangan tadi kepada rakan kita tadi, dan pastikan pada kertas itu tertulis atau tertera no ID dan nombor telefon kita. Jika kita ada buku Panduan Manual Pek Permulaan, hadiahkan sekali kepada mereka. Buku panduan ini akan menjadi sekolah dan guru kepada mereka ketika ketiadaan kita. Jika tiada, boleh download ebook buku panduan “Manual Pek Permulaan” dibawah ini.
Atau, suruh sahaja prospek kita tonton sendiri bahagian satu video siri buat duit dengan Tone Excel dari En Mazelan Abbas.
Untuk testimoni, tonton bahagian dua video siri buat duit dengan Tone Excel ini.
“I ♥ G.S.T” (G – guna, S – simkad, T – toneexcel)
Buat bisnes ini betul – betul selama 2 tahun. Usaha adalah satu ungkapan yang diperlukan untuk berjaya dan dalam konteks ini, tidak mustahil untuk kita mendapatkan manfaat kewangan dari menjadi rakan niaga Toneexcel. Sebagai contoh jika kita boleh buat satu appointment setiap malam dan hanya fokus selama 2 tahun, insyaAllah, hasilnya pasti sendiri tidak terjangkau untuk difikirkan. Itulah maksud “buat bisnes ini betul-betul selama 2 tahun”.
marketing mulut ke mulut ni..lebih senang nak close sales.
janji, cerita betul-betul.
Takde yang kurang. Takde yang tipu-tipu.
In-sha Allah. Hasilnya lumayan.
Terbaikkk (y) (y) (y)
Maaf. Saya terjumpa satu kesalahan pada website ini. Pembelian Topup RM50.00 dapat RM50.00. Yang sebetulnya pembelian topup RM50.00 dapat RM70.00. Sekian
Thanx for noticing. It has been rectified… Heee.. *peace*