Penang Hill: Perkara Asas Yg Wajib Tahu Sebelum Pergi Ke Sana

Jangan tak percaya, dalam Malaysia ni masih ada lagi tempat yang Wajib kita lawati walaupun untuk sehari.  Just one day of cool retreat would suffice. Dan yang aku maksudkan “cool retreat” tu adalah Bukit Bendera (or popular known as Penang Hill) kerana memang aku tak sangka ianya agak sejuk juga bila berada di puncak tu, walaupun taklah sesejuk mana pun. Bila udara tiup ke muka, terasa kesejukkannya. Ini kerana dengan ketinggian 833m dari permukaan laut, sudah tentu suhu juga semakin menurun.

Memandangkan percutian aku kali ni adalah untuk mencari makanan yang agak2 berlainan dari apa yang selalu aku makan, jadi adalah menjadi kemestian untuk aku share nanti serba sedikit info makanan yang aku beli di Bukit bendera. Terlebih dahulu, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sewaktu ingin berkunjung ke bukit bendera (Penang Hill).

Penang Hill

Waktu Puncak

Perjalanan aku ke Bukit Bendera bermula dari Hotel Merchant di pekan George Town. Georgetown ni satu kawasan yang padat dengan kenderaan ada ketikanya. Jadi kita perlu bertolak dengan lebih awal jika hendak menuju ke Bukit Bendera. Perjalanan ke sana juga mengmbil masa dalam 20 hingga 30 minit (berdasarkan Google Maps), tetapi realitinya jangan cakap. Dengan trafiknya, lampu isyaratnya, dan direction dari Waze yang mengelirukan, boleh cecah sehingga 45minit. LOL.

Penang Hill

Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga sering mendapat kunjungan yang agak tinggi walaupun dihari2 biasa (weekdays). Sewaktu aku sampai disana, yang menjadi masalah pada aku pula ialah untuk mencari parking yang sesuai memandangkan aku juga membawa isteri dan anak2 kecil. Tetapi hampa kerana walaupun disediakan parking bertingkat, aku terpaksa parking ditingkat yang agak tinggi. Walaupun disediakan lif, ianya cuma ada satu. Nak berebut2 pulak dengan orang2 yang suka berebut. Takkan aku pun nak berebut2, aku bawak keluarga kot. So, bersabarlah menunggu sehingga lif kurang orang.

So senang cerita, dinasihatkan untuk keluar awal jika hendak menuju ke Penang Hill.

Penantian, kesabaran dan wang.

Disini dijuga kita akan diduga dengan ujian yang amat mememeritkan; masa menunggu. Untuk membeli tiket adalah mudah dan tidak perlu beratur panjang pun. Harga tiket juga tidaklah begitu mahal bagi rakyat Malaysia (boleh rujuk gambar dibawah). Malah, kalau bimbang akan beratur panjang sekira ingin pergi diwaktu cuti sekolah, boleh juga beli tiket secara online di https://sales.penanghill.gov.my

Walaupun waktu menunggu yang pada ketika aku beli tiket tersebut dikaunter adalah selama 15minit (seperti yang tertera diatas), sebenarnya aku terpaksa juga menunggu dalam satu jam lebih untuk menaiki train tu. Ini adalah kerana muatan untuk menaiki train berbanding dengan jumlah yang beli tiket pada satu2 masa adalah ramai. Jadi terpaksalah aku menunggu juga. Aku beli tiket dalam satu setengah dan nombor panggilan aku adalah 49 (lihat gabar dibawah). Bayangkan dengan begitu ramai orang yang hendak naik diatas, ianya memang satu penyiksaan. Maka disitulah adanya Lane Ekspress. Bagi mereka yang ingin menaiki dengan interval 15minit tersebut, beli sahaja tiket di Lane Ekspress, cuma harganya memang agak mahal la.

Penang Hill

So senang cerita, ikut bajet korang untuk beli tiket biasa atau beli je tiket ekspress jika tak sanggup menunggu dengan begitu lama. 

 

Nikmati Pemandangan Sekitar

Banyak perkara yang boleh dilihat bermula dari kita menaiki train menuju ke puncak. Pertama sekali setelah kita berasak-asak naik train (nasib aku tak kena sebab aku naik bersama2 dengan baby kecil, so pak guard minta kami masuk dahulu), kita memang patut merasai pengalaman train tu menaiki bukit. Pada aku ia sememangnya satu pengalaman baru kerana kedudukan keretapi tu sendiri dalam kedudukan senget. It felt like riding a roller-coaster, backwards. Huhu

 

Setelah tiba di stesen perhentian puncak, kita boleh lihat dulu pemandangan Pulau Pinang. Dari puncak, Pulau Pinang kelihatan sungguh cantik dengan bangunan tinggi yang tersergam indah bak pokok yang tumbuh melata. Cheh. Puitis la pulak. haha. Tetapi sememngnya Pulau Pinang nampak cantik dari puncak ni. Ditambah lagi dengan tiupan angin sepoi, memang agak sejuk jugak. Bayangkan kalau keadaan tu hujan. Kalau kita lihat dari gambar, jambatan Pulau Pinang tu agak panjang jugak. 

Penang Hill Penang Hill

Dan kalau kita teruskan lagi jalan di lorong menuju ke puncak Penang hill tu, dapat kita lihat flora dan fauna yang cantik dikiri dan kanan. Boleh la cuci mata tengok pokok2 bunga yg cantek tu. Warna warni je sepanjang lorong tu.

Penang Hill

Kalau ada yg nasib baik, dapat la juga lihat monyet seperti dalam gambar tu baq hang. Entah apa nama monyet tu. Tu bukan gambar kepunyaan aku tu tau, Credit to Google. Haha. Gila aku nak amik gambar depan monyet pakai camera fon. Kang kena terkam, buat naya je. 😂

Kemudian, sepanjang berjalan di lorong dalam puncak Penang hill, tetiba aku terdengar bunyi melodi yg agak kemelayuan mellow sangat2. Bunyi seseorang sedang bermain biola, dah ala2 zaman2 atok2 kita dulu. Aku layan je la dari tiada hiburan langsung. Salute ngan pakcik tu sebab masih bermain biola dengan melodi2 yg macam tu. AWESOME!! 😁

Sebenarnya ada byk lagi tempat2 yg ada dipuncak tu, seperti strawberi park, tempat2 bersejarah dan religious landmarks. Aku tak sempat nak tgk semuanya sebab tak cukup masa dan disamping tu dengan orang ramai yg berpusu2 disetiap tempat. Jadi, rancanglah masa dengan betul agar dapat pergi ke semua tempat di Penang Hill.

 

JUM CARI MAKAN!

Penang Hill

Haa yang ni yg aku nak share, warong Famous Penang Hill kacang putih. Lokasinya ialah antara pondok polis dan bersebelahan dengan dataran. Memang boleh jumpa punya warong kecil tu. Signature dishes yg nampak menarik ialah Kacang kuda masala dan jagung masala. Ianya terletak didalam puncang Penang Hill tu. 

Penang Hill

Harga setiap set ialah RM5 dan sememangnya bila makan mmg rasa nak lagi, tetapi kadang2 rasanya nak tambah pun susah sebab ramai org. Dan masa tu pula nasib aku kurang baik kerana tak dapat nak beli dua2 dish tu. Yg aku dapat hanyalah Jagung Masala je.

Penang Hill

 

Kalau korang nak makan Masala ni, boleh la berusaha dulu naik Penang Hill. Confirm jumpa, cuma jangan datang lewat sangat macam aku. Sampai tak dapat nak rasa kesemua Masala tu. Hampa. Tapi tak mengapa, at least dapat juga rasa jagung masala. Atau kalau korang nak beli yg lain, ada juga kacang2 atau maruku2 kat situ. Tak pastu pula harganya. Pendek kata, jika naik ke Penang Hill, jangan lupa makan Masala ok.

 

PERJALANAN TURUN VS PERJALANAN NAIK

Kalau korang ingat perjalanan naik tu menguji kesabaran, korang patut rasa pula perjalanan turun dari Penang Hill. Aku taknak cakap banyak, beraturnya lagi panjang juga masa tu. Atau mungkin secara kebetulan ianya waktu petang n ramai orang nak turun juga. TETAPI aku rasa, kalau korang nak cepat, mmg WAJIB beli tiket Lane Express. WAJIB SANGAT2. 😁

Bukan tu sahaja, sewaktu turun tu, train banyak melakukan stop di beberapa perhentian. Rupanya, terdapat penduduk2 di Penang hill yg menggunakan perkhidmatan train tersebut untuk turun naik. 😅 Jadi bersabarlah ye.

 

PULANG KE HOTEL DENGAN TENANG

Selepas sahaja aku sampai ke stesen bawah, terus sahaja menuju ke parking bertingkat untuk balik semula ke hotel. Namun begitu, dengan kepenatan sewaktu berada di puncak tadi, dinasihatkan agar berhati2 juga semasa memandu terutama ketika petang. Ini disebabkan keadaan trafik yang agak banyak dikawasan persekitan tersebut, maklumkan kan kawasan percutian.

Nasib baik aku tinggal di Hotel Yang berdekatan sahaja di area Gerogetown. Tapi, ambil masa juga untuk sampai sebab kenderaan dah mula banyak dijalan raya. Aku stay di Hotel Merchant, Georgetown. Rate pun tak mahal, RM261.88 untuk 2 hari dan ada breakfast buffet lagi. Nyum nyum.

Bukan tu je, bilik pun luas, siap ada bath tub lagi. Parking plak free dibahagian bangunan belakang.

Bagi aku, Merchant Hotel ni berbaloi untuk mereka yang ingin pergi ke mana2 di area georgtown. Memang RECOMMENDED.

Nak book hotel di MERCHANT HOTEL, PENANG? Tempah sahaja di Booking.com

 


Booking.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *