Penapis Air LG Puricare Tankless Dengan Fungsi Canggih

Memang aku tidak pernah terlintas dihati untuk mendapatkan penapis air sebelum ini kerana aku beranggapan ianya adalah seperti satu bebanan kerana akan terikat untuk membayar pada setiap bulan. Tetapi, akhirnya aku telah “terperangkap” untuk memasang penapis air ini. Yang peliknya, aku tidak merasa sedih atau risau, tetapi rasa gembira kerana penapis air yang aku dapat ini bukan sahaja canggih, malah bayaran bulanannya juga memang tak diduga. Yes!! Tak payah cerita panjang, mari aku cerita apakah jenis penapis air yang aku telah dapatkan ni. Tak lain tak bukan LG Puricare Tankless Water Purifier.

 

LG Puricare Tankless Water Purifier ini adalah keluaran LG Electronics Malaysia yang mempunyai teknologi terkini dari Korea Selatan. Dan dengan pelancaran LG Puricare Tankless Water Purifier ini dalam bulan 7 yang lalu,  matlamat utama mereka adalah untuk memberikan servis bagi mendapatkan air yang bersih yang dapat melindungi kesihatan pengguna dan keluarga rakyat Malaysia. Cuba tonton video Buletin Utama TV3 dibawah

BEKALAN AIR BERSIH TERUS DARI PAIP RUMAH (TANPA TANGKI)

Kenapa TANKLESS (Tanpa Tangki)? LG PuriCare Tankless Water Purifier  ini menyediakan air minum yang bersih menggunakan teknologi Tankless (tanpa tangki). Ini adalah untuk memastikan air dapat diminum terus secara langsung dari paip rumah tanpa perlu memikirkan tentang kehadiran mikroorganisma yang berbahaya kerana telah ditapis secara direct. Dipasangkan sekali dengan Pemadat Inverter Pemanasan dan Pemanasan Induksi LG (IH), pembersih air ini serta-merta menawarkan air minum dwisuhu – panas atau sejuk, dan juga pada suhu bilik. Ianya juga tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. 

Boleh dikatakan antara kelebihan LG PuriCare TANKLESS ni adalah:-

        • TIADA pembiakan bakteria (kerana air ditapis terus dari sumber paip)
        • TIADA pemanasan berulang (tidak baik untuk kesihatan)
        • TIADA had air panas (kerana tidak bergantung pada tangki)
        • JIMAT ELEKTRIK 57% (berbanding water purifier bertangki)

 

TIDAK PERLU RUANG YANG LUAS

Rekabentuk langsing dengan kelebaran 17cm sahaja, sudah tentu ianya dapat diletakkan di mana bahagian dapur (sebagai contoh) atau di mana2 bahagian rumah anda. Sudah tentu ruang2 kecil yang ada di rumah dapat dimanfaatkan.

PUTARAN NOZZLE 180 DARJAH

Nozzle air yang boleh berputar 180 darjah (rujuk gambar dibawah) begitu juga dengan lantai peletak cawannya. Ini bermakna ianya hanya memerlukan ruangan yang kecil dan membolehkan pengguna mengakses air dengan mudah. Letak sahaja dihujung dinding atau table top dan halakan nozzle dan lantai kearah kanan atau kiri, senang cerita.

 

FUNGSI KAWALAN PAPARAN SENTUH (ONE-TOUCH FUNCTION)

Yang menarik, ia mempunyai paparan sentuhan yang membolehkan pengguna menetapkan pilihan air mereka dan memeriksa status penapis melalui lampu penunjuk. Jika kita lihat, terdapat pilihan suhu air panas yang sesuai untuk pelbagai keadaan samada ingin air suam2 kuku, suam atau panas. 

Terdapat juga butang UV Sterelisation, dimana ianya berfungsi untuk memastikan air yang keluar dari nozzle tu bersih dari serangga kecil seperti semut & lipas.

 

PANTAU MELALUI SMARTPHONE

LG PuriCare

Terdapat juga aplikasi yang dikenali sebagai Connectivity with SmarThinQ melalui sambungan Wi-Fi yang membolehkan pengguna memantau penggunaan air mengikut hari, minggu, bulan dan tahun. Canggih tak? Bukan itu sahaja, anda juga boleh memeriksa pensterilan UV dan menerima pemberitahuan untuk sebarang masalah pada telefon pintar anda. Apa yang perlu, hanya download apps dan segalanya dihujung jari.

 

SERVIS KOMPREHENSIF

LG PuriCare

Pembersih air juga dilengkapi dengan Total Service Care 1.2.3., Yang merupakan pelan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi seperti:-

        • PERCUMA Pemasangan
        • PERCUMA Pemasangan Tukar Rumah (setahun sekali)
        • PERCUMA Servis Setiap 3 bulan
        • PERCUMA Tukar Piping Setiap Tahun

Untuk penggantian komponen teras dan kunjungan servis ke rumah secara tetap akan dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.

HARGA BULANAN DAN PROMOSI

Harga bulanan yg ditawarkan adalah setanding dengan benefit yg kita terima, baik dari segi utk kesihatan, dan teknologi yg ada pada LG Puricare Tankless itu. Dengan pelan servis  komprehensif yg ditawarkan, sudah semestinya ianya adalah satu pelaburan yang baik dan berbaloi.

Disamping itu, pelanggan mempunyai pilihan pelan penggunaan samada untuk menggunakan LG PuriCare Tankless selama 3 tahun atau juga 5 tahun; sewa atau menjadi hakmilik.

BERITA BAIK. Sempena pelancaran LG PURICARE pada Julai 2019 yg lalu, pelanggan baru akan dapat menikmati pakej PERCUMA 6 bulan pembayaran ansuran bagi mereka yg ingin menjadikannya sebagai Hakmilik (selepas 5 tahun). Amacam?

Jadi, aku boleh simpulkan seperti dibawah:-

Bayaran bulanan: RM120
Tempoh bayaran:
a. 3 tahun (rental dan perlu dipulangkan semula)
b. 3 tahun (rental) + 2 tahun (untuk menjadi hakmilik, teruskan pembayaran 18bulan dan FREE* 6bulan terakhir )

*Promo sehingga Nov 2019

Sepanjang 3 – 5 tahun, filter dan caj servis adalah PERCUMA

BELUM ADA LAGI WATER PURIFIER?

Bagaimana?Cukup canggih untuk kita bukan. Mana taknya, dengan fungsi2 yang ada pada water purifier ini sudah tentu dapat memberikan kelebihan kepada kita. Bagi mereka yang masih lagi belum mempunyai water purifier di rumah, it is recommended untuk korang dapatkan LG Puricare Tankless Water Purifier ini. Ianya sangat berbaloi.

LG PuriCare 

Dengan semua kelebihan yang di kita dapat pada harga bulanan sebanyak RM120 untuk 3 atau 5 tahun tahun, ianya sangat berbaloi.

Tapi nanti dulu. Sebenarnya aku nak buat pengakuan, aku TAK BAYAR pun bulanan RM120 tu. Bukan nak kata free, tp zero instalment sebenarnya.

Nak AKU BONGKAR RAHSIA bagaimana aku dapatkan Penapis Air Canggih LG PURICARE ni dengan zero installment?

✅ TANPA KELUAR MODAL SENDIRI
✅ Komisen Tinggi + PASIF INCOME 3 TAHUN!
✅ Boleh Buat Secara Part-time
✅Tidak Perlu Simpan Stock
✅Tidak Perlu Buat Penghantaran
✅Tidak Perlu Buat Pemasangan

Boleh klik link wasap untuk info lanjut di http://wasap.my/60105580404/LGPuricareWaterPurifier

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *