Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao

Kali ni aku nak terangkan bagaimana untuk chat dengan seller di China menggunakan software Aliwangwang. Bagi yang agak baru dengan website di Taobao dan 1688 ni, mungkin mereka akan terkejut bagaimana otai2 ni membeli secara online di website tersebut sedangkan website tu bertulisan cina.

Ada yang menggunakan skill mereka translate menggunakan google Translate, atau mana2 translation software yang ada. Terus terang, memang itu lah caranya. Atau yang paling mudah, buka website Taobao.com atau 1688.com menggunakan broser Google Chrome dan right click website tersebut dan pilih opsyen Translate to English. Haa. Mudah je.

Namun begitu, itu baru saja permulaannya. Jika korang dah daftar dan ada login ke akaun Taobao, korang dah boleh start membeli. Jika korang belum ada dan nak tau cara buka akuan Taobao, boleh klik dan DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DISINI. Berbalik semula kita, setelah pilih barang yang hendak diorder tu, mungkin ada lagi banyak persoalan yang timbul tentang barang tersebut. 

Apa yang boleh kita lakukan ialah kita boleh terus chat dengan seller untuk bertanyakan soalan2 yang penting tentang barang yang hendak kita order.

Bagaimana untuk mulakan Chat tersebut?

Pertamanya, kita perlu muat turun applikasi Aliwangwang. Apa itu Aliwangwang ni? Ianya ialah satu software komunikasi untuk berhubung dengan penjual Taobao atau 1688. Untuk download software, KLIK SINI. Anda akan dibawa ke page seperti dibawah.

Klik untuk install software Aliwangwang. Pastikan anda klik mengikut versi Windows PC anda. Mudah kan? Pastikan ada icon Aliwangwang di desktop korang selepas installation. Rujuk gambar dibawah.

Selepas itu, Jika anda klik icon itu dan akan keluar ruangan login seperti dibawah. 

 

Apa step seterusnya? 

Kembali semula ke Taobao tadi dan buka page item yang korang nak tau informasinya daripada seller tersebut. Di page berkenaan cari icon seperti gambar di bawah dan klik untuk berinteraksi dengan seller.  Jika korang tak jumpa icon tu, cari je di setiap pelusuk page tu ok. Heehe

Klik icon tersebut dan beri aksess untuk ke Software Aliwangwang dengan klik “Open AlilM PROTOCOL”

 

Setelah itu, anda akan dibawa ke page login seperti contoh diatas tadi dan masukkan LOGIN NAME & PASSWORD TAOBAO anda di Aliwangwang. Nanti anda akan dibawa ke interface ruangan chat dengan seller seperti dibawah.

 

BAGAIMANA UNTUK CHAT DENGAN SELLER?

Baiklah, proses chat dengan seller ni taklah rumit, kita hanya perlu chat seperti biasa je. Cumanya, kita perlu guna huruf aksara cina, tu lah kekangannya. Tetapi, sekarang kan zaman teknologi, hanya perlu guna Google Translate je dah memadai.  Korang tulis soalan korang di Google Translate, pilih option “CHINESE (SIMPLIFIED)”. Kemudian COPY & PASTE di ruangan chat Aliwangwang. Bila seller respon dalam bahasa cina, buat perkara yang sama, COPY & PASTE ke google pula. 

Cumanya, proses copy n paste ni agak renyah dan makan masa.

 

Dibawah ni ada beberapa contoh soalan yang aku sering tanya kepada seller sebelum aku membuat pembelian di Taobao atau 1688.. 

 

Hello boss
你好,老板

I want to buy this item …. (give product link in Taobao /1688)
我想买这个产品……

Is this ready stock or not?
请问这个有现存吗?

Do you have this size? 你有这个尺码吗?
Do you have this design ? 你有这个款吗?
Do you have this colour ? 你有这个颜色吗?

What kind of material this item? 这个产品是什么材料的?
What kind of type this item? 这个产品是什么类型的?

This goods have warranty or not?
这产品可以保修吗?

What kind of warranty for this item ? I want to use it oversea
这个产品有什么样的保修?我要在海外使用

How many days after order will you ship to my warehouse in Baiyun district, Guangzhao ?
订货后,预计多少天到我们白云区仓库?

How much is the freight cost to Baiyun district, Guangzhou?
寄到广州白云区的快递运费多少钱?

How much weight (kg) for 1 quantity of this item?
1个产品的货,大概多重?

What is the size of packaging for 1 item?
1件物品的包装尺寸是多少?

Can you put wooden frame ? 你能打木架吗?
Can you put bubble wrap? 你能用泡沫包装吗?

Tu adalah sebahagian daripada soalan yang aku guna. Soalan2 ni adalah dari MYWAU (shipping forwarder Malaysia). Nak soalan penuh dari mula pembelian sehingga penghantaran barang? Boleh wasap aku di www.wasap.my/60105580404/listsoalansellerTaobao

Nak tau bagaimana pula aku gunakan Forwarder MYWAU untuk import dari China Ke Malaysia dengan kos yang berpatutan? Klik artikel aku di SINI.

 

Selamat membeli belah di TAOBAO ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *