Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China

Apa fungsi forwarder sebenarnya?

Bagi mereka yang sering berurusniaga secara internasional pasti akan lebih mahir lebih2 lagi dalam urusan import atau export ni. Tetapi bagi peniaga2 kecil atau pemborong, dan juga pembeli retail seperti kita juga perlu tau apakah yang dimaksudkan dengan forwarder ni. Lebih2 lagi jika ingin mendapatkan barang atau stok dari negara luar seperti China.

Forwarder ni juga dikenali dengan nama lain seperti shipping agent, shipping provider atau forwarding agent. Operasi kiriman barang oleh mereka biasanya melibatkan udara, darat dan laut. Adakalanya ianya menjadi agak komplek (jika bukan rumit) kerana kita sebagai peniaga, perlu mengefisienkan kos2 yang merangkumi kos transport/shipping, insurance, gudang, penghantaran dan macam2 lagi. Tu belum termasuk kos barang2 yang dibeli.

Oleh yang demikian, kita mestilah cari forwarder yang memenuhi beberapa kriteria yang penting juga. Antaranya ialah mempunyai jaminan barang akan terima dengan selamat, harga dan caj pengangkutan / penghantaran yang kompetitif (tak semesti murah tp servis hampeh!!), dapat menjaga barang kita dari rosak yang agak serius, dan mempunyai servis tambah nilai yang lain. Barulah kita sebagai peniaga / pemborong / pembeli dapat memaksimakan kepuasan dan keuntungan kita. It’s a win-win situation juga.

Jadi, boleh aku katakan disini, antara perkara pokok yang aku akan lihat dalam pemilihan forwarder ialah seperti berikut:-

Continue reading “Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China”

Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder

Shopee adalah satu platform yang sudah terkenal di Malaysia. Di awal kemunculannya pada tahun 2015 dahulu, aku telah dapat join Free Shipping program mereka pada ketika itu yang memang 100% free shipping. Tp kini, free shipping tu bersyarat dan terpilih sahaja, dah menjual barang dari china. Heee. (sedih sebab aku yang dah join lama ni pun masih tak berjaya macam org2 lain yang jual dalam shopee).. huhu… So aku bertukar secara Preorder. Nak tau rahsia preoder di Shopee?

Ok, berbalik pada cerita jual barang China ni, sebenarnya ramai yang dah mula menjual barang2 dari negara tu. Bayangkan, apa sahaja barang yang kita jumpa di Internet, kita boleh jumpa di website China tu. Tak kisahlah samada dari brand yang sama, atau jenis barang yang sama, samada Original atau pun Ori-China (sebutan oricina seakan2 original). HEEE.

Khabarnya ada satu website rahsia (Rahsia la sangat!) yang menjadi lubuk penjual2 yang menjual di platform seperti Shopee, Lazada, 11Street, Mudah.my, social media, group whatsapp, telegram, blog2, webstore dan bermacam2 lagi la di luar sana. Hampir semua barang2 itu datangnya dari China. I did say “hampir semua”.

Dan bagi aku yg menjual secara Preorder ni, ianya sangat2 membantu!!

APA RAHSIANYA? Apa nama website yang dimaksudkan tu?

Continue reading “Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder”