Cara membuat Consolidation Shipment di Taobao (Sesuai Untuk Tempahan Secara Preorder Shopee)

Konsep Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment)

Taobao sememangnya syurga stock untuk peniaga2 kecilan atau bagi mereka yang membuat bisnes preorder ni. Namun begitu, untuk membuat preorder, kadang2 kos untuk “Direct Shipping” ni pun adalah tidak berbaloi. Mungkin kerana Taobao menetapkan harga berdasarkan info / item description yang ditulis oleh seller dalam webstore mereka. Adalah lebih baik jika memilih option consolidation shipping (penyatuan penghantaran) jika kita membeli item dari seller2 yang berbeza.

consolidation shipment

Untuk lebih mudah memahaminya, kita beli item dari pelbagai seller yang berbeza dan kemudia kita hantar di satu Gudang pengumpulan barang yang ditetapkan sebelum kita membuat arahan untuk menghantar ke satu alamat (alamat kita). Sesuai jika kita menerima pesanan preorder lebih dari satu di Shopee dan kita order melalui ramai seller di Taobao.

Dengan cara ini, kita dapat meminimakan kos penghantaran sekiranya kita buat direct shipping untuk setiap satu barang. Kos ini dapat diminimakan apabila semua barang yang ditempah tadi dimasukkan ke dalam satu kotak (lihat contoh) atau kesemua item2 tu di set untuk satu penghantaran sahaja.

consolidation shipment

Bagaimana untuk membuat Consolidation Shipment di TAOBAO?

Untuk rujuk langkah2 berikut, pastikan korang ada akaun Taobao atau telah mendaftar akaun Taobao. Jika belum ada, boleh lihat posting aku sebelum ni untuk cara pendaftaran dan cara pembelian di Taobao.

Perhatian: Ini adalah cara yang agak advance juga bagi mereka yang newbie. Jadi, sila pastikan korang dah tau teknik pencarian barang dan teknik pembelian barang sebelum membuat Consolidation Shipment.

Langkah Pertama.

Katakan kita telah pilih beberapa barang sebelum membuat pembayaran. Dan dalam kes ni, aku telah pilih 3 barang untuk di hantar ke Malaysia. (rujuk gambar dibawah)

consolidation Shipment

Masalahnya, setiap barang mempunya kos penghantaran yang berbeza sekiranya aku memilih untuk buat “Direct Shipping”. So, solusinya adalah dengan menggunakan Consolidation Shipment. Caranya ialah dengan menetapkan alamat gudang pengumpulan barang dengan memilih option “after the consignment” setelah kita pilih alamat rumah kita (alamat untuk penghantaran barang). Rujuk salah satu dari dua gambar dibawah.

Contoh “after the consigment” di TAOBAO.com

 

Contoh “after the consignement” di TMALL.com

 

Selepas pilih “after the consignment”, Klik “modification Service provider” untuk memilih samada kita ingin menggunakan servis Laut atau Udara. (jika tidak boleh klik, tukar dahulu ke bahasa Cina, dan klik)

 

Selepas itu, kita pastikan samada pilihan kita itu untuk penghantaran melalui udara atau laut. (rujuk gambar)

Consolidation Shipment

 

Untuk proses consolidation yang berikutnya, pastikan option yang kita pilih tadi adalah betul iaitu [Service Provider]: Official Air Transport atau [Service Provider]: Official SeaTransport. Dalam kes aku ni, aku telah pilih Air transport.

consolidation Shipment

Proses berikutnya adalah pembayaran item2 yang kita order tadi. Sebaiknya kita buat pembayaran tu satu persatu ye. Cara pembayaran adalah sama seperti pembayaran untuk “Direct Shipping” hanya perlu klik “Settlement” dan korang akan dibawa ke page pembayaran. Boleh rujuk posting lama aku. Pembayaran boleh dilakukan dengan memilih option online banking (Malaysia eBanking) dan akan dikenakan caj 1.5%. Alah, berapa la sgt. Just Caj pada pembeli je nanti. Heeee

Selepas buat pembayaran, cuba cek kesemua alamat gudang penghantaran. Pastikan ianya sama. Alah, memang sama pun sebenarnya. Tapi, just in case, semak je.

Consolidation Shipment

Selepas itu dalam masa 1 – 4 hari, boleh semak semua samada item2 tu telah di pos atau tidak / telah sampai gudang atau tidak. Caranya ianyalah klik “ITaobao” dan “I have bought a baby”, kemudian klik “combine transaction” (rujuk gambar) untuk tau status item2 tersebut.

Apa tindakan selanjutnya? Klik tab “To be shipped” untuk pastikan samada barang itu telah berada digudang atau sebaliknya. Dan rujuk gambar dibawah, barang – barang telah sampai di Gudang pengumpulan.

 

Kemudian kita pilih barang yang ingin kita Consolidate dan hantar ke kita. Rujuk gambar, saya klik ketiga2 barang yang saya order untuk di hantar ke Malaysia. Lihat jumlah yang perlu saya bayar, hanya rmb48 (RM28 sahaja). yahooo.

 

Selepas itu, Klik “One-Click Package”, sy pilih address dan  terus buat pembayaran seperti biasa.

 

pilih Malaysia eBanking dan klik “continue”.

 

Pilih bank pilihan korang dan isikan detail  seperti “email” & “Mobile No” dan klik “Enter”.

 

Bagi yang guna Maybank2u, korang mesti dah mahir dengan cara pembayaran begini. Dibawah ialah contoh successful payment.

 

Kemudian kembali ke Taobao dan pastikan payment di taobao juga successful. (rujuk gambar). Kemudian tekan “Order Details”.

 

dibawah ni adalah  contoh pembayaran untuk Consolidation Shipping. Dan ianya masih belum dihantar lagi. Perlu tunggu beberapa hari lagi untuk mereka hantar ke Malaysia.

 

Selepas 24 boleh check semula. Pergi ke Taobao.com, klik “I Taobao” dan klik “I have bought a baby”, kemudian klik “View logistic” di mana2 item yang kita beli tadi dan dah boleh semak. Lihat gambar dibawa. YAHOO!!! Barang dah di shipped out!

 

Sekarang ni hanya perlu tunggu barang sampai je.

Setelah beberapa hari boleh check semula I-Taobao untuk confirmkan penghantaran dan barang yg aku order tu dah sampai. Sebenarnya aku buat preorder juga di Shopee, jadi dengan Consolidation Shipping ni dapat menjimatkan kos shipping aku dari China ke Malaysia. Manakala kos Shopee pula adalah Free Shipping.

Lihat video parsel yang aku terima.

 

Akhirkata, dengan semudah itu kita boleh buat consolidation shipping dari China. Apa yang nak aku kata disini, consolidation ni dapat menjimatkan kos penghantaran kalau kita beli dari pelbagai supplier. Lebih2 lagi kalau kita jual secara preorder seperti di Shopee.

Namun perlu diingatkan disini, sebenarnya tiada cara yang lebih berkesan untuk kita mengurangkan kos penghantaran. Semuanya ada pros and cons. Apa yang kita perlu kita lakukan ialah membuat pembelian dari pelbagai seller dan cuba jaya untuk jenis2 penghantaran yang boleh kita lakukan. Kemudian baru kita boleh pilih mana satu yang agak murah dan sesuai dengan kita.

 

Selamat mencuba.

P/S: Nak cuba Shipping Forwarder syarikat dari Malaysia, MYWAU? Cuba baca posting aku berkenaan shipment di >>SINI<<

P/SS: Nak belajar Borong Dari China? 

SAYA MAHU HARGA MURAH BERBALOI PANDUAN DIGITAL BORONG CHINA ONLINE LENGKAP A-Z

 

#adieu

5 Replies to “Cara membuat Consolidation Shipment di Taobao (Sesuai Untuk Tempahan Secara Preorder Shopee)”

  1. Salam bos. Nak tanya kalau by sea shipping, ada limit packaging x dari warehouse taobao ke malaysia. Contoh beli karpet ukuran panjang 150cm, dpt lepas ke x. Thanks respons

    1. Pembetulan yg minor seperti kurang no rumah atau salah ejaan, boleh betulkan sahaja di borang AWB tu guna pen. Tetapi jika kesalahan alamat yang serius, pertama (jika belum pos out) tu boleh cancel order, refund dan buat order baru. atau Kedua (jika dah pos out) terpaksa call pos careline untuk stop barang barang tersebut dan return to sender. Kemudian buat cara pertama.

      Ketiga, boleh buat cara kedua dan setelah barang sampai ke sender, cuba call shopee careline untuk next action.

      Harap ianya dipermudahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *