ezuddin

★i hear the silence so loud★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
    • KMM Flash Mob
  • Handouts
  • Kedai Mari Mari
  • My Band
    • Jiggy Pop Nightfall
    • Buy Our Music
  • Aku ini
You are here: Home / Educational / Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

November 5, 2014 by mohd ezuddin 17 Comments

Scam-alert

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan item – item atau barang – barang menjadi lebih mudah di jual di Internet. Dengan prospek pelanggan yang besar, memang boleh dikatakan barang – barang yang dijual itu boleh laku dengan cepat. Itu pun dilihat pada harga yang ditawarkan. Lebih mudah lagi untuk berurusan jika segala transaksi kewangan dapat dilakukan melalui Internet Banking sekiranya dipersetujui oleh kedua – dua pihak. Namun begitu, penjualan barang melalui talian ini ada juga keburukannya walaupun terdapat banyak kebaikan.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk kita mengiklankan barangan ialah melalui sesawang Mudah.my yang rata – rata sudah begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Dengan caj asas yang ditawarkan pada harga percuma, begitu mudah untuk pelanggan mencari apa yang mereka kehendaki di Mudah.my. Pengalaman aku sendiri yang telah mengiklankan pelbagai barangan, begitu mudah untuk aku dapatkan target pelanggan aku. Setelah memuat naik iklan, ada yang terus menghubungi aku tidak sampai sejam setelah iklan diluluskan untuk berada di Mudah.my. Ada juga yang makan masa sehingga hampir dua bulan baru dapat panggilan dari pembeli. Walau apa pun, semua barang yang aku telah iklankan telah dapat dijual.

Berhati – hati dengan transaksi atas talian

Sejajar dengan kemudahan di Internet ini, kita perlu lebih berhati – hati baik dengan penjual yang menawarkan barangan mereka mahupun dengan pembeli yang menjanjikan duit pembayaran terhadap barang yang dibeli.

Kebiasaannya kita sering terdengar tentang pembeli yang menghantar barang lain dari yang dipesan oleh pembeli. Lebih – lebih lagi produk – produk yang popular seperti handphone dan alat muzik. Itu telah biasa kita dengari. Namun begitu, terdapat juga satu sindiket penipuan yang dilakukan oleh pembeli yang konon – kononnya telah membayar duit secara online tetapi sebenarnya, tiada satu sen pun telah didepositkan ke akaun penjual. Dan yang lebih bahaya, penjual yang telah mengiklankan barang – barang mereka di Mudah.my sering menjadi target dari pihak – pihak sindiket ini.

Modus Operandi mereka sangat mudah untuk kita kenalpasti. Mereka cari iklan di Mudah.my, email kepada penjual, bertukar info barangan, beritahu tentang lokasi dan pekerjaan mereka, meminta no akaun paypal / bank untuk membuat pembayaran dan mereka akan menyediakan “agen” untuk mengambil barang setelah pembayaran dibuat.

Beberapa minggu yang lalu aku telah mengiklankan motor Kawasaki ER-6N aku di Mudah.my dan aku telah terima sms dan panggilan telefon dari prospek pembeli di Malaysia. Malah aku juga telah terima email dari prospek pembeli di luar negara. Aku sudah biasa menerima panggilan dan sms dari Malaysia, tetapi dari luar negara? Pada mulanya aku rasa seolah – olah email itu sesuatu yang aku boleh percayai, namun setelah berbalas email, aku mulai rasa skeptikal. Dan aku hanya biarkan email itu sahaja dan hanya fokus kepada pembeli dalam negeri.

paypal scam

Pembeli luar negara yang bertanyakan tentang motor ER6n aku.

Dari snapshot diatas, apa yang mereka kehendaki ialah akaun paypal dan akan menggunakan shipping agent untuk mengambil barang yang kita jual. Sounds good to be true? Sememangnya begitu mengujakan bila ada orang dari luar negara yang sanggup untuk membeli barang dari kita. TETAPI, jangan percaya dahulu bulat – bulat.

Paypal scam berleluasa

Dari apa yang diminta oleh pembeli seperti no akaun, seolah – olah mereka sangat berminat untuk membayar harga yang kita tawarkan. Oppss! Nanti dulu, please give yourself a benefit of a doubt.

Baru – baru ini, aku telah mengiklankan satu lagi  barang yang hendak aku jual. Aku telah mengiklankan sebuah gitar lama aku di Mudah.my dan seperti biasa, respon dari prospek pembeli sangat cepat.

paypal scam

Dan seperti biasa, aku juga telah menerima email dari pembeli di luar negara. Dan kali ini, aku telah dengan mudah sekali mengesan yang itu semua hanyalah satu penipuan pembayaran melalui paypal. Seperti yang aku ceritakan diatas, modus operandinya melibatkan email kepada penjual, bertukar info barangan, beritahu tentang lokasi dan pekerjaan mereka, meminta no akaun paypal / bank untuk membuat pembayaran dan agen shipping akan mengambil barangan.

Cuba lihat snapshot – snapshot email dari Alejandro dan Mark Scott dibawah ini, apa yang telah meng”kantoi”kan email itu?

paypal scam

paypal scam

Ya, “cerita” mereka berdua dalam email yang dihantar kepada aku sama! Dan email – email sebelum ini pun sama, hanya sekadar tukar nama sahaja. Bukan itu sahaja,  I.P address mereka juga hampir sama iaitu 107.189.164.XXX. CHET!

paypal scam

paypal scam

paypal scam

Dan apabila aku buat semakan whois di CIPB, Network Range 107.189.128.0 – 107.189.191.255 adalah dari USA. Geez!

paypal scam

Bukan salah PAYPAL

Bimbang tentang perkara ini, aku pun google untuk dapatkan pengalaman orang ramai tentang perkara ini. Apa yang memeranjatkan aku, memang perkara ini sering berlaku diluar negara. Aku rujuk pengalaman individu lain di sini

paypal scam

Modes Operandi yang serupa, setelah “pembeli”  mendapatkan no akaun paypal dari penjual, mereka “kononnya” juga telah memasukkan duit ke dalam akaun tersebut. Kemudian, pembeli akan mendakwa mereka telah memasukkan amaun yang telah dipersetujui bersama amaun untuk untuk dibayar kepada agen shipping. Ramai yang telah terkena kerana penjual menyangka duit telah dimasukkan dan terpaksa membayar duit kepada agen shipping melalui western Union. Walhal, memang tiada duit di terima di dalam akaun paypal penjual. Sekiranya penjual tidak membayar duit kepada agen shipping, pembeli berkenaan akan menuduh kita sebagai melanggar perjanjian yang dipersetujui dan mengugut akan melaporkan perkara ini kepada FBI atau pihak berkuasa tempatan. Melampau bukan?

Jadi, adalah lebih baik apabila kita ingin mengiklankan barangan yang hendak dijual, pastikan agar kita berhati – hati dengan pembeli dari luar negara yang menghantar email kepada kita. Pastikan pembeli yang ingin membeli itu adalah orang yang benar – benar berminat. Caranya mudah sahaja, bergantung kepada cara kita hadapinya. Kita boleh buat Cash On Delivery, atau hubungi kembali pembeli melalui medium whatsapp, sms or call. Better safe than sorry.

*Fin*

Tweet
PinIt

Filed Under: Educational, News & Issues Tagged With: Mudah.my, Paypal Scam, Pendedahan Penipuan melalui Paypal

Comments

  1. Blogger Sentral says

    November 5, 2014 at 5:17 pm

    Peringatan yang bagus mesti sentiasa hati-hati bila berjual beli online. Thanks

    Reply
    • mohd ezuddin says

      November 5, 2014 at 9:53 pm

      you are most welcome bro..

      Reply
    • faisal hafil says

      April 13, 2016 at 5:25 pm

      sebijik macam kes aku.. belum masuk duit lagi dlm western union / money gram.. teringat nak cari maklumat tambahan.. OMG!!!!!!!!!

      Reply
  2. Khairul Zamri says

    November 18, 2014 at 10:32 pm

    Tak pernah lagi beli barang melalui mudah.my setakat ini

    Reply
  3. Anonymous says

    September 12, 2015 at 11:14 am

    Tq so much for the info

    Reply
  4. Anonymous says

    November 26, 2015 at 1:16 pm

    thankz sbb buat page ni..sbb sy baru kena malam td..da mula pelik bila 4 nombor country code yg sama..semua nk hantar ke sabah or sarawak..and sgt x kisah even kene bayar lebih..bezanya just diorg x mintak pon apa2 payment..just mntak tracking number from pos laju..tp nk dpt tracking number..kenalah pos dulu kan?haa..kat ctula da nampak..mula2 nk buat trick..pos kotak kosong so that dpt tracking number..tp memandangkan dgn nk pos tu pon da kene caj..baik xyah je bila da konfem kene scam

    Reply
  5. apis says

    December 9, 2015 at 1:27 pm

    sma bro. aku kna mlm td. dua org plak 2 scammer. siap ckp nt fbi dtg tgkp aku. ckp tggal kt Uk tp sruh aku byar duit agent kt org Nigeria. musnah bkecai mmpi2 indah aku ble tau aku jd mgsa scam.

    Reply
    • Zaleha says

      January 19, 2016 at 1:13 am

      Cik apis..apa la tindakan selanjutnya..saya pon baru kene..dia ckp see than for legal action..

      Reply
  6. khairil says

    January 21, 2016 at 8:44 pm

    aku pon terkena mcm ni…pembeli tu sruh aq byaq kat westen union klaw aq x byaq insuren tu dy nk repot fbi ..dy kata aq ni nk tipu dia…nasib baik ad blog ni kata tu smua menipu..

    Reply
  7. sihar rosli says

    February 25, 2016 at 5:30 am

    aku kena siang td…dye bg masa 24 jam tok ak settle an kt western union…lau x tindakan undang2 akn dkenakan…peh..mcm cilakak

    Reply
  8. Noi says

    April 20, 2016 at 3:39 am

    Good info. Nasib yang sme menimpa bru ni. Kononya duit dh deduct frm acct dia but waiting for my scanned copy of poslaju bru dpt creditkn duit. Sy rsa curiga n cri info dri google.nsb baik dpt info2 ni..nsb xpost lagi item tu kt dia.huhh…

    Reply
  9. Ermaliza says

    October 9, 2016 at 4:42 pm

    Waa… good info.. bru jer kne.. dh la 1st time jual kat mudah… x mudah jgk rupe nye.. tenkiu sesangt… may allah bless us..

    Reply
  10. yan says

    November 1, 2016 at 12:28 pm

    saya pun baru terkena semalam..1st time nk jual barang dlm mudah..tetiba ada buyer dr ohio nk beli of course exited..pagi ni dpt wsp ckp payment dh buat tpi pending sbb saya kna byr kt western union utk postage..saya terus call bank n org bank tu ckp ni scam jgn prcaya. yg kelakarnya dia siap srh manager bank dia wsap saya nk bagi saya prcaya yg transaksi dh dibuat…dlm bijak ada jga bodohnya..kt sna bank buka smpai mlm ke?

    Reply
  11. Hamba allah says

    December 27, 2016 at 8:35 pm

    Sy baru kena dan sy dah pon transfer duit ke mechantrade remitees..bodohnya saya tak call paypal dulu..dah transfer br call paypal..paypal kata tu scam..huhu..Allah syg sy..dia nak duga sy..mungkin nak bg rezeki lebih baik..huhu

    Reply
  12. Anonymous says

    March 5, 2017 at 11:12 pm

    Saya pun dah terkena disuruh bayar rm250 kononnya untuk urusan pending so ..bodoh punya pasal x fikir lagi..terus bayar ..tapi bila di suruh 1 kali lagi bayar rm200 terus rasa mcm penipuan ….Yang pastinya dah terkena…

    Reply
  13. Yazid says

    June 1, 2017 at 10:13 am

    Huh…nasib baik search awal kalau tak kena scam dah. Ada plak mamat dari lubnan nak beli item aku. Mula mula tu macam org malaysia sekali aku tanya location hmmm lubnan. Siap kata lagi pembayaran guna paypal atau dia terus bankin dekat acc aku. Aku reply ” I’m not interested selling outside Malaysia . Prefered Cash on Delivery . ” Pastu block hehe

    Reply
  14. Isyazatul says

    November 13, 2017 at 5:36 am

    Bukan salahnye mudah. My tu tapi salah scammer yg suka ambik kesempatan,scammer tu perbodohkan orang yang baru nak mula berniaga .Kata tinggal diluar negara buat bisnes nak beli item nak hadiah kepada pasangan dia dimalaysia ,transfer duit guna akaun bank antarabangsa belasan ringgit tak boleh transfer automotik ditolak beribu ringgit dari akaun pembeli, transfer disahkan tapi tak dikreditkan dalam akaun penjual selagi tak bayar balik amaun yang ditolak daripada akaun pembeli, tak boleh bayar ,mereka akan memenjarakan penjual, orang kata duit tak ada sebanyak tu, scammer ni paksa penjual bayar balik juga.
    Jual item RM12 nak kena keluarkan duit bagi pada pembeli RM5000…. Tu tanda scammer.
    Share pengalaman dapat pahala dapat menyelamatkan sesiapa yang baru mula berniaga daripada ditipu scammer tak berhati perut.

    Reply

Leave a Reply to sihar rosli Cancel reply

Your email address will not be published.

Lagu Aku


Entri Terkini

PRU 14 pada 9 MEI 2018. NAK UNDI ATAU TIDAK?

Skandal Data Privasi.. Jadi? Nak DELETE facebook ke tak?

Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan

It's Time For KMM Ad-Clip Competition 2016

Ingin bengkokkan Iphone 6S terbaru?

Siapa pengasas Susu Kambing Umaima?

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman
Mohd Ezuddin | Create Your Badge

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? posted on September 10, 2015
  • Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi posted on July 29, 2014
  • Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? posted on December 15, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • Jelajah Pulau Pinang (part 2) Jelajah Pulau Pinang (part 2) posted on May 12, 2014

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·