Internet Explorer mati atau hidup kembali?

Kisah Internet Awal 90an

Semasa Internet mula diperluaskan di negara kita seingat aku pada pertengahan tahun 90an, Internet Explorer merupakan web browser yang paling dominan dikalangan pengguna pada ketika itu. Masih ingat lagi, dengan teknologi “dial-up”, sementara mendengar bunyi beep beep tut tuuuut yang menjengkelkan untuk mendapat capaian internet, kita akan bersedia untuk klik icon Internet Browser. Walaupun capaian Internetsekarang boleh dikatakan laju, namun pada ketika itu dahulu “dial-up” juga boleh dikatakan laju walaupun terpaksa menunggu 5 – 10 minit untuk melihat satu gambar. 😀

Internet Explorer juga pada ketika itu boleh dikatakan popular seawal tahun 2000 kerana ia didatangkan sekali dalam program Windows. Malah, tanpa Internet Explorer, mana mungkin kita dapat muatturun browser – browser yang lain seperti Mozilla atau Opera atau lain – lain (if you know what i mean). Tidak perlu kita memperkecilkan kebolehan I.E kerana wujudnya browser lain (yang lebih baik) adalah disebabkan juga untuk bersaing dengan I.E. Boleh dikatakan, tanpa I.E, tiada penanda aras untuk browser lain meningkatkan kemajuan mereka. 🙂

RIP Internet Explorer

Dan kini, telah diumumkan bahawa Microsoft akan menghentikan browser I.E buat selama – lamanya dan akan digantikan dengan sesuatu yang baru. Adakah I.E  ini dikatakan telah mati sepenuhnya. Jawapannya Ya dan Tidak. Ya kerana telah diberhentikan dan Tidak kerana akan digantikan dengan satu yang baru tetapi masih lagi didalam platform Windows (windows 10 to be exact).

While Microsoft has dropped hints that the Internet Explorer brand is going away, the software maker has now confirmed that it will use a new name for its upcoming browser successor, codenamed Project Spartan. – The Verge

Berikut mungkin sebab kenapa Internet Explorer mati

Pertama, Internet Explorer mati kerana ianya tidak mampu untuk bersaing dengan browser lain yang boleh dikatakan mempunyai capaian yang lebih pantas, anggun dan menarik. Lihat sahaja paparan InternetExplorer, ia kelihatan sangat bosan. Adakah mungkin kerana warnanya? *wink*

Kedua, mungkin juga Intenet Explorer mati kerana namanya. Perkataan “explorer” adalah sangat tidak menarik dan mungkin agak retro sedikit. Malah ianya telah tidak dinafikan oleh Microsoft sendiri. Oleh kerana itu, ianya juga berkeperluan untuk dijenamakan semula.

Junking the Explorer brand is part of a new game plan at Microsoft. CEO Satya Nadella is determined to remake the aging technology giant as an innovator rather than a follower. “Explorer was never a cool brand,” Silicon Valley futurist Paul Saffo says. “It’s like one step from AOL.” – Usa Today

Ketiga, antara penyebab yang paling utama Internet Explorer mati adalah kerana sistem sekuritinya yang dilaporkan mempunyai banyak kekurangan. Sehinggakan ianya menjadi bahan lawak dan kutukan bagi pengguna – pengguna serata dunia, termasuk aku. Ianya popular kerana “the number browser for downloading a better browser”. Bukankah begitu? heee

Yang keempat, cuba lihat gambar dibawah. Inilah yang aku rasa pada zaman kegemilangan Internet Explorer ini dahulu. Sehingga untuk membaca artikel di Internet pon sangat kecil skrinnya. Haha..

Jadi, sangat bertepatan dengan masanya untuk Microsoft membunuh I.E dan digantikan dengan satu yang lebih efisyen dimasa hadapan.

#adieu to le monde

P/s: Friendster dah mati. Kini Internet Explorer. So, what next?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *