Rawatan Insomnia Dengan Lavender

Jadi apa itu insomnia?

Senang sahaja untuk faham, bila anda susah untuk melelapkan mata atau mendapat tidur yang lena, ini bermaksud anda mempunyai penyakit insomnia (troubled sleeping). Mungkin Lavender dapat membantu.


Insomnia ni biasanya berlaku kerana:
• menghadapi tekanan emosi
• menghadapi tekanan hidup seperti kematian seseorang yang kita saying atau telah dibuang kerja etc.
• merasa suasana yang sangat tak tenteram macam mendengar bunyi yang bising, lampu yang terang dalam bilik tidur
• mempunyai waktu tidur yang agak tak teratur lebih2 lagi golongan pekerja shif
• kesan sampingan ubat-ubatan
• menghidapi penyakit seperti lelah,  migrain etc.

 

Apa akan jadi sekiraya tidak dibendung?

Continue reading “Rawatan Insomnia Dengan Lavender”

Batman v Superman : Man v God : Night v Day

I’m gonna destroy him” – Batman

What would Batman, a mortal being, could do when there living around us, an alien that could literally wipeout our very existence, us, the human race! Is there anybody amongst us who would stand up and fight the mighty power god-like superhuman? What would it take to battle man of steel mano a mano? Million dollar tech and suit? Agility? Super ability? Intellect? Or the very substance, kryptonite, that could weaken or might kill the alien that we cheer “superhero”?
Batman

How could a Man v “God”?

Continue reading “Batman v Superman : Man v God : Night v Day”

Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card yang hebat

Bergantung kepada setiap individu itu, ada yang menggunakan kad kredit sebagai jalan mudah untuk membeli barang tanpa mengira faedah yang akan dikenakan, ada yang memilih kad kredit berdasarkan Interest, ada yang memilih berdasarkan points yang akan diterima, ada yang memilih berdasarkan limit yang ditawarkan, atau memang ada loyal customer untuk bank tersebut, dan macam – macam lagi sebab musababnya.

Bagi aku pula, aku telah banyak menggunakan kad kredit dari pelbagai bank antaranya seperti Affin, RHB, Citibank, OUB, Stanchart, Ambank, Hong Leong, Alliance, dan terkini adalah Maybank dan BSN manakala yang lain telah aku cancel. Pengalaman menggunakan Kad Kredit ini sangat banyak malah sehingga ditahap aku memerlukan limit yang tinggi kerana penggunaan yang agak banyak. Pernah satu ketika aku pernah mempunyai limit sebanyak RM47.000-00 walhal penggunaan aku tidak sampai sebanyak itu. Kadang – kadang aku rasa bangga mempunyai limit setinggi itu dimana ianya menunjukkan betapa loyalnya aku pada bank tersebut.

Namun begitu, aku menyedari jika limit Kad Kredit adalah terlalu tinggi, ianya akan sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk membuat pinjaman lain kerana limit tersebut telah direkodkan di CCHRIS dan menunjukkan kadar kemampuan hutang boleh bayar yang kita ada.

Interest yang rendah

Continue reading “Ganjaran Maybankard 2 Platinum Card yang hebat”

Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Namun begitu, bagi yang telah membeli edisi terakhir ini mungkin agak kecewa kerana pengakhirannya agak tergantung apatah lagi disaat Penjejak Badai dan Penjejak Awan sedang bertarung dengan Xiao Wu bagi menyelamatkan anak Yi Feng (anak kepada Penjejak Badai yang dikatakan akan membawa malapetaka kepada China). Persoalannya disini, adakah satu lagi keluaran Pedang Setiawan di Malaysia? Seperti di Hong Kong, keluaran selepas edisi 667 (tentang kesimpulan pertarungan Penjejak Awan & Badai terhadap Xiau Wu) boleh didapatkan di Pameran Pedang Setiawan yang berlangsung disana.

Bab akhir di Pameran Komik Pedang Setiawan

 

Menurut Ma Wing Shing, pencipta watak dan jalan cerita komik ini, beliau telah berhasrat untuk mencetak siri terakhir Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih yang hanya boleh didapati di Pameran PedangSetiawan anjuran beliau. Atas alasan cetak rompak harta intelek di Internet pada masa sekarang ini, industri komik telah mendapat kesan yang hampir sukar untuk dipulihkan. Maka, manuskrip terakhir itu boleh didapatkan sewaktu pameran berlangsung.

Ma Wing Shing, author of Storm Riders, was inspired to unveil the final chapter of the 25-year-old series in an exhibition of the original drawings instead of publishing in print, as rampant online piracy continues to hurt the industry to an almost irreparable extent. – South China Morning Post

Nampaknya, populariti yang didapati secara online di Internet ini tidak dapat memberikan pendapatan yang lumayan lagi kepada pelukis komik, apatah lagi terhadap pelukis komik yang baru. Memandangkan Ma Wing Shing telah berada di Industri komik ini sejak dari tahun 1989, banyak kisah suka duka dan sedih perit yang akan dikongsikan di pameran tersebut dalam bentuk lukisan yang dihasilkannya.

Di pameran tersebut, Ma Wing Shing akan mempamerkan lukisan bab akhir kesudahan siri komik ini dalam lukisan seni dakwat. Maksudnya, manuskrip terakhir ini dalam edisi hitam dan putih. Kata beliau, penggunaan medium seni dakwat ini dapat memainkan sedikit emosi bagi menggambarkan lukisan untuk edisi yang terakhir. Mungkin sedih, mungkin sayu. Disamping itu, ia juga dapat memberikan sedikit ruang imaginasi untuk pembaca menggambarkan situasi didalam komik itu.

Spoiler: Lukisan Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Bagi yang ingin menunggu untuk keluaran Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih ini pada bulan mei 2015 (jika ada la), harap jangan lihat gambar dibawah ini dengan terlalau lama. Apa yang boleh dikatakan disini, gambar dibawah sekali adalah gambar terakhir untuk edisi manuskrip hitam putih ini. *wink*
Agak – agak, siapa budak lelaki tersebut?

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Awan

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Badai

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Tanpa Nama

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Muka akhir manuskrip

Dengan berakhirnya pedang setiawan ini, diharap selama kewujudannya sejak tahun 1989 lagi dapat memberikan kita sedikit tauladan. Mungkin bukan dari jalan ceritanya, tetapi dari seni lukisan yang ditunjukkan.

 

TAMAT

Harga susu Dutch Lady 123 di Tesco cekik darah!

Pelaksanaan GST sudah semakin hampir.

Persoalan yang bermain diminda dan diterjemahkan melalui posting aku yang ke 100 ini, yang paling ketara (dan bukan yang utama) ialah adakah perlaksaannya untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan atau untuk menampung hutang negara atas ketirisan dan perbelanjaan yang tidak berhemah? Atau mungkin semua isu-isu dalam satu? Lihat sahaja di media terutama Internet, banyak cetusan soalan dan rungutan ramai tentang perlaksaannya. Namun, jika negara betul berhasrat untuk rakyat menerimanya dengan rela, penjelasan yang lebih menyeluruh tentang GST baik dari cara pelaksaannya, sebab musabab, haruslah dinyatakan secara menyeluruh juga. Disini bermaksud, p.r skill kena lebih baik dan bukannya seperti skill memaksa atau mempertahankan diri. 🙂 Dan apa pula halnya dengan harga susu Ducth Lady di Tesco yang mahal? Kesan pra-GST agaknya?

Produk terdahulu

Produk terdahulu

Penjenamaan semula produk kerana GST?

Continue reading “Harga susu Dutch Lady 123 di Tesco cekik darah!”