Lakukan cara berikut untuk meredakan stress di tempat kerja

KERJA KER KERJA.. STRESS TAU..

Stress adalah sesuatu yg tak asing lagi pada kita di tempat kerja. Mana taknya, kerja banyak…. stress, kena marah ngan boss….. stress, kena marah ngan customer…. stres, kerja adhoc…. stress, dan macam2 lagi la. Sampai adakalanya kita mungkin give-up dengan kerja tersebut dan nak cari kerja lain. Mungkin itu adalah caranya tp adakah perlu kita buat semua tu sebelum kita cuba kawal stress kita?

Apa yg penting, terlebih dahulu kita kawal stress kita agar tak mengganggu pemikiran kita atau judgement kita yg sekaligus akan mengganggu prestasi kerja kita atau hubungan  org sekeliling kita.

Berikut adalah beberapa cara simple yg berguna untuk kita cuba redakan stress yg kita hadapi:-

1. Kawal Pernafasan

Apabila kita mula berasa stress terhadap tugasan yg kita dapat, cuba kawal pernafasan ala2 bermeditasi. Duduk dan kekalkan posisi yg selesa,  selepas itu tarik nafas dalam2 dan hembuskannya sambil menutup mata.

Fikirkan perkara yg membuatkan kita happy, think happy thoughts. Insyaallah ia akan membantu menenangkan kita dan kembalikan fokus terhadap kerja.

2. Ketawa

Stress

Ketawa memang terbukti membantu menghilangkan stress. Banyak cara untuk membuatkan kita ketawa ditempat kerja dan perlulah dibuat secara berpada2. Bukan apa, jangan over ketawa pulak takut kerja tak jalan.

Kita boleh berborak2 kejap n buat lawak dengan kawan2. Tonton klip2 lucu kat Internet / social media. Dan macam2 lagi la, tp sekali lagi, perlulah berpada2.

3. Dengar Muzik

Ni pun antara cara yg paling popular yg biasa kita buat. First, kita perlu ada headphone atau earphone sewaktu dengan lagu semasa bekerja. Walaupun ianya subjektif, tp genre lagu yg pilih tu hendaklah yg tak mengganggu konsentrasi kita.

Pilih muzik2 yg santai tanpa lirik, atau mana2 lagu instrumental. Ada byk la dalam youtube yg boleh kita dengar. Jangan dengan metal atau lagu jiwang plak. Nanti kerja tak jalan sebab layan “feel”.

Lagu2 lembut ni memang membantu meredakan stress.

4. Senaman Ringan

Jika kita telah duduk agak lama dikerusi sambil mengadap PC tu, boleh la melakukan senaman ringan utk merenggangkan otot2 tu.

Buat streching di kerusi kita atau kita boleh berjalan ke pantri atau bergerak ke meja kawan atau turun naik tangga sebagai contoh. Cuma, jangan la bergerak terlalu lama, di khuatiri boss akan ingat kita mengular pula karang.

5. Berehat

Ini pun penting juga selepas fokus terlalu lama. Kadang2 ia membuatkan kita penat dan ada mental block untuk meneruskan kerja kita. Apa yg boleh kita buat ialah tinggalkan workplace kita n pergi ke tempat lain untuk sementara.

Kita boleh keluar dari opis kita sekejap n hirup udara luar pejabat tu, atau pergi ke pantri untuk bancuh kopi atau teh sementara menenangkan diri sebelum kembali ke workplace kita untuk buat kerja semula.

6. Berwuduk

Bg yg muslim, kita boleh take-5 untuk ke surau atau bilik yg disediakan untuk berwuduk. Terbukti berwuduk ada “cooling effect” untuk meredakan stress yg kita hadapi.

Atau selepas berwuduk, kita boleh melakukan solat sunat untuk menenangkan hati kita sebelum kembali ke tempat kerja.

 

 

Walaupun dah lakukan 6 perkara di atas dan masih berasa stres, apa yg boleh kita lakukan selanjutnya ialah dengan pergi bercuti atau kita dapatkan rawatan atau nasihat dari yang pakar.

Jangan dibiarkan stress itu berlarutan kerana bukan sahaja ianya memberikan kesan buruk terhapad emosi kita, malah akan mempengaruhi orang2 sekeliling dan keluarga kita. Minta dijauhkan.

Reference:

http://jobkartel.com/cara-hilangkan-stress-di-tempat-kerja/

http://glamlelaki.my/segak-rapi/indeks-sihat/5-tip-tangani-tekanan-di-tempat-kerja/

https://www.usahawan.com/lifestyle/tips-menangani-stress.html/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *