ezuddin

★i hear the silence so loud★

  • Home
    • Educational
    • Tech & PC
    • Food & Travel
    • Entertainment
    • KMM Flash Mob
  • Handouts
  • Kedai Mari Mari
  • My Band
    • Jiggy Pop Nightfall
    • Buy Our Music
  • Aku ini
You are here: Home / Educational / Mengapa perlunya Troll?

Mengapa perlunya Troll?

January 23, 2015 by mohd ezuddin 14 Comments

trollSekiranya kita berbicara tentang trend di dalam Internet, terdapat satu trend yang pasti kita ketahui dan kadang – kadang terikut untuk melakukannya. Troll. Ya, troll. Aku tidak berapa pasti sejak bila bermulanya aktiviti troll di dalam alam siber ini, namun kehadirannya sahaja sudah cukup menggamatkan keadaan. Secara umum, aktiviti troll ini biasanya merupakan satu perkara atau perbuatan yang disebarkan di dalam Internet dimana kebiasaannya untuk menyakitkan hati orang lain dan berkemungkinan menyebabkan perpecahan. Bermula dari rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu (kadang – kadang hanya sekadar mengenakan pihak lain), kemudian ianya diterjemahkan dalam bentuk hujah – hujah, visual – visual sindiran dan kutukan yang panas, dan kemudiannya dipanjangkan secara online melalui media sosial, chatroom dan blog sebagai contoh.

Kalau dilihat, tindakan tersebut adalah dengan niat untuk memprovokasi pembaca dalam memberikan respon dan tindakbalas secara emosi tentang isu yang dibawanya. Kalau dilihat juga dewasa ini, ianya banyak melibatkan politik dan politikus kerana umum mengetahui terdapat tindakan yang tidak disukai oleh sesetengah pengikut – pengikut mereka terhadap pihak pembangkang atau juga pihak kerajaan. Mungkin terdapat baiknya kita mengetengahkan isu – isu yang boleh dibahaskan namun sekiranya diselitkan dengan unsur – unsur Trolling, sudah semestinya akan menyebabkan kekalutan yang boleh terbawa – bawa ke alam realiti.

TROLL: Baik atau Tidak?

Bukan berfokus kepada politik sahaja, malah individu – individu tertentu, organisasi – organisasi juga tidak terlepas dari diTroll oleh segelintir masyarakat internet. Kebanyakkan Troll yang dilakukan ini mempunyai unsur – unsur lawak dalam sindiran belaka, dan ada juga yang ditujukan terus dengan fakta tanpa unsur – unsur kecindan. Tidak dinafikan, unsur troll ini mampu untuk menyedarkan orang awam tentang moral yang ingin disampaikan. Namun ianya juga boleh menjadi bahan ketawa yang kelak mengganggu emosi dan sensitiviti sesetengah invidu yang di Troll.

Pemahaman troll ini sebenarnya merupakan satu yang subjektif. Malah boleh dikatakan ianya bergantung kepada persepsi dan sentimen pembaca itu sendiri. Ada pembaca yang beranggapan isu yang tonjolkan itu mungkin sebagai satu troll (sinikal), dan ada juga yang beranggapan ianya isu yang dianggap sebagai Troll (sumbangan / penggerak idea) dalam sesuatu perbincangan (walaupun mungkin agak kontroversi). Ataupun, jika ianya dibawa dalam satu perbincangan (seperti forum, media sosial) dan sekiranya keterlaluan, mungkin boleh dianggap sebagai satu Troll (serangan) yang memberikan impak negatif.

Apakah pandangan kita tentang isu yang cuba disampaikan?

Lihat sahaja contoh – contoh dibawah yang melibatkan individu seperti Bola Sepak, Politik, Fast Food. Adakah ianya dapat memberikan moral yang baik atau sekadar memerli atau dapat menaikkan kemarahan kita?

troll 1

Di tujukan kepada individu di McD

Troll 5

Merujuk kepada individu di arena bola sepak negara

Kredit gambar : Totally Mejah

troll 2

Ditujukan khas kepada kumpulan jantina.

troll 3

Merujuk kepada individu dalam organisasi politik

Kredit gambar : Abe Mat Slekeh

troll 4

Ditujukan kepada semua ahli – ahli politik.

Kredit gambar : Ban Politik

Selain itu terdapat juga gambaran tentang sesuatu isu secara umum yang boleh membuatkan kita berfikir (samada kita pernah lalui atau merupakan idaman kita). Lihat sahaja contoh dibawah. Kredit gambar berikut : 9Gag Malaysia

11765-1

11774-1

11759-1

MEME yang menarik

Yang menariknya, hampir setiap isu yang ingin di Troll akan menggunakan watak – watak wajah (meme / Troll face) tertentu yang menonjolkan wajah – wajah tersenyum nakal atau sinikal, seolah – olah mewakili wajah mangsa yang hendak di Troll. Meme yang digunakan kebanyakkannya dalam bentuk komik yang ramai daripada kita tahu mengenainya. Malah ada diantara meme tersebut mempunyai gelarannya masing – masing.

troll

Gelaran meme yang popular

Dari senarai diatas, memang patutlah ramai yang emosional bila telah diTroll menggunakan meme tersebut. 😀

Wajarkah Troll di Internet?

Sekali lagi, ianya terpulang kepada individu yang membaca. Sekiranya ia dapat memberikan satu moral value, ianya adalah satu yang baik. Sekiranya ia boleh merupakan satu serangan baik secara peribadi atau kumpulan tertentu, sudah semestinya ia merupakan sesuatu yang tidak wajar. Namun begitu, sekiranya ia dapat menyebabkan isu tersebut dapat ditambah baik (walaupun kontroversi), bukankah ianya juga sesuatu yang baik? Terpulang kepada kita untuk menerimanya, membacanya dan menterjemahkannya.

images
#Adieu To Le Monde.

Tweet
PinIt

Filed Under: Educational, News & Issues Tagged With: Isu Troll, Troll di Malaysia

Comments

  1. titan says

    January 23, 2015 at 9:50 pm

    anggap sebagai hiburan aje.

    kalau yang terlayan sangat..

    ada yang perang darah la jawabnya..

    Reply
  2. siti hazreen says

    January 24, 2015 at 4:48 pm

    first time dengar troll ni….haha lawak2

    Reply
  3. saljiahcraft says

    January 25, 2015 at 10:30 pm

    hanya memerhati bila berbicara takut tersingung..
    singgah sini..
    jemput dtg blog sy ..

    Reply
    • mohd ezuddin says

      January 25, 2015 at 10:35 pm

      dah bukak blog awak td tp tak boleh nak komen guna url plak.. heee

      Reply
  4. reezluv says

    January 26, 2015 at 9:55 pm

    ada gak yang tak bleh terima tu..memang best kekadang troll orang ni..aahhaa..

    Reply
    • mohd ezuddin says

      January 28, 2015 at 11:13 am

      Ada masa memang best, tp yang tak bestnya bila ada masa tu terkena gak kat diri ini.. hohho

      Reply
  5. anamizu says

    January 27, 2015 at 11:24 pm

    byk tgk gambar2 troll zmn skrg ni. kdg tu senyum sendiri bila baca hehe

    Reply
  6. MNH says

    January 29, 2015 at 11:57 pm

    secara jujurnya, saya benci pada troll walaupun ia dibuat hanya sebagai gurauan. Troll pada saya bersifat menghina, menjatuhkan maruah dan memalukan orang lain. Kalau kita tak suka orang troll kita bermakna kita pun tak perlu nak troll orang lain. Saya anti troll!!

    Reply
  7. Jazz Lover says

    January 31, 2015 at 2:29 pm

    Saya suka troll yang ada gambar Obama. Hahah.

    Reply
  8. MRS Rongoks says

    February 4, 2015 at 2:14 pm

    troll nie kadang ok, kdg tak ok . yg tak ok tu kalau kena batang hidung sendiri . hahahhaa .

    Reply
    • mohd ezuddin says

      February 4, 2015 at 3:09 pm

      dalam berjuta2 org kat msia ni, kalau terkena btg hidung sendiri alamatnya boleh jd glamour ni..

      Reply
  9. Cik Adda says

    February 11, 2015 at 2:32 pm

    troll memang kelakar, tapi masa 1st tahu dulu troll nampak pelikk . 🙂

    Reply
  10. Cik Yana says

    February 14, 2015 at 12:25 pm

    Cik Yana suka troll

    Reply
  11. Cik Mimie says

    February 23, 2015 at 9:59 am

    Troll untuk suka2 🙂

    Reply

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published.

Lagu Aku


Entri Terkini

PRU 14 pada 9 MEI 2018. NAK UNDI ATAU TIDAK?

Skandal Data Privasi.. Jadi? Nak DELETE facebook ke tak?

Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan

It's Time For KMM Ad-Clip Competition 2016

Ingin bengkokkan Iphone 6S terbaru?

Siapa pengasas Susu Kambing Umaima?

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman
Mohd Ezuddin | Create Your Badge

Entri Popular

  • 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing 101 MUET Hacks: A Cheat Sheet for MUET Report Writing posted on July 18, 2014
  • Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai Trypophobia: penyakit pelik buah biji teratai posted on July 1, 2014
  • Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan Bunga Harum Sundal Malam yang mengerikan posted on June 28, 2016
  • Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera posted on March 9, 2014
  • Pedang Setiawan Bakal Berakhir Pedang Setiawan Bakal Berakhir posted on April 1, 2014
  • Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? Siapa pengasas Susu Kambing Umaima? posted on September 10, 2015
  • Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi Pendirian Saudi memilih Paris Hilton dari Warisan Nabi posted on July 29, 2014
  • Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia? posted on December 15, 2014
  • Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih posted on April 10, 2015
  • Jelajah Pulau Pinang (part 2) Jelajah Pulau Pinang (part 2) posted on May 12, 2014

© Copyright 2014 - 2018 · Mohd Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Shiftserver iViperHost · Powered by Genesis·