8 Sebab Kenapa Penapis Air LG Puricare SANGAT HYGIENIC

Memang aku tidak pernah terlintas dihati untuk mendapatkan penapis air sebelum ini kerana aku beranggapan ianya adalah seperti satu bebanan kerana akan terikat untuk membayar pada setiap bulan. Tetapi, akhirnya aku telah “terperangkap” untuk memasang penapis air ini. Yang peliknya, aku tidak merasa sedih atau risau, tetapi rasa gembira kerana penapis air yang aku dapat ini bukan sahaja canggih, malah ianya sangat Hygienic dari penapis air lain. Yes!! Tak payah cerita panjang, mari aku cerita apakah jenis penapis air yang aku telah dapatkan ni. Tak lain tak bukan LG Puricare Tankless Water Purifier.

LG Puricare

 

LG Puricare Tankless Water Purifier ini adalah keluaran LG Electronics Malaysia yang mempunyai teknologi terkini dari Korea Selatan. Dan dengan pelancaran LG Puricare Tankless Water Purifier ini dalam bulan 7 yang lalu,  matlamat utama mereka adalah untuk memberikan servis bagi mendapatkan air yang bersih yang dapat melindungi kesihatan pengguna dan keluarga rakyat Malaysia. Cuba tonton video Buletin Utama TV3 dibawah

1. BEKALAN AIR BERSIH DITAPIS TERUS DARI PAIP RUMAH (TANPA TANGKI)

LG Puricare

Ni paling utama kenapa aku pilih TANKLESS (Tanpa Tangki) Continue reading “8 Sebab Kenapa Penapis Air LG Puricare SANGAT HYGIENIC”

5 Sebab Perlunya Minum Susu Kambing

“Susu, baik untuk tubuh dan kesihatan”, itu adalah antara moto dan strategi pemasaran yang digunakan oleh industri lembu tenusu untuk meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat berasaskan susu lembu. Setelah sekian lama, kelihatan kempen ini semakin berjaya bermula dari bayi sehinggalah ke orang tua kelihatan mengambil susu lembu sebagai minuman seharian dan bukan susu kambing. Memandangkan populariti susu lembu ini yang dianggap berjaya dan menggalakkan, tetapi dimanakah kebenarannya yang mengatakan susu lembu ini adalah yang terbaik.
 
Susu kambing kini semakin popular diseluruh dunia. Terima kasih kepada kempen dan pemasaran berbajet besar, namun begitu tidak ramai diantara kita yang memahami kebaikannya. Popularitinya ini juga kelihatan berbeza pada setiap negara, mungkin kerana ada pengeluar susu kambing yang terpaksa bersaing dengan pengeluar susu lembu. Namun begitu, kesedaran terhadap kebaikan susu kambing perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar mereka mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah lebih baik dari susu lembu.
 
 

Semua susu tidak sama

Continue reading “5 Sebab Perlunya Minum Susu Kambing”

Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao

Kali ni aku nak terangkan bagaimana untuk chat dengan seller di China menggunakan software Aliwangwang. Bagi yang agak baru dengan website di Taobao dan 1688 ni, mungkin mereka akan terkejut bagaimana otai2 ni membeli secara online di website tersebut sedangkan website tu bertulisan cina.

Ada yang menggunakan skill mereka translate menggunakan google Translate, atau mana2 translation software yang ada. Terus terang, memang itu lah caranya. Atau yang paling mudah, buka website Taobao.com atau 1688.com menggunakan broser Google Chrome dan right click website tersebut dan pilih opsyen Translate to English. Haa. Mudah je.

Namun begitu, itu baru saja permulaannya. Jika korang dah daftar dan ada login ke akaun Taobao, korang dah boleh start membeli. Jika korang belum ada dan nak tau cara buka akuan Taobao, boleh klik dan DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DISINI. Berbalik semula kita, setelah pilih barang yang hendak diorder tu, mungkin ada lagi banyak persoalan yang timbul tentang barang tersebut. 

Apa yang boleh kita lakukan ialah kita boleh terus chat dengan seller untuk bertanyakan soalan2 yang penting tentang barang yang hendak kita order.

Bagaimana untuk mulakan Chat tersebut?

Pertamanya, kita perlu muat turun applikasi Aliwangwang. Apa itu Aliwangwang ni? Continue reading “Aliwangwang: Aplikasi Chat Dengan Seller Taobao”

Sokong Produk Muslim: Kempen Yang Perlukan Kerjasama Semua

 sokong produk muslim

Kempen Sokong Produk Muslim, ini adalah sesuatu yang penting untuk kita lihat sekarang. Ada yang menganggapnya sebagai isu penindasan bangsa lain  dan ada yang menganggap ianya satu isu membantu sesama muslim. Namun kita perlu melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh kerana diakhirnya, kita yang akan berbelanja untuk menggerakkan ekonomi negara.

 

Dari segi pandangan ahli politik, ada yang mengatakan ianya tidak selari dengan perlembagaan sekiranya kempen Buy Muslim First (BMF) diadakan. Namun, sebagai individu di Malaysia yang akan berbelanja samada untuk dirinya atau keluarga, sememangnya ia bergantung kepada keutamaan seseorang itu sendiri untuk membantu menggerakkan ekonomi. Tidak timbul isu beli dari siapa, muslim atau non-muslim. Jika dia rasa nak sokong produk muslim, apa salahnya..

 

INI BUKAN BOIKOT! Continue reading “Sokong Produk Muslim: Kempen Yang Perlukan Kerjasama Semua”