Lambang Kosher Tobasco Yang Perlu Korang Tau

Korang Suka Sos Tobasco?

Beberapa hari lepas aku telah pergi ke Tesco dah telihat sos Tobasco di bahagian tidak halal. Betolkah?

Pernah suatu ketika dulu dikatakan sos tobasco mengandungi dna khinzir. Betolkah? Pertama, kenapa perlu up isu ni sedangkan sos ni telah lama disediakan di beberapa restoran makanan popular di malaysia dan di seluruh dunia sebelum ni. Kedua, sejauhmanakah kebenarannya mengandungi DNA yang tidak halal sedangkan di halaman business Tobasco ( http://www.tabasco.com/mcilhenny-company/faqs-archives/ ) ada menerangkan tentang Kosher seperti berikut: –

“Is Original TABASCO® brand Pepper Sauce approved for Kosher cooking?
Yes. Original TABASCO® Sauce has long been used by those who keep
Kosher kitchens and it routinely meets guidelines for earning the “K”
identification. Note the “K” mark on the front panel of every Original
TABASCO® Sauce carton.”
Lihat loko “K” yang berwarna merah, bermaksud Kosher.
Mari kita perhatikan, di bahagian ingredient Tobasco, ada logo “K” bg menggantikan perkataan Halal. K bermaksud Khoser (halal yang boleh dimakan). Simbol ini digunapakai di Amerika (halalnya amerika, CMIIW). Kebanyakan orang muslim menerima spesifikasi Kosher di Amerika dan Eropah. Sewaktu aku pergi ke seminar halal, dimaklumkan makanan Kosher (spesifikasi masakan kosher adalah makanan yang dipersetujui  yahudi hilaknick, kosher berarti makanan yang boleh dimakan) bole dimakan oleh orang Islam. Bukan aku yang cakap, tp pegawai dari jabatan agama islam yang turun dan cakap.
Isunya disini bukan kerana penggunaan sos tersebut yang berleluasa
sebelum ia dikatakan tidak halal atau tidak, tp isunya kenapa pemantauan
dari pihak berwajib memakan masa yang lama untuk mengumumkan  kehalalan
produk tobasco yang popular ni. Kalau tak silap, produk tobasco ni
telah lama disediakan di restoran pizza hut. Lebih lama dari yang kita
sangka. Aku masih ingat, setiap kali ke Pizza Hut sejak dari aku muda
lagi, aku akan memesan pizza dan dicicah bersama sos tobasco.
Isu “halal” ni sangat sensitif dikalangan rakyat malaysia yang beragama islam, maka, pihak berwajib hendaklah memastikan pemantauan produk2 yang popular dan yang baru keluar dipasaran ni supaya mempunyai status halal yang tidak diragui atau mempunyai “K” (kosher). Disamping tu, pihak berwajib juga harus menerangkan konsep Halal dalam islam dan juga Halal ahli Kitab (Kosher) agar tidak menimbulkan keraguan dan tanggapan yang salah.
Kadangkala apabila aku semak di webpage jakim, ada antara produk yang tidak disenaraikan kehalalannya. Mungkin mereka patut lebih kerap turun padang bagi mengesan produk2 makanan yang halal.
Apa apa pun kalau was2 dan ragu, tak yah makan Tobasco. 🙂
p/s: ingat lagi masa aku menonton iklan tobasco di siaran singapore; ada orang yang tersesat di hutan lalu menyalakan unggun api bertujuan untuk menghalau nyamuk, tapi nyamuk masih mengacaunya. Lalu diambil sos tobasco dan di semburkan ke arah roti lalu dimakannya. Dan apabila nyamuk yang menghisap darah orang tersebut akan meletup nyamuk itu kerana dalam darah manusia tu dah bercampur ngan sos tobasco.. hahahahah.. Tak boleh blah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *