Apa yang korang faham dengan Penebusan Nilai IQD dan bagaimana ianya dikaitkan dengan satu skim yang nampak seperti ianya “sah disisi undang2”?

Terlebih dahulu kita perlu tau apa itu IQD. IQD tu adalah kod bagi matawang negara IRAQ. Kenapa Iraq terlibat dalam skim ni? Seperti yang kita tau, Iraq telah melalui pelbagai saat getir dibawah pemerintahan saddam dan sebelumnya. Setelah ditakluk atau diserang oleh negara barat, Iraq sedang berusaha untuk memulihkan negara dan ekonominya.

 

Saddam setelah tidak lagi berkuasa


Namum begitu, ada juga yang ingin mengambil kesempatan diatas pemulihan tersebut terutamanya dari segi wang dan ekonomi. Cerita-cerita tentang pelaburan Dinar Iraq telah muncul kembali apabila proses demokrasi akan bermula di Iraq, ekonomi akan berkembang dan nilai Dinar akan berkembang. Ada tak yang simpan Dinar Iraq ni? Agak2 menarik tak kalau nilai Dinar Iraq tu meningkat? Memang menarik, cuma…

Aku bukan nak fokus pasal Revaluation IQD Iraq, cuma nak fokus pada pihak yang mengambil kesempatan berkenaan perkara ni terhadap orang ramai. Kita lihat scam2 dinar iraq yang sebelum2 ni, antara modus operandi lama dahulu tentang scam ni adalah dengan “jika anda boleh membeli Dinar Iraq pada nilai yg rendah terkini, ia akan bernilai sekurang-kurangnya USD2 sebaik sahaja PBB mengiktiraf mata wang Iraq”. Sama seperti cerita “penebusan IQD Iraq” sekarang, jika perkara ini berpotensi untuk membuat wang, maka wujudlah sindiket Dinar Iraq atau IQD yang menyamar sebagai peniaga atau company yang MENGURUSKAN PERTUKARAN DINAR ini di Internet dan baru2 ni pula di Whatsapp.
Maka ramai la makcik2, pakcik2, anak2 muda yang tak tau apa2 telah termakan umpan dengan “pulangan lumayan” atas pertukaran nilai Dinar ini. Baru2 ini, telah berlegar link di Whatsapp untuk join group IQD ni sebagai PETUGAS IQD UTARA, yang kemudiannya ditukar ke PETUGAS IQD UTARA SELATAN dan kini dinmakan PETUGAS UTARA SELATAN. Hilang dah perkataan IQD. *wink*


Aku telah join whatsapp group ni kerana tertanya2 n “tertarik” dengan tawaran untuk mendapat komisyen jutaan Ringgit diatas penebusan nilai Dinar ini yang kononnya dilakukan oleh BNM melalui bank2 tempatan. Mana taknya boleh tertarik? Setiap yang join tu hanya perlu bayar komitmen fee sebanyak RM100 untuk membolehkan mereka menjadi Petugas2 yang akan membawa dokumen2 penebusan nilai Dinar dibank2 tempatan yang kononnya akan dipantau atau diiringi juga oleh pegawai2 Polis, LHDN, KDN dan macam2 lagilah. Jadi, dengan fee RM100 itu sahaja, seseorang itu akan dapat menjadi Petugas mewakili syarikat yang menebus nilai Iraq. Isunya disini adalah collection fee sebanyak RM100, dan bukan berkenaan penebusan IQD IRAQ.


Apa yang dijanjikan dengan membayar komitmen fee RM100 (fee minimum) tu?
Nama syarikat yang “kononnya” dilantik oleh BNM ni adalah ARS Ultimate Sdn Bhd (126****-*) dan nama pertama adalah pengarahnya ialah Abdul razak Bin Mohamed Saffee. (info ni boleh dapat dalam wasap group mereka)
** Nama kedua tiada kena mengena kerana hanya company secretary sahaja. Maaf atas kekeliruan maklumat sebelum ni.

Kononnya, company ini dapat kontrak untuk penebusan nilai IRAQ yang mana dikatakan sedang berusaha untuk membawa masuk duit2 Dinar Iraq yang disembunyikan di Thailand dalam beratus-ratus kontena. Banyak tuuuuu.. heee. Jadi dengan nilai RM100 tu, apa yang dijanjikan ialah seperti dalam gambar.

Amacam? Ada yang berminat? Hahaha… Percaya la sangat dengan janji2 manis tu. Bukan tu sahaja, malah siap ada “pakej” lagi untuk komitmen fee ini bagi menjalankan tugas untuk mendapatkan komisyen penebusan IQD ni. Check it out:-

Apa yang merunsingkan aku, bila BNM telah mengeluarkan statement berikut, geng2 ARS ini masih lagi berusaha untuk mengelirukan orang2 awam untuk menyertai tugas penebusan IQD ini. Rujuk Gambar (BI & BM)

Klik pautan BNM (in ENGLISH) : Financial Consumer Alert

Dan mereka cuba mengelirukan dengan statement di bawah ni

Masih nak join?


Ha.. ni nak cerita lagi, kononnya dengan RM100 tu juga kita akan dapat beberapa kemudahan yang agak “lumayan” aku kira. Jum kita tgk apa katanya lagi.

Lihat isunya:-
ARS nak Reserve nama untuk 20,000 orang. Bayangkan, hanya dengan fee RM100 X 20,000 orang sahaja ARS akan dapat kutipan RM2,000,000. Dan dengan RM2juta tu untuk cover kos penginapan yang bernilai beribu2 ringgit untuk seorang seperti penginapan hotel 4/5 stars selama 5 hari, urusan logistic kapal terbang dan urusan pengangkutan. Mana mungkin kos beribu2 ringgit untuk seorang (yg dalam kes ni untuk cover 20,000 orang) dapat ditanggung hanya dengan RM100 fee seorang. Tak masuk akal.
Adakah kos beribu2 seorang tu akan ditanggung selebihnya oleh ARS? Jika YA, mana kenyataannya? Kesimpulan, fee RM100 untuk cover penginapan hotel 4/5 stars selama 5 hari, urusan logistic kapal terbang dan urusan pengangkutan untuk seseorang adalah satu yang hanya sedap didengar tapi tak mungkis kos2 itu akan diserap oleh ARS. lebih2 untuk 20,000 orang. TAK MASUK AKAL!!


Sedangkan untuk kita join seminar2 perniagaan pun kita akan membayar beribu2 untuk 4 atau 5 hari penginapan di hotel, takkan la ARS ni dengan bermurah hati nak tanggung semuanya dalam kes ni. Andaian satu kepala kos sebenar ialah RM3000. Jadi RM3000 X 20,000 orang bersamaam RM60,000,000 yang akan ditanggung ARS!! Agak2 ARS nak tanggung? again.. TAK MASUK AKAL!!

(UPDATE 12/9/2018)
TERKINI, ARS sendiri telah mengatakan yg ARS ULTIMATE telah dimasukkan dibawah Consumer Watchlist BNM yang menyebabkan permohonan ROS mereka dibekukan sementara dan mereka belum dapat membuka akaun bank yang baru. Pihak mereka juga telah memberi statement yang ARS perlu declare duit komitmen Fee kepada BNM. Atas “recommendation” BNM, setiap ahli berbayar diwajibkan untuk menandatangani SURAT PERJANJIAN PINJAMAN sebelum 10/9/2018 yang lalu.

Sebenarnya, aku tak faham apakah yang mereka cuba sampaikan? Ianya seperti orang ramai sendiri yang menandatangi seolah2 sebuah akujanji yang mengatakan mereka memberikan pinjaman RM100 kepada syarakat ARS (yang status di ROS masih tak jelas, kata mereka didalam whatsap group). Ini perlu lebih penjelasan sendiri dari ARS yang terang2 masih beroperasi walaupun telah masuk didalam watchlist. Dan sehingga kini juga, ARS masih giat bergerak di negeri2 tertentu.


Dan yang lebih MENGERIKAN, mereka juga telah meminta sesiapa yang telah bayar fee RM100 itu untuk mengisikan personal detail mereka didalam database website mereka (lihat gambar dibawah) . bayangkan sekiranya orang2 ramai telah mengisikan details peribadi mereka, ARS telah dengan sendirinya berjaya mengumpul beribu2 data dengan senang, dan adakah klausa dari mereka yang mengatakan mereka tidak akan menggunakan data peribadi pelanggan untuk tujuan lain?

Sekali lagi, isunya disini adalah pasal COLLECTION RM100 fee tu dan bukan berkenaan revaluation IQD Iraq tu.


BTW, kalau nak tau ttg revaluation IQD atau scam iqd ni, bacalah dari sumber lain yang bersepah kat google. atau, cer la tgk dibawahh..


The Iraqi Dinar Revaluation Update 2018
http://iraqidinarchat.net/?cat=3
https://www.facebook.com/groups/PonziSchemeMalaysia/permalink/1670726896389176/
https://syamsuriyadi.com5
atau google je la… malas nak letak link banyak2.

(TERKINI)
Mereka akan mengadakan Taklimat Pencerahan IQD yang terakhir yang akan diadakan di Hotel Regal Park dan ada juga nama aku disebut2 katanya untuk bagi pencerahan tentang IQD.

 

Untuk makluman, sepertimana yang aku cakap diatasssss sana, aku telah menghadiri taklimat pencerahan IQD ni di Masjid Tanah Melaka ye. Dari jauh aku travel. Dan aku antara yang awal juga sampai.. Tapi, penjelasan yang mereka berikan sangat menghampakan. Not convincing at all dan rata2 yang hadir adalah warga2 emas.

Tu adalah Pengerusi pada waktu tu.

Aku antara yang terawal. Tak la awal pun. tepat waktu jugak la.

Pencerahan di Melaka

Bukan tu sahaja, ada beberapa persoalan yang aku lontarkan di Wasap group, namun tiba2 aku di remove. Kata nak bagi pencerahan, tapi kena kick (remove) plak. Ades la… So tak yah gebang kalau nak bagi “pencerahan” lagi kalau rata2 ada org yg tanya pun ada yg kena marah and KICK! Aku tanya pasal fee RM100 pun boleh kena KICK.. Adesss….

Aku tak perlukan pencerahan tu lagi sebab aku bukan nak pertikai sgt pun pasal IQD ni. Apa yg aku rasa perlu keadilan adalah kenapa perlunya COLLECT fee atau kini dinamakan PINJAMAN KPD ARS. Baca isu apa yg aku tulis diatas tu.


UPDATE 30 SEPT 2018
Kenapa aku rasa mereka (ARS) cuba nak selamatkan Butt mereka dengan mengatakan aku ni dari group sebelah. Siapakah “group sebelah” yang menjadi pertanyaan aku? Adakah ARS juga mempunyai rival dalam skim penebusan IQD tu?


Apa yg aku boleh katakan disini berkenaan aku ialah aku bergerak sendiri. Data2 dan maklumat yg aku dapati ni adalah dari apa yg aku dapati dari ARS wasap group, penelitian, dan juga info rakan2 wasap dalam ARS tu juga. So, aku sama sekali TAK TERLIBAT dalam mana2 group sebelah.
Dengan mengatakan aku dari “group sebelah” juga telah menguatkan lagi bahawa perjuangan ARS ni adalah utk channel kan masalah ni pada aku. Aku bukan Group Sebelah yg nak bincangkan pasal RV IQD. Aku adalah individu yg hanya mempersoalkan pasal FEE yang ARS collect. Itu sahaja. Nah, dengarkan audio ARS ni. Aku tertanya2, siapakah perempuan dalam audio yang mewakili suara ARS tu.


Tak payah nak channel masalah ko dgn guna nama aku derr.. untuk audio kedua ni pula aku pun ada beberapa persoalan. Cer dengar dulu.

 

Adakah pihak ARS boleh jemput mana2 wakil rasmi dari LHDN untuk bersama2 memberikan talk dan penjelasan ttg IQD. Takkan lah tak boleh dapatkan mana2 wakil memandangkan ini adalah projek besar. Don’t tell me this is a matter of security and privacy because RV and IQD has been viralled for quite some times now.


Satu lagi, tolong la mana2 pihak dalam ARS berikan cara pengiraan bagaimana wang kertas sekeping 25000 boleh ditukar menjadi RM400000. Aku pelik bagaimana nilai 1iqd bersamaan RM16.00 setelah revaluation? Kalau aku salah data ni, tolong lah perbetulkan atau tunjukkan jalan pengiraannya. Aku boleh je dapatkan maklumat di alam Internet, tp mungkin kita boleh dapatkan cara pengiraannya dari ARS terlebih dahulu.
Atau buat pengiraan sendiri. Contoh, ambil pengiraan seperti ni, 1USD = 1190 Iqd. Dengan mengambil kira revaluation akan membuang 3 kosong (‘000) dari nilai IQD apabila diapungkan. Jadi nilai baru akan menjadi 1USD = 1.190 IQD (lihat 1190 menjadi 1.190), atau 1 IQD = 0.84USD.
Nampak? Jadi kalau kita kira sekeping iqd 25000 didarabkan dengan 0.84USD akan menjadi 21000USD (atau dalam nilai RM pula 21000USD X RM4.15 = RM87,150!!)


Mana sampai RM400,000 untuk sekeping iqd 25000 yang dicanangkan tu? Ada baiknya kita beli/tukar sendiri iqd sekarang (jgn lupa simpan resit) dan jual semula setelah revaluation di money changer atau di bank2 tempatan.
Itu sahaja beberapa persoalan aku dari “group sebelah”. Entah sapa “group sebelah” pun aku tak tau. 


Itu belum lagi aku cerita mereka cuba dapatkan fee dari org2 yg bangkrap. Adoi la…


UPDATE 7 Okt 2018
Khabarnya ARS masih buka keahliannya lagi, dan kini dengan venue yg lebih ternama agar nampak lebih meyakinkan. Yang agak ketara ialah bila mereka kata dahulu yg mereka hanya perlu 20000 orang sahaja, tapi kini kenapa perlu buka lagi keahliannya? Kuota 20k orang x RM100 tak cukupkah untuk mereka “bekerja” sebagai penebus IQD?

Kuota 20,000 org dah penuh. Tp?????


Bila kuota baru telah dibuka, maka ayat2 pancing melalui whatsapp juga trlah ditambah baik. Begitu baik sekali kalau kita baca pun boleh terbayar lah RM100 tu. Pergh. Ini namanya copywriting, dan nampaknya Copywriting mereka memang mengancam.


Dari segala isu yg pernah dibangkitkan oleh mereka yg tidak percaya dengan ARS, dari segala isu yg dibangkitkan oleh mereka yg tidak percaya IQD, dari isu2 dalam facebook ttg Iqd dan ARS, dari isu2 dalam group2 whatsapp, dan dari isu RM100 yg aku bangkitkan, nampaknya telah “mengilhamkan” mereka utk menulis ayat2 pancing yang lebih baik bagi mencipta alasan lain yg lebih menarik kepada mereka2 yg baru kenal ARS.
Namun, adalah digalakkan agar orang ramai jangan percaya bulat2 untuk senang bagi RM100 tu. Yang penting, cari info2 alternatif dan info2 lain untuk memyokong tindakan korang menyertai penebusan ARS walaupun aku tau korang akan kata “apa la sangat RM100” tu.
Ingat, kena kencing tu bukan nasib, hanya kita yg membenarkan diri utk kena kencing. Kuyup pulak tu. 😂

BTW, aku ada terbaca n nak kongsi satu modus operandi dibawah ni. Cuba baca dan fahamkan.

Agak2 penah dengar tak modus operandi dibawah ni. Macam pernah dengar kan? Saja nak kongsi je. Takde kena mengena ngan sapa2. Anggap ianya iklan di blog.


Untuk info dlm gambar di atas tu boleh klik sini

 

TERKINI (20/10/2018)

Aku dapat berita yg Taklimat iqd di Melaka hari ni dibatalkan atas ayat klise kononnya “dibatalkan atas arahan pihak atasan”. Pelik jugak. Adakah atas sbb komen2 yg aku terima dibawah tu. Ye la, ada org yg nk pergi taklimat kat melaka tu tp bukan nak join, hanya nak tanya soalan2 shaja. Tgk gambar bwah ni.

 

 

Kemudian aku juga sediakan soalan2 untuk org tu tanya pada ARS sewaktu di Melaka nnt. Ni antara soalan yg aku suruh tanya:-


1) Adakah penebusan yang dilakukan oleh ARS ini dimana dgn RM100 boleh dapat berpuluh2 ribu ringgit ini menepati syariah kerana ianya ada unsur “uncertainty”?
2) Siapakah penasihat syariah bagi ARS untuk perjalanan urusniaga yang hendak dilakukan ini?
3) CBI ada memberikan info bahawa mereka bercadang untuk membuang 3 sifar dalam nilai IQD (ianya fakta). Manakala RV ini pula ada pelbagai jenis, namun bersandarkan maklumat (sumber yang dipercayai) manakah yang menunjukkan bahawa jenis RV yang bakal berlaku ini akan memberikan pulangan yang lumayan kepada orang ramai?
4) Bank Negara telah memasukkan ARS didalam senarai watchlist, apakah bukti yang membenarkan ARS ini terus beroperasi sehingga membuatkan ARS bertukar dari SDN BHD ke KOPERASI? Minta ditunjukkan dokumen kepada orang ramai (bukan retorik “oh.. itu hanya org2 atasan sahaja yang tahu / oh.. ianya confidential”. Sungguh KLISE.
5) Sehingga kini, CBI hanya menjalankan aktiviti “bidding” untuk menukar nilai iqd ke USD. Bolehkah ARS tunjukkan pengiraan mudah bagaimana ARS mengatakan sewaktu RV nanti 1 iqd bersamaan RM16?
6) Apakah jaminan ARS bahawa penebusan IQD dibank melalui transaksi yang dilakukan oleh pekerja ARS (orang ramai) ini tidak dikategorikan sebagai AMLA nanti di bank2 komersial? (jangan sebut mematuhi BAFIA kerana BAFIA dah lama ditukar..)


Aku tak rasa dorang cancel sbb takut. Aku cuma rasa dorang tgh prepare jawapan utk cantas soalan2 aku tu. Tak caya? Tgk nnt pada taklimat2 akan dtg, mesti meteka dah prepare jawapan utk meyakinkan org ramai. Ko tgk lah nnt.


Aku sbnrnya ada byk lagi persoalan, tp nntlah aku tulis soalan2 lain. 😁
Bg yg tak dapat join di melaka tu, korang pergi la taklimat kat mana2 n dgr balik. Betul tak nnt diorang akan counter balik soalan aku tu. 😂

UPDATE 24 OKT 2018


Aku dgr lagi cerita yg dibuat2 tentang aku. Lawak juga la cerita tu sbb atas apa juga info n penerangan yg aku berikan dari mula aku tau pasal ARS ni sampai skrg, masih ada lagi yg kaitkan aku sebagai “rival” ARS. Adoi la…
Cerita terkini yg aku terima dari komen blog aku ni mengatakan yg aku telah mengambil duit lebih dari petugas pendaftaran dan telah di Terminate. Rujuk gambar

 

Aku rasa aku dah bgtau kat atas2 tu yg aku mmg dtg sewaktu pencerahan tp aku tak plak join apa2. Aku tannak la bazirkan duit aku RM100 utk perkara yg tak pasti, lebih2 lagi bila melibatkan 3rd party seperti ARS yg kutip duit org ramai dan menjanjikan bulan dan bintang pada org ramai antaranya org2 kampung / pedalaman, org2 yg ada masalah hutang seperti bangkrap, org2 tua, org2 yg ada masalah ekonomi rumah tangga dan lain2.
Pesanan kepada ARS, apa pun tuduhan korang terhadap aku, ianya tetap tak dapat menyangkal bahawa ARS Unlimited Sdn Bhd telah masuk didalam Watchlist Bank Negara. Tu belum jawab lagi ttg adakah urusniaga yg dilakukan ARS ini berlandaskan syariah, dan siapa penasihat bertauliah syariah utk ARS ni.


Alah, lihat je la soalan2 yg aku lontarkan kat atas tu. Jawab dan biar org ramai tau.


Dan aku nak tegaskan kat sini, aku tidak menentang RV Iqd, apa yg aku cuba sedarkan disini ialah kenapa perlu ARS kutip duit org ramai walaupun dah masuk dalam senarai watchlist BNM?
Berbalik kepada penebusan IQD tu so….Amacam? Masih nak join?
Lu fikirla sendiri
______________________________

**PENUTUP**

Setelah beberapa bulan aku mengikuti perjalanan pengumpulan ahli ARS ni, rasanya telah tiba waktu utk aku berhenti kerana mereka kata telah tutup pendaftaran (for good this time i guess) pada 30/10/2018. Disamping itu, bagi mereka yg berada di group whatsapp dan tidak join atau membayar RM100 juga telah diremove dengan alasan group whatsapp tersebut telah dibubarkan. Dan yg tinggal adalah mereka2 yg telah join dan dipindahkan ke whatsapp group official mereka yg berlainan. So, aku kira aku pun dah tiada contact org2 dari mereka yg join ARS ni.

Namun, kalau ada sesiapa yg telah join ARS dan ingin membantu aku untuk menyalurkan info berkenaan ARS jika ianya semakin mencurigakan, boleh salurkan kepada aku melalui ruangan komen dibawa dan tinggalkan no telefon untuk aku wasap (Jangan Risau, No Telefon Akan Di Padam). Kita sama2 bantu utk menyedarkan orang ramai, bukan ttg IQD atau RV, tapi tentang ARS sahaja.
Bagi mereka yg telah join dan tak kisah pasal RM100 yg telah “dilaburkan” tu, semoga berjaya menebus iqd tu atas nama Private Currency Exchange 60 hari tu.
ADIEU..
.
.
.
.
.
Update TERKINI ( 9 Jan 2019), ingat dah berlaku RV namun rupa2nya ARS ni telah mula memperkemaskan modus operandi mereka dengan mula guna nama orng2 berpangkat Dato’ dan nama PM kita. (ini komen dari kawan2 yang telah join). Berhati – hati semua ye.

 

 

 

**Nampaknya server blog aku telah di diserang hackers dan habis semua posting2 aku. Buat masa ni yang dapat terselamat hanya beberapa posting termasuk posting ini. Kalau korang nak akses Cache Posting aku untuk bacaan dari awal, boleh download disini.