Rahsia Menjual Barang Dari China Di Platform Shopee Malaysia

Shopee adalah satu platform yang sudah terkenal di Malaysia. Di awal kemunculannya pada tahun 2015 dahulu, aku telah dapat join Free Shipping program mereka pada ketika itu yang memang 100% free shipping. Tp kini, free shipping tu bersyarat dan terpilih sahaja, dah menjual barang dari china. Heee. (sedih sebab aku yang dah join lama ni pun masih tak berjaya macam org2 lain yang jual dalam shopee).. huhu… enuf said.

Ok, berbalik pada cerita jual barang China ni, sebenarnya ramai yang dah mula menjual barang2 dari negara tu. Bayangkan, apa sahaja barang yang kita jumpa di Internet, kita boleh jumpa di website China tu. Tak kisahlah samada dari brand yang sama, atau jenis barang yang sama, samada Original atau pun Ori-China (sebutan oricina seakan2 original). HEEE.

Khabarnya ada satu website rahsia (Rahsia la sangat!) yang menjadi lubuk penjual2 yang menjual di platform seperti Shopee, Lazada, 11Street, Mudah.my, social media, group whatsapp, telegram, blog2, webstore dan bermacam2 lagi la di luar sana. Hampir semua barang2 itu datangnya dari China. I did say “hampir semua”.

So APA RAHSIANYA?? apa nama website yang dimaksudkan tu?
Continue reading “Rahsia Menjual Barang Dari China Di Platform Shopee Malaysia”

Posted on

Penebusan IQD 2018 ialah Dinar Scam Terbaru di Malaysia?

Apa yang korang faham dengan Penebusan Nilai IQD dan bagaimana ianya dikaitkan dengan satu skim yang nampak seperti ianya “sah disisi undang2”?

Terlebih dahulu kita perlu tau apa itu IQD. IQD tu adalah kod bagi matawang negara IRAQ. Kenapa Iraq terlibat dalam skim ni? Seperti yang kita tau, Iraq telah melalui pelbagai saat getir dibawah pemerintahan saddam dan sebelumnya. Setelah ditakluk atau diserang oleh negara barat, Iraq sedang berusaha untuk memulihkan negara dan ekonominya.

 

Saddam setelah tidak lagi berkuasa

Namum begitu, ada juga yang ingin mengambil kesempatan diatas pemulihan tersebut terutamanya dari segi wang dan ekonomi. Cerita-cerita tentang pelaburan Dinar Iraq telah muncul kembali apabila proses demokrasi akan bermula di Iraq, ekonomi akan berkembang dan nilai Dinar akan berkembang. Ada tak yang simpan Dinar Iraq ni? Agak2 menarik tak kalau nilai Dinar Iraq tu meningkat? Memang menarik, cuma…

Aku bukan nak fokus pasal Revaluation IQD Iraq, cuma nak fokus pada pihak yang mengambil kesempatan berkenaan perkara ni terhadap orang ramai. Kita lihat scam2 dinar iraq yang sebelum2 ni, antara modus operandi lama dahulu tentang scam ni adalah dengan “jika anda boleh membeli Dinar Iraq pada nilai yg rendah terkini, ia akan bernilai sekurang-kurangnya USD2 sebaik sahaja PBB mengiktiraf mata wang Iraq”. Sama seperti cerita “penebusan IQD Iraq” sekarang, jika perkara ini berpotensi untuk membuat wang, maka wujudlah sindiket Dinar Iraq atau IQD yang menyamar sebagai peniaga atau company yang MENGURUSKAN PERTUKARAN DINAR ini di Internet dan baru2 ni pula di Whatsapp.
Maka ramai la makcik2, pakcik2, anak2 muda yang tak tau apa2 telah termakan umpan dengan “pulangan lumayan” atas pertukaran nilai Dinar ini. Baru2 ini, telah berlegar link di Whatsapp untuk join group IQD ni sebagai PETUGAS IQD UTARA, yang kemudiannya ditukar ke PETUGAS IQD UTARA SELATAN dan kini dinmakan PETUGAS UTARA SELATAN. Hilang dah perkataan IQD. *wink*

Continue reading “Penebusan IQD 2018 ialah Dinar Scam Terbaru di Malaysia?”

Posted on

Batman v Superman : Man v God : Night v Day

I’m gonna destroy him” – Batman

What would us, the mortal beings could do when there living around us, an alien that could literally wipeout our very existence, us, the human race! Is there anybody amongst us who would stand up and fight the mighty power god-like superhuman? What would it take to battle man of steel mano a mano? Million dollar tech and suit? Agility? Super ability? Intellect? Or the very substance, kryptonite, that could weaken or might kill the alien that we cheer “superhero”?
Man v God

How could a Man v “God”?

Continue reading “Batman v Superman : Man v God : Night v Day”

Posted on

Siapa suruh Tarzan mandi tanggal cawat

Aku ada satu cerita.. Pada masa dulu, sang Tarzan sebagai ketua rimba telah mengeluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa semua haiwan – haiwan dikehendaki menghadiri satu perjumpaan khas yang akan diadakan setiap akhir bulan. Antara acara rutin yang akan diadakan adalah acara mandi air terjun beramai – ramai. Seperti yang diarahkan pada akhir bulan, semua haiwan – haiwan di hutan berkumpul di hadapan air terjun. Harimau, orang utan, kambing, lintah, ulat gonggok, waima babi hutan berbulu lebat sekalipun semuanya hadir.

Kemudian, Tarzan dengan riang rianya mengajak semua haiwan terjun ke dalam air terjun yang nyaman dan aman permai, dan mandi beramai – ramai . Tarzan, menjadi orang yang terakhir yang masih belum berada didalam air terjun dengan pantas membuka cawatnya lalu terjun ke dalam air. Semua haiwan dan sang Tarzan mandi dengan riang ria bersama, berenang bersama, berkuak lentang bersama, menyelam bersama hatta segalanya bersama – sama. Continue reading “Siapa suruh Tarzan mandi tanggal cawat”

Posted on

Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Namun begitu, bagi yang telah membeli edisi terakhir ini mungkin agak kecewa kerana pengakhirannya agak tergantung apatah lagi disaat Penjejak Badai dan Penjejak Awan sedang bertarung dengan Xiao Wu bagi menyelamatkan anak Yi Feng (anak kepada Penjejak Badai yang dikatakan akan membawa malapetaka kepada China). Persoalannya disini, adakah satu lagi keluaran Pedang Setiawan di Malaysia? Seperti di Hong Kong, keluaran selepas edisi 667 (tentang kesimpulan pertarungan Penjejak Awan & Badai terhadap Xiau Wu) boleh didapatkan di Pameran Pedang Setiawan yang berlangsung disana.

Bab akhir di Pameran Komik Pedang Setiawan

 

Menurut Ma Wing Shing, pencipta watak dan jalan cerita komik ini, beliau telah berhasrat untuk mencetak siri terakhir Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih yang hanya boleh didapati di Pameran PedangSetiawan anjuran beliau. Atas alasan cetak rompak harta intelek di Internet pada masa sekarang ini, industri komik telah mendapat kesan yang hampir sukar untuk dipulihkan. Maka, manuskrip terakhir itu boleh didapatkan sewaktu pameran berlangsung.

Ma Wing Shing, author of Storm Riders, was inspired to unveil the final chapter of the 25-year-old series in an exhibition of the original drawings instead of publishing in print, as rampant online piracy continues to hurt the industry to an almost irreparable extent. – South China Morning Post

Nampaknya, populariti yang didapati secara online di Internet ini tidak dapat memberikan pendapatan yang lumayan lagi kepada pelukis komik, apatah lagi terhadap pelukis komik yang baru. Memandangkan Ma Wing Shing telah berada di Industri komik ini sejak dari tahun 1989, banyak kisah suka duka dan sedih perit yang akan dikongsikan di pameran tersebut dalam bentuk lukisan yang dihasilkannya.

Di pameran tersebut, Ma Wing Shing akan mempamerkan lukisan bab akhir kesudahan siri komik ini dalam lukisan seni dakwat. Maksudnya, manuskrip terakhir ini dalam edisi hitam dan putih. Kata beliau, penggunaan medium seni dakwat ini dapat memainkan sedikit emosi bagi menggambarkan lukisan untuk edisi yang terakhir. Mungkin sedih, mungkin sayu. Disamping itu, ia juga dapat memberikan sedikit ruang imaginasi untuk pembaca menggambarkan situasi didalam komik itu.

Spoiler: Lukisan Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Bagi yang ingin menunggu untuk keluaran Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih ini pada bulan mei 2015 (jika ada la), harap jangan lihat gambar dibawah ini dengan terlalau lama. Apa yang boleh dikatakan disini, gambar dibawah sekali adalah gambar terakhir untuk edisi manuskrip hitam putih ini. *wink*
Agak – agak, siapa budak lelaki tersebut?

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Awan

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Badai

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Tanpa Nama

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Muka akhir manuskrip

Dengan berakhirnya pedang setiawan ini, diharap selama kewujudannya sejak tahun 1989 lagi dapat memberikan kita sedikit tauladan. Mungkin bukan dari jalan ceritanya, tetapi dari seni lukisan yang ditunjukkan.

 

TAMAT

Posted on