Pilihanraya 2018 akan diadakan pada 9 MEI (RABU)
Amacam? Ada yang marah dengan keputusan tarikh pilihanraya 2018. Ada juga yang happy kerana telah membuat ramalan kemenangan awal. Ada yang mengeluh tak dapat balik atau jalan pasti akan sesak pada malam sebelumnya, dan bermacam2 lagi keluahan dan luahan di media social. Apa pun alasan kita berkenaan tarikh tu, memang patut pun kita akan berkata sedemikian.
Namun wajarkah kita tidak turun mengundi pada tarikh tu memandangkan ianya akan diadakan pada hari pertengahan minggu, RABU? Cuti peristiwa telah diberikan, ya walaupun sehari ianya amat berharga untuk kita turun mengundi. Ada desas desus mengatakan ianya cara untuk mengurangkan undi, dan ada juga hashtag banyak di media social #telurmanatelur. Mana yang betul dan mana yang paling betul?
MALAS NAK UNDI?
Sebelum kita kata MALAS untuk turun mengundi atau TAKNAK mengundi pada kali ini, tahukah kita, tarikh pertengahan minggu ini bukan kali ni je berlaku, malah ianya pernah berlaku pada tahun-tahun dahulu iaitu pada
- Pilihanraya 1959 (19/08/59) RABU
- Pilihanraya 1982 (22/04/82) KHAMIS
- Pilihanraya 1995 (25/04/95) SELASA
- Pilihanraya 1999 (29/11/99) ISNIN
Sumber: wiki
Jadi, dengan apa yang korang2 dari pihak sana dan pihak sini dok bising-bising dari dulu tentang sebesar-besar isu negara sehingga sekecil-kecil isu dedak, takkanlah korang tannak turun mengundi? Kalau betul korang fikir tentang masa depan korang dan anak cucu korang, takkan korang tanak turun mengundi? Kalau korang fikir untuk menegakkan syiar agama, takkan korang tannak mengundi? Kalau korang fikir untuk hapuskan depa2 yang bermasalah tu, takkan korang tannak turun mengundi? Aku boleh keep on gebang tentang banyak perkara kenapa korang patut turun mengundi.
Hanya ada satu sebab untuk kita tak turun mengundi iaitu RABU, tapi ada BANYAK SEBAB untuk kita TURUN MENGUNDI. Mengundi itu hak korang, nak pangkah sapa pun, itu korang punya hal.

alasan minta cuti PRU14
Jadi, set kan masa untuk pergi mengundi. Semak dulu nama kita di website Semakan Daftar Pemilih. Kemudian, clearkan time table kita pada tarikh keramat tu, kalau perlu minta cuti, mintalah. Kalau perlu MC, pandai2 lah. Yang penting plan awal, jaga keselamatan diri pergi dan balik, dan turunlah mengundi. Kalau nak minta leave atau mc atau kerja separuh hari, bagi je alasan “To Save Malaysia”.. If you know whot i mean… *wink*
ADIEU!
Leave a Reply