ezuddin

★welcome to my realm★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
  • Product Review
    • Teknik Shopee
  • Being Me
You are here: Home / Food & Travel / Antara CORT, Rengit dan Pasar Karat

Antara CORT, Rengit dan Pasar Karat

January 16, 2015 by mohd ezuddin 2 Comments

Berkata tentang pasar karat, ianya boleh dikatakan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Atau terdapat juga yang pergi ke pasar karat sebagai alternatif untuk mencari barang – barang berjenama terpakai yang agak murah, bergantung kepada keadaan barang tersebut. Bagi yang tinggal di Johor, Rengit merupakan satu kawasan yang agak popular dengan barang – barang terpakai ini. Tidak diketahui bagaimana pula ianya mendapat gelaran pasar karat, namun dengan terdapat pelbagai barang – barang terpakai sudah pasti ianya adalah satu tempat yang wajib dilawati oleh peminat – peminat barang – barang terpakai. Yang pastinya, keistimewaan barang – barang terpakai di Rengit ini adalah kerana ianya didatangi dari negara jiran, Singapura.

Dari mulut penduduk setempat, barang – barang tersebut diambil dari Singapura. Boleh kata, sekiranya kita pandai mencari barang – barang di setiap gerai, kita boleh menjumpai barang – barang yang agak berjenama dan kelihatan agak baru. Kalau tidak baru pun, kita akan dapat beli barang berjenama yang masih boleh digunakan dengan harga yang agak – agak – agak – agak berpatutan. 😀

Populariti mengatasi kualiti?

Namanya pun barang – barang terpakai. Dan rasanya tidak perlu untuk aku menceritakan tentang lokasi, perkara – perkara “what to do and what not” dalam membeli barang di sana kerana sekiranya kita google, memang terdapat banyak capaian URL berkenaan Pasar Barang Terpakai Rengit seperti sini, sini, sini dan sini. Yang penting, kita kena pandai mencari, pandai meneliti kualiti, dan pandai tawar menawar.

Beberapa hari yang lalu aku telah singgah di kawasan barang – barang terpakai rengit untuk mencari apa yang yang boleh dibeli, pendek kata hanya pergi suka – suka sahaja. Sudah beberapa kali aku singgah dikawasan itu dan kali ini aku ingin cuba untuk mencari barang – barang yang boleh di bawa balik. Memandang pada hari tersebut terdapat barang – barang yang baru turun dari Singapura, tinggilah harapan agar dapat mencari sesuatu yang berharga.

Kayu jati, barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, vacuum cleaner dan TV, barang mainan seperti Fisher Price, Bruin, barang – barang kanak –  kanak seperti stroller Quinny, sinki – sinki, dan bermacam – macam lagi. Yang paling best, terdapat juga alat – alat muzik dan alat – alat studio muzik. Memang meriah. Cuma kawasannya yang agak besar memerlukan sedikit masa untuk meneroka. Dan, memandangkan ianya kawasan kampung, jadi sekiranya kita membawa anak – anak kecil maka perlulah kita menjaga anak – anak kita kerana pernah berlaku insiden dimana seorang budak telah dilanggar oleh sebuah kenderaan disitu.

CORT guitar MR750-FX di Rengit?

Disana, setelah puas melihat barang – barang terpakai, aku telah terjumpa satu gitar akustik jenama Cort MR-750-FX. Jika dipasaran pada suatu ketika dahulu, gitar tersebut berharga dalam lingkungan RM1400 – RM1600 kerana ianya mempunyai picku-up Fishman dan “handicrafted in Korea” Dan bernombor siri 04030197. Kerana teruja, aku telah bertanya tentang harga gitar dan penjual itu memberitahu harganya. Boleh tahan, namum begitu aku juga perlu – berhati, yelah takut – takut lah barang tersebut mempunyai kerosakan yang banyak. Jadi aku pun membelek gitar tersebut, nampak masih boleh digunakan. Sudahnya, aku cuba tawar untuk mendapatkan harga yang lagi murah (walaupun aku tau itu sudah murah). Set!. beli juga walau tanpa tali gitar dan tanpa fleet.

IMG-20150116-WA0007

Gitar akustik yang telah aku beli itu merupakan gitar dalam siri CORT MR yang menggunakan pickup Fishman. Siri pick-upnya mempunyai 3-band equalizer control dan phase control selain dari volume control. Tambahan lagi, badannya yang diperbuat dari kayu Mohagony dan mempunyai 20 fret. Namun begitu, gitar ini menjadi rare kerana ianya telah tidak dikeluarkan lagi untuk pasaran luar dan membuatkan aku rasa teruja untuk memilikinya.

rengit

rengit

rengit

Handicrafted in Korea

Handicrafted in Korea

IMG-20150116-WA0006

Mainan kanak – kanak

Kemudian, aku terjumpa pula set drum Bruin. Nampak juga seperti agak baru. Opps, lupa pulak, bukan set drum dewasa tetapi set drum kanak – kanak. Sekiranya kita pergi ke Toys R’us, harga untuk set drum tersebut sahaja berharga sekitar RM130. Tetapi di Rengit, aku telah beli pada harga RM30 ringgit sahaja. Lepas ni, bolehlah anak aku bermain ketuk – ketuk, atau paling tidak pun, mak bapaknya boleh tumpang sekaki. 😀

rengit

Drum set untuk anak aku

Bukan itu sahaja, aku juga telah beli basikal roda tiga untuk anak aku. Memandangkan anak aku sudah mula berminat untuk bermain basikal dan asyik melihat je basikal berjenama Fisher Price di situ, aku pun belikanlah satu untuknya. Basikal tersebut akan buruk, jadi aku telah dapat beli pada harga RM20. Bolehlah, dah anak aku asyik tengok je basikal tu. Dan bila tiba dirumah, basikal Fisher Price itu yang ditunggangnya, basikal lain yang baru dan cantik dirumah hanya tinggal menjadi perhiasan. Hmmmm.. Mungkin kerana saiznya yang agak besar dan warnanya yang agak menarik membuatkan anak aku hanya memilih untuk bermain dengan basikal tu.

rengit

Fisher Price Tricycle

Akhir kata, kiranya ada yang ingin membeli barang – barang terpakai di Rengit, perlunya kita bersabar mencari barang – barang yang kita rasa berbaloi untuk dibeli dan perlu juga kemahiran untuk tawar menawar kerana takut harganya tidak berbaloi.

Tweet
PinIt

Filed Under: Food & Travel, News & Issues Tagged With: Gitar CORT mr750-fx, Kedai barang barang terpakai, Pasar karat Rengit, Rengit

Comments

  1. cikbunga says

    February 10, 2015 at 2:58 pm

    singgah sini

    Reply
  2. azlina hamdan says

    April 28, 2015 at 2:14 pm

    uish..
    heaven sungguh kalau kami sekeluarga ke sini.
    anak-anak memborong scooter jek..
    ibu-ibu cari pinggan / mangkuk/ kuali branded.
    ayah2 cari bag bawak travel..
    barang elektrik tak usah cakap..
    jati.. meleleh air liur je tengok..
    macam penulis bagitau sebelum ni..
    apa2 pun harga kena pastikan berbaloi dengan barang.
    yang penting negotiate sampai kita betul2 puas hati.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published.

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Penebusan IQD 2018 ialah Dinar Scam Terbaru di Malaysia? Penebusan IQD 2018 ialah Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • PAWS bukan tempat pembuangan kucing atau anjing PAWS bukan tempat pembuangan kucing atau anjing posted on September 7, 2014
  • Glam rock atau rock kapak? Glam rock atau rock kapak? posted on April 14, 2014
  • Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!! Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!! posted on January 11, 2018

Lagu Aku


Entri Terkini

Didik Anak Lelaki Dari Kecil Tentang Perempuan Yang Bakal Jadi Isterinya

panduan lengkap borong di China jual di shopee

RESIPI MYWAU MELAHIRKAN USAHAWAN IMPORT CHINA

ARS Ultimate IRAQ IQD 2019 Revaluation Atau Private Currency Exchange?

Cara mudah cat dinding dengan baik untuk newbie

Rahsia Menjual Produk Dari China Di Shopee Dengan Teknik Preorder

Rahsia Menjual Barang Dari China Di Platform Shopee Malaysia

Kesiannya anak lambat ke sekolah kerana tali kasut

Jam Untuk Hadiah Hantaran Cantik 5 barang Dalam 1 kotak Brand Dior

Gantung Kunci Ala Rockstar dengan Marshall Amp Jack Rack Key Holder

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·