Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan item – item atau barang – barang menjadi lebih mudah di jual di Internet. Dengan prospek pelanggan yang besar, memang boleh dikatakan barang – barang yang dijual itu boleh laku dengan cepat. Itu pun dilihat pada harga yang ditawarkan. Lebih mudah lagi untuk berurusan jika segala transaksi kewangan dapat dilakukan melalui Internet Banking sekiranya dipersetujui oleh kedua – dua pihak. Namun begitu, penjualan barang melalui talian ini ada juga keburukannya walaupun terdapat banyak kebaikan.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk kita mengiklankan barangan ialah melalui sesawang Mudah.my yang rata – rata sudah begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Dengan caj asas yang ditawarkan pada harga percuma, begitu mudah untuk pelanggan mencari apa yang mereka kehendaki di Mudah.my. Pengalaman aku sendiri yang telah mengiklankan pelbagai barangan, begitu mudah untuk aku dapatkan target pelanggan aku. Setelah memuat naik iklan, ada yang terus menghubungi aku tidak sampai sejam setelah iklan diluluskan untuk berada di Mudah.my. Ada juga yang makan masa sehingga hampir dua bulan baru dapat panggilan dari pembeli. Walau apa pun, semua barang yang aku telah iklankan telah dapat dijual.

Berhati – hati dengan transaksi atas talian

Sejajar dengan kemudahan di Internet ini, kita perlu lebih berhati – hati baik dengan penjual yang menawarkan barangan mereka mahupun dengan pembeli yang menjanjikan duit pembayaran terhadap barang yang dibeli.

Kebiasaannya kita sering terdengar tentang pembeli yang menghantar barang lain dari yang dipesan oleh pembeli. Lebih – lebih lagi produk – produk yang popular seperti handphone dan alat muzik. Itu telah biasa kita dengari. Namun begitu, terdapat juga satu sindiket penipuan yang dilakukan oleh pembeli yang konon – kononnya telah membayar duit secara online tetapi sebenarnya, tiada satu sen pun telah didepositkan ke akaun penjual. Dan yang lebih bahaya, penjual yang telah mengiklankan barang – barang mereka di Mudah.my sering menjadi target dari pihak – pihak sindiket ini.

Modus Operandi mereka sangat mudah untuk kita kenalpasti. Mereka cari iklan di Mudah.my, email kepada penjual, bertukar info barangan, beritahu tentang lokasi dan pekerjaan mereka, meminta no akaun paypal / bank untuk membuat pembayaran dan mereka akan menyediakan “agen” untuk mengambil barang setelah pembayaran dibuat.

Beberapa minggu yang lalu aku telah mengiklankan motor Kawasaki ER-6N aku di Mudah.my dan aku telah terima sms dan panggilan telefon dari prospek pembeli di Malaysia. Malah aku juga telah terima email dari prospek pembeli di luar negara. Aku sudah biasa menerima panggilan dan sms dari Malaysia, tetapi dari luar negara? Pada mulanya aku rasa seolah – olah email itu sesuatu yang aku boleh percayai, namun setelah berbalas email, aku mulai rasa skeptikal. Dan aku hanya biarkan email itu sahaja dan hanya fokus kepada pembeli dalam negeri.

paypal scam
Pembeli luar negara yang bertanyakan tentang motor ER6n aku.

Dari snapshot diatas, apa yang mereka kehendaki ialah akaun paypal dan akan menggunakan shipping agent untuk mengambil barang yang kita jual. Sounds good to be true? Sememangnya begitu mengujakan bila ada orang dari luar negara yang sanggup untuk membeli barang dari kita. TETAPI, jangan percaya dahulu bulat – bulat.

Paypal scam mudah.my berleluasa

Dari apa yang diminta oleh pembeli seperti no akaun, seolah – olah mereka sangat berminat untuk membayar harga yang kita tawarkan. Oppss! Nanti dulu, please give yourself a benefit of a doubt.

Baru – baru ini, aku telah mengiklankan satu lagi  barang yang hendak aku jual. Aku telah mengiklankan sebuah gitar lama aku di Mudah.my dan seperti biasa, respon dari prospek pembeli sangat cepat.

Dan seperti biasa, aku juga telah menerima email dari pembeli di luar negara. Dan kali ini, aku telah dengan mudah sekali mengesan yang itu semua hanyalah satu penipuan pembayaran melalui paypal. Seperti yang aku ceritakan diatas, modus operandinya melibatkan email kepada penjual, bertukar info barangan, beritahu tentang lokasi dan pekerjaan mereka, meminta no akaun paypal / bank untuk membuat pembayaran dan agen shipping akan mengambil barangan.

Cuba lihat snapshot – snapshot email dari Alejandro dan Mark Scott dibawah ini, apa yang telah meng”kantoi”kan email itu?

paypal scam

paypal scam

Ya, “cerita” mereka berdua dalam email yang dihantar kepada aku sama! Dan email – email sebelum ini pun sama, hanya sekadar tukar nama sahaja. Bukan itu sahaja,  I.P address mereka juga hampir sama iaitu 107.189.164.XXX. CHET!

paypal scam

paypal scam

paypal scam

Dan apabila aku buat semakan whois di CIPB, Network Range 107.189.128.0 – 107.189.191.255 adalah dari USA. Geez!

paypal scam

Bukan salah PAYPAL

Bimbang tentang perkara ini, aku pun google untuk dapatkan pengalaman orang ramai tentang perkara ini. Apa yang memeranjatkan aku, memang perkara ini sering berlaku diluar negara. Aku rujuk pengalaman individu lain di sini

paypal scam

Modes Operandi yang serupa, setelah “pembeli”  mendapatkan no akaun paypal dari penjual, mereka “kononnya” juga telah memasukkan duit ke dalam akaun tersebut. Kemudian, pembeli akan mendakwa mereka telah memasukkan amaun yang telah dipersetujui bersama amaun untuk untuk dibayar kepada agen shipping. Ramai yang telah terkena kerana penjual menyangka duit telah dimasukkan dan terpaksa membayar duit kepada agen shipping melalui western Union. Walhal, memang tiada duit di terima di dalam akaun paypal penjual. Sekiranya penjual tidak membayar duit kepada agen shipping, pembeli berkenaan akan menuduh kita sebagai melanggar perjanjian yang dipersetujui dan mengugut akan melaporkan perkara ini kepada FBI atau pihak berkuasa tempatan. Melampau bukan?

Jadi, adalah lebih baik apabila kita ingin mengiklankan barangan yang hendak dijual, pastikan agar kita berhati – hati dengan pembeli dari luar negara yang menghantar email kepada kita. Pastikan pembeli yang ingin membeli itu adalah orang yang benar – benar berminat. Caranya mudah sahaja, bergantung kepada cara kita hadapinya. Kita boleh buat Cash On Delivery, atau hubungi kembali pembeli melalui medium whatsapp, sms or call. Better safe than sorry.

*Fin*

One Reply to “Mudah.my terdedah kepada Paypal scam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *