Nak Delivery Jimat? Guna DELYVA, 2kg hanya RM6.70

Mencari courier atau delivery service pada harga yg berpatutan adalah sesuatu yg agak mencabar  bagi online seller. Namun ianya menjadi lebih mudah bagi mereka yang kenal dan pernah guna Delyva.

Seller semestinya tahu, harga courier/delivery memainkan peranan dalam penentuan jumlah harga sesuatu barang. Kita perlu masukkan kos2 yg terlibat didalam harga barang dan jika kos courier ni agak tinggi, ia akan membantutkan niat pembeli. Yg menjadi dalam dilema juga adalah penjual; letak harga rendah takut untung terlalu minima, manakala campur dengan harga courier takut harga terlalu tak munasabah. 

Pembeli kadang2 ada yg tidak faham, penentuan harga courier ni jika bukan kerana berat, kita perlu juga melihat saiz barang tersebut. Dan adakalanya saiz yg besar walaupun tidak sampai sekilo akan membuatkan hrga courier melambung. Sebab?  Kerana pengiraan KG/m yg membuatkan ianya menjadi agak mahal.

Kadang2 ada pelbagai cara untuk “mencantikkan” harga barang tanpa memberi ruang untuk pelanggan risau pasal jumlah harga yg perlu dibayar (harga barang + harga courier).

Caranya ramai yg tahu:-

      1. Masukkan sekali kos pos didalam harga barang, dan offer kepada pelanggan “Free Postage”. Biasa buat?
      2. Combine barang2 yg hendak di beli utk kurangkan postage. Contohnya beli 1 barang XXX dan postage RM8.00 1kg.  Tp beli dua, Free postage. Biasa buat?
      3. Kadang2 customer hanya nak beli 1, tapi tannak courier. Kita pun serba salah, so kita cuba bg option harga2 courier service. Biasa buat?
      4. Dan byk lagi la cara2 kita tarik pelanggan dgn memberi pakej harga courier..

Pernah Guna Delyva.com?

delyva

Continue reading “Nak Delivery Jimat? Guna DELYVA, 2kg hanya RM6.70”

Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao

Kali ni aku nak terangkan bagaimana untuk chat dengan seller di China menggunakan software Aliwangwang. Bagi yang agak baru dengan website di Taobao dan 1688 ni, mungkin mereka akan terkejut bagaimana otai2 ni membeli secara online di website tersebut sedangkan website tu bertulisan cina.

Ada yang menggunakan skill mereka translate menggunakan google Translate, atau mana2 translation software yang ada. Terus terang, memang itu lah caranya. Atau yang paling mudah, buka website Taobao.com atau 1688.com menggunakan broser Google Chrome dan right click website tersebut dan pilih opsyen Translate to English. Haa. Mudah je.

Namun begitu, itu baru saja permulaannya. Jika korang dah daftar dan ada login ke akaun Taobao, korang dah boleh start membeli. Jika korang belum ada dan nak tau cara buka akuan Taobao, boleh klik dan DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DISINI. Berbalik semula kita, setelah pilih barang yang hendak diorder tu, mungkin ada lagi banyak persoalan yang timbul tentang barang tersebut. 

Apa yang boleh kita lakukan ialah kita boleh terus chat dengan seller untuk bertanyakan soalan2 yang penting tentang barang yang hendak kita order.

Bagaimana untuk mulakan Chat tersebut?

Pertamanya, kita perlu muat turun applikasi Aliwangwang. Apa itu Aliwangwang ni? Continue reading “Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao”

Sokong Produk Muslim: Kempen Yang Perlukan Kerjasama Semua

 sokong produk muslim

Kempen Sokong Produk Muslim, ini adalah sesuatu yang penting untuk kita lihat sekarang. Ada yang menganggapnya sebagai isu penindasan bangsa lain  dan ada yang menganggap ianya satu isu membantu sesama muslim. Namun kita perlu melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh kerana diakhirnya, kita yang akan berbelanja untuk menggerakkan ekonomi negara.

 

Dari segi pandangan ahli politik, ada yang mengatakan ianya tidak selari dengan perlembagaan sekiranya kempen Buy Muslim First (BMF) diadakan. Namun, sebagai individu di Malaysia yang akan berbelanja samada untuk dirinya atau keluarga, sememangnya ia bergantung kepada keutamaan seseorang itu sendiri untuk membantu menggerakkan ekonomi. Tidak timbul isu beli dari siapa, muslim atau non-muslim. Jika dia rasa nak sokong produk muslim, apa salahnya..

 

INI BUKAN BOIKOT! Continue reading “Sokong Produk Muslim: Kempen Yang Perlukan Kerjasama Semua”

KEJATUHAN UTUSAN. POLITIK ATAU SALAH TADBIR?

Kecoh bila Utusan Malaysia mengalami masalah kewangan sampai tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. Tu belum lagi bila berbondong – bonding netizen memberi komen negative dalam SocMed ni yang terus tuding jari ianya berpunca dari parti politik di Malaysia. Rileks dulu. Sebelum kita join sama jadi makcik pakcik bawang, korang kena fahamkan dulu isu disebalik kejatuhan tu. Ada cerita lain.

Continue reading “KEJATUHAN UTUSAN. POLITIK ATAU SALAH TADBIR?”

Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online

Kali ni aku nak citer sikit antara kita beli barang copy ori dari China ni. Almaklumlah, barang copy ni ada gred2 yg tertentu dari copy gred rendah hingga ke copy gred baik (near to original).

Untuk barang yg copy gred rendah ni, kita boleh nampak ianya tidak seperti ori. Malah, dari segi kekemasan juga kita boleh tau jika ianya copy gred rendah. Manakala, untuk copy yg gred baik ni, finishing item itu adalah kemas hingga org2 biasa macam kita pun tak dapat nak bezakan samada itu bukan ori. Padahal mmg bukan ori pun. Huhu..

Aku taknak citer lebih2 kerana ada yg pakar dalam bab2 copy ori ni lebih2 lagi pemborong2  otai. Cuma apa yg aku nak cerita ni, kita boleh beli item copy ori ni secara online dari China kalau kita tak mampu nak pergi ke China.

Cuma kali ni berbeza sebab barang copy ori ni biasanya tiada di Taobao dan 1688 atas sebab2 copyright. Kalau ada pun di Taobao, ianya tak akan lepas pun untuk di hantar ke Malaysia.

Aku akan ceritakan antara cara yg boleh kita lakukan. Tapi sebelum aku teruskan, cara ni agak moderate to advance, jadi jika korang tidak tau cara2 membeli di taobao, korang pasti akan agak lost kerana aku akan skip beberapa perkara basic. Nak belajar setup Taobao, down EBOOK bawah ni. FREE OF CHARGE.

>>CARA-MENDAFTAR-TAOBAO by Ezuddin<<

 

Kalau korang tiada forwarder atau shipping agent juga, korang mungkin tidak boleh guna cara ini sebab barang copy ini barang sensitif. Perlu ada agen forwarder untuk deal dengan kastam nanti.

Jum kita mulakan.

Teknik mencari website dan gambar Copy Ori.

Continue reading “Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online”