Antara Aiskrim dan Jenama Fesyen: Produk terbaru Magnum dan Dolce&Gabbana

Aiskrim berjenama antarabangsa atau tempatan

Tidak dapat dinafikan, rasa aiskrim ini berbeza mengikut ramuan2 sesuatu syarikat. Dan yang paling ketara apabila ramuan aiskrim itu dari syarikat gergasi seperti haagen Dazs dan juga Magnum. Aiskrim tempatan juga tidak kurang hebatnya seperti ais krim malaysia.

Terbaru kini, label fesyen mewah telah meminjamkan jenama kepada pembuat ais krim Magnum untuk bekerjasama dalam pelancaran aiskrim edisi terhad musim panas. Produk terbaru magnum yang dijangka akan dipasarkan pada bulan ini, ia akan didatangkan dalam bentuk bar dalam kotak, dan hiasan bunga dari Sicily seperti bunga zagara oren dan buah pear bagi mencerminkan suasana musim panas. Continue reading “Antara Aiskrim dan Jenama Fesyen: Produk terbaru Magnum dan Dolce&Gabbana”

Buku mahal? Kunjungi Big Bad Wolf di Melaka

Big Bad Wolf Books in Melaka

Pengalaman kunjungan yang pertama

BIG BAD WOLF. kalau kita tak pernah dengar ayat tu, mungkin kita akan teringat cerita “Red Riding Hood”. Antagonisnya ialah the Big Bad Wolf. Tapi, ini bukan watak cerita tersebut, atau mungkinkah? Ini adalah merujuk kepada Books Sale anjuran Big Bad Wolf Books. Big Bad Wolf Books ini boleh dikatakan kerap mengadakan jualan buku besar – besaran dan boleh juga dikatakan sebagai acara tahunan di bandar2 besar. Tidak berapa pasti bila ianya bermula, tapi berdasarkan Encik Google, ianya seawal tahun 2009 (tolong maklumkan sekiranya tidak tepat).
Continue reading “Buku mahal? Kunjungi Big Bad Wolf di Melaka”

Apa itu MERS-cov?

MERS-cov ialah sejenis virus yang mula dikesan pada tahun 2012 dari negara Timur Tengah dan puncanya masih belum dapat di tentukan. Apa yang dilaporkan sehingga kini, jumlah kematian di serata dunia yang disebabkan oleh MERS-cov sudah mencecah sehingga 92 kematian. Disamping itu, pesakit yang dijangkiti virus ini akan mengalami simptom2 seperti demam, batuk2 dan sukar untuk bernafas dan masih belum ada lagi vaksin untuk penyakit ini.

KES PERTAMA DI MALAYSIA

Pada 13 April yang lalu, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan terdapat satu kematian yang disebabkab virus seumpama ini di negara kita malah merupakan kes kematian yang pertama dilaporkan berlaku di Asean. Pesakit yang merupakan seorang jemaah yang baru pulang dari mengerjakan haji 29 Mac telah mengadu sukar untuk bernafas 10 hari kemudian dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan. Namun malang sekali, pesakit telah meninggal dunia 3 hari kemudiannya.

Jemaah haji itu yang merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun itu dimaklumkan mengidapi penyakit kencing manis dan telah melawat kawasan ternakan unta sewaktu berada di sana namun dikatakan kes yang berpunca dari jangkitan haiwan ternakan tersebut masih belum dapat lagi dipastikan. Sehubungan itu, atas sebab pemantauan, pihak Kementerian Kesihatan telah meminta untuk menghubungi mereka bagi orang awam yang telah menaiki penerbangan Turkish Airline dari Jeddah – Istanbul – KL pada 29 Mac yang lalu.

mers-cov

RISIKO JANGKITAN MERS-Cov Continue reading “Apa itu MERS-cov?”

Pedang Setiawan Bakal Berakhir

Penjejak Awan dan Penjejak Badai

Satu pengakhiran

Pedang setiawan, antara komik old school yg aku baca sehingga kini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi kebiasaan untuk aku mencari dan membeli komik Hong Kong versi bahasa malaysia ni setiap 2 minggu sekali. Sebelum popularnya Manga dari Jepun dalam tahun 90an dahulu, komik Hong Kong telah mula bertapak di hati para remaja pada ketika itu. Dan kini, bagi orang2 yang seangkatan dengan aku, sudah pasti mereka masih lagi mengikuti komik ini.

Diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited, Keluaran isu pertama di Hong Kong bermula dari tahun 1989 sehinggalah sekarang. Manakala, keluaran versi bahasa malaysia yang pertama adalah dalam sekitar awal 90an, dan aku cuba untuk tidak miss setiap issue keluarannya.

Keluaran awal Pedang Setiawan

Keluaran awal Pedang Setiawan

Continue reading “Pedang Setiawan Bakal Berakhir”

Penyamaran Kapal Terbang Boeing

Takziah kepada ahli keluarga penumpang kapal terbang Boeing MH370

Pada 24/3/2014, telah disahkan bahawa kapal terbang Boeing MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Kenyataan itu telah diumumkan oleh PM Najib; analisis diberikan pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom berdasarkan penyiasatan yang belum pernah digunakan selama ini. Satu rumusan telah dibuat berdasarkan laluan yang telah dibuat oleh MH370 melalui koridor selatan dan berakhir di Lautan Hindu. Ternyata ini merupakan satu teragedi yang menyayat hati bukan sahaja bagi rakyat malaysia, juga bagi sanak saudara penumpang di pelbagai negara yang terlibat dalam nahas tersebut. Sekarang ini yang menjadi persoalan semua, kenapa kapal terbang Boeing MH370 menuju kearah yang berlainan dari arah destinasi yang sepatutnya.

Kita telah diberitahu dengan pelbagai teori tentang kapal terbang boeing MH370 dari pihak2 yang berwajib, pihak2 antarabangsa dan juga dari warga2 internet, termasuk juga “pertolongan” dari bomoh. Dari teori hypothesis dan rumusan sehinggalah ke teori konspirasi, semuanya hanya memberikan pelbagai kemungkinan yang akan kita ketahui kelak. Buat masa ini, kita hanya berserah kepada yang maha Esa tentang apa jua kemungkinannya.

William Edward Boeing

William Edward Boeing

The Boeing Company, adalah sebuah perusahaan pembuat pesawat dan aeroangkasa yang terletak di Chicago, Illinois, dengan mempunyai kemudahan produksi yang terbesar di Everett, Washington. Boeing juga merupakan kontraktor pertahanan sesuatu negara dengan menawarkan produk seperti kapal, kenderaan tentera, persenjataan, dan peralatan elektronik. Didirikan oleh William Edward Boeing, seorang yang pada awalnya terlibat dalam industri kayu, dan tahu selok belok tentang sturktur dan rekabentuk perkayuan yang mana menjadikan beliau mahir dan terlibat dalam pemasangan kapal terbang. Dan kini, antara cabang2 utama Boeing adalah Boeing Integrated Defense Systems (IDS), bertanggung jawab untuk produk ketenteraan/pertahanan dan angkasa, dan Boeing Commercial Airplanes (BCA), bertanggung jawab untuk pesawat sivil.

Antara cerita menarik tentang Boeing pada suatu ketika dahulu sewaktu Perang Dunia Ke 2 (WWII) ialah penyamaran kilang pembuatan kapal terbang Boeing seluas 26 ekar! Penyamaran yang begitu besar yang merangkumi satu kejiranan palsu yang besar diatas sebuah kilang pembuatan kapang terbang di Seattle adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada ianya di bom oleh tentera jepun di udara pada ketika itu. Rumah2 kejiranan, jalan2 raya dan pokok2 dibuat menggunakan prop2 seperti papan lapis, kain Burlap, dawai2 reban dan Clapboard. Cabaran pembikinan kawasan kejiranan palsu ini telah direalisasikan oleh Studio2 produksi Filem Hollywood seperti Metro-Goldwyn-Mayer, Disney Studios, 20th Century Fox dan sebagainya.

“Movie studios in Hollywood, Metro-Goldwyn-Mayer, Disney Studios, 20th Century Fox, Paramount, Universal Pictures and others accepted the challenge and offered scenic designers, painters, art directors, landscape artists, animators, carpenters, lighting experts and prop men.”

Kejiranan Palsu

Kejiranan Palsu

Kilang Kapal terbang

Kelihatan seperti kawasan berbukit

Kejiranan palsu itu ada satu bahagian yang kelihatan seperti di lereng2 bukit yang memaparkan beberapa buah rumah dan beberapa pokok yang sebenarnya dibuat dari kayu sahaja. Suatu harapan yang agak besar pada ketika itu agar kilang tersebut tidak dibom oleh tentera udara Jepun. Mungkin pada ketika itu, ianya satu penyamaran yang bagus berdasarkan kemajuan teknologi pada ketika itu (lihat gambar dibawah ini). Tapi pada masa ini, teknik itu pasti tidak dapat menipu “sensor” kapal udara yang berteknologi tinggi. Teknik dahulu berbanding sekarang boleh dikatakan “too cheesy!!”.

Antara gambar2 lain yang menunjukkan penyamaran sebuah kilang pembuat kapalterbang milik Boeing pada ketika perang dunia ke dua (WWII).

Kapal Terbang Boeing