Ragging adalah satu perkara yang sinonim dikalangan pelajar – pelajar asrama baik di sekolah ataupun di kolej di negara kita. Malah ada yang menegakkan tanggapan dengan melakukan ragging terutamanya kepada pelajar – pelajar baru dapat memupuk semangat hormat kepada senior dan mewujudkan hubungan keakraban sesama mereka. Mungkin ada betulnya tapi jika ia berlaku dengan terlalu agresif dan mewujudkan sikap trauma kepada individu tersebut, wajarkah ianya dilakukan?
Telah diketahui, ragging ini telah wujud lama dahulu. tidak dapat dipastikan sejak bila namum ianya telah menjadi satu “warisan” terutamanya di sekolah/IPT telah lama bertapak di negara kita ini. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, besar kemungkinan ianya akan diwarisi oleh junior – junior yang kelak akan melakukannya pada junior yang lain apabila mereka telah menjadi senior di sekolah/IPT itu. Besar kemungkinan juga, tindakan ragging itu akan menjadi lebih serius berbanding dari apa yang mereka terima dahulu.