Pedang Setiawan Bakal Berakhir

Penjejak Awan dan Penjejak Badai

Satu pengakhiran

Pedang setiawan, antara komik old school yg aku baca sehingga kini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi kebiasaan untuk aku mencari dan membeli komik Hong Kong versi bahasa malaysia ni setiap 2 minggu sekali. Sebelum popularnya Manga dari Jepun dalam tahun 90an dahulu, komik Hong Kong telah mula bertapak di hati para remaja pada ketika itu. Dan kini, bagi orang2 yang seangkatan dengan aku, sudah pasti mereka masih lagi mengikuti komik ini.

Diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited, Keluaran isu pertama di Hong Kong bermula dari tahun 1989 sehinggalah sekarang. Manakala, keluaran versi bahasa malaysia yang pertama adalah dalam sekitar awal 90an, dan aku cuba untuk tidak miss setiap issue keluarannya.

Keluaran awal Pedang Setiawan

Keluaran awal Pedang Setiawan

Continue reading “Pedang Setiawan Bakal Berakhir”

Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera

Tentang “mee bodoh” kat Tengkera Melaka

 

Aku telah menetap di melaka sejak pertengahan tahun 2010, dan baru kini aku berkesempatan untuk pergi ke kedai makan Mee Goreng Hassan. Setelah sekian lama aku terbaca dan terdengar tentang apa yang dinamakan sebagai mee bodoh ni, barulah tergerak hati aku untuk kesana pada hari ni.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, dan selepas selesai segala urusan, aku isteri dan anakku pun pergi menuju ke gerai tu dari masjid tanah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40minit. Berbekalkan harapan agar kami sekeluarga dapat menjamu hidangan disana, kami sanggup tidak mengambil sarapan pagi dirumah seperti kebiasaannya. Lokasi yang kami tuju ialah ke tengkera dan melihat pada google map, ianya berdekatan dengan Methodist Girl school.

Credit: Kembara Sang Petai

 

Continue reading “Bahaya: ketagihan mee bodoh tengkera”

Agak2 Metallica akan datang ke Malaysia lagi tak?

METALLICA!! METALLICA!!

Setelah bertahun2 menunggu, akhirnya Metallica dapat buat konsert di Malaysia. Sebelum ni, aku ada dgr cerita, ada juga beberapa attempt untuk metallica buat performance kat sini, tp tak dapat masuk. Atas sebab2 apa, aku pun kurang pasti.
Berbalik pada cerita asal aku, bila dgr je metallica nak buat persembahan, aku n kawan2 aku pun terus booking lalu internet dah kawan aku tolong amikkan ticket kat kl nu haa..