Osaka Destinasi Percutian Musim Sejuk


Osaka adalah tempat yang menarik untuk dilawati selain Tokyo kerana ia merupakan bandar kedua (atau ketiga) terbesar di Jepun. Yang pertama pula ialah, tak lain dan bukan, Tokyo. Di samping itu, Osaka adalah punca kuasa ekonomi di wilayah Nara untuk berabad lamanya dan kerana itulah , ianya memjadi antara bandar yang terbesar di sana. 

Osaka atau Tokyo? 

Osaka

Apa yang menarik ya?Memandangkan Osaka adalah antara bandar yang terbesar, jadi dari segala aspek, ia juga adalah jiwa bagi negara Matahari terbit itu. Sementara Tokyo adalah kota yang telah digilap sebagai kota yg besar dan ternama, oh ya dan juga mahal, Osaka pula sebaliknya. Ia adalah tempat yang bagus untuk kita merasai bandar Jepun yang besar dan moden dalam semua aspek; tempat yang mempunyai ramai manusia dari Tokyo, dan mempunyai barang2 yg lebih murah. Pendekata, tempat yang moden dan agak murah.

Bandar ini juga semuanya adalah tentang makanan yang hebat dan  tempat membeli-belah (terutama tempat murah). Apa yang lebih menarik lagi, tempat ini terkenal dengan rakyat yang mesra dan mudah didekati oleh pengunjung asing. Malah, mungkin lebih mudah untuk bersukaria di sana dari mana-mana bandar lain di Jepun. Oleh itu, jika datang ke Jepun, jangan lupa untuk menghabiskan masa di Osaka. Ia sentiasa penuh dengan kejutan!

Berapa Lama Perlu Berada Di Sana?

Bolehkah kita berada di situ begitu lama yang kita mahu (I wish… Heee). Tetapi jika kita mempunyai jadual yang agak terhad berdasarkan bajet yang ada, kita boleh skip Tokyo dan menghabiskan masa dalam 1 atau 2 hari di Osaka dan selebihnya dapat melawat tempat lain seperti Kyoto, Kobe atau / dan Nara. Itu adalah itenarary yang paling sesuai untuk lawatan ke Osaka.

Beza Osaka dan Tokyo

Continue reading “Osaka Destinasi Percutian Musim Sejuk”

Lambang Kosher Tobasco Yang Perlu Korang Tau

Korang Suka Sos Tobasco?

Beberapa hari lepas aku telah pergi ke Tesco dah telihat sos Tobasco di bahagian tidak halal. Betolkah?

Pernah suatu ketika dulu dikatakan sos tobasco mengandungi dna khinzir. Betolkah? Pertama, kenapa perlu up isu ni sedangkan sos ni telah lama disediakan di beberapa restoran makanan popular di malaysia dan di seluruh dunia sebelum ni. Kedua, sejauhmanakah kebenarannya mengandungi DNA yang tidak halal sedangkan di halaman business Tobasco ( http://www.tabasco.com/mcilhenny-company/faqs-archives/ ) ada menerangkan tentang Kosher seperti berikut: – Continue reading “Lambang Kosher Tobasco Yang Perlu Korang Tau”

Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card yang hebat

Bergantung kepada setiap individu itu, ada yang menggunakan kad kredit sebagai jalan mudah untuk membeli barang tanpa mengira faedah yang akan dikenakan, ada yang memilih kad kredit berdasarkan Interest, ada yang memilih berdasarkan points yang akan diterima, ada yang memilih berdasarkan limit yang ditawarkan, atau memang ada loyal customer untuk bank tersebut, dan macam – macam lagi sebab musababnya.

Bagi aku pula, aku telah banyak menggunakan kad kredit dari pelbagai bank antaranya seperti Affin, RHB, Citibank, OUB, Stanchart, Ambank, Hong Leong, Alliance, dan terkini adalah Maybank dan BSN manakala yang lain telah aku cancel. Pengalaman menggunakan Kad Kredit ini sangat banyak malah sehingga ditahap aku memerlukan limit yang tinggi kerana penggunaan yang agak banyak. Pernah satu ketika aku pernah mempunyai limit sebanyak RM47.000-00 walhal penggunaan aku tidak sampai sebanyak itu. Kadang – kadang aku rasa bangga mempunyai limit setinggi itu dimana ianya menunjukkan betapa loyalnya aku pada bank tersebut.

Namun begitu, aku menyedari jika limit Kad Kredit adalah terlalu tinggi, ianya akan sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk membuat pinjaman lain kerana limit tersebut telah direkodkan di CCHRIS dan menunjukkan kadar kemampuan hutang boleh bayar yang kita ada.

Interest yang rendah

Continue reading “Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card yang hebat”