Berbelanja Secara Online di Harvey Norman

Suatu masa dahulu, nama gah seperti Harvey Norman tidak begitu dikenali secara meluas di Malaysia. Pernah satu ketika apabila nama itu muncul dikaca T.V di salah satu siaran Singapura (bagi penduduk sekitar JB), aku tertanya – tanya apakah jenis perniagaan yang dijalankan kerana hanya perkataan “Harvey Norman” sahaja yang muncul.

Harvey norman

Harvey Norman, antara nama besar di Malaysia

Sekarang, ianya merupakan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali syarikat yang berasal dari Australia ini sudah tentu juga belum berpengalaman membuat sebarang pembelian secara online di laman web mereka. Dikenali sebagai “The Largest Retailer”, syarikat dibawah nama Harvey Norman Holdings Limited ini mempunyai 230 buah cawangan seperti di Australia, Ireland, Croatia, Slovenia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.  Ditubuhkan pada 1961 dengan hanya membekalkan peralatan perkakasan elektronik dan kemudian berkembang pesat dengan menawarkan pelbagai barangan seperti barangan elektrik, komputer, perabot dan bermacam-macam lagi.

ok Continue reading “Berbelanja Secara Online di Harvey Norman”

Internet Explorer mati atau hidup kembali?

Kisah Internet Awal 90an

Semasa Internet mula diperluaskan di negara kita seingat aku pada pertengahan tahun 90an, Internet Explorer merupakan web browser yang paling dominan dikalangan pengguna pada ketika itu. Masih ingat lagi, dengan teknologi “dial-up”, sementara mendengar bunyi beep beep tut tuuuut yang menjengkelkan untuk mendapat capaian internet, kita akan bersedia untuk klik icon Internet Browser. Walaupun capaian Internetsekarang boleh dikatakan laju, namun pada ketika itu dahulu “dial-up” juga boleh dikatakan laju walaupun terpaksa menunggu 5 – 10 minit untuk melihat satu gambar. 😀

Internet Explorer juga pada ketika itu boleh dikatakan popular seawal tahun 2000 kerana ia didatangkan sekali dalam program Windows. Malah, tanpa Internet Explorer, mana mungkin kita dapat muatturun browser – browser yang lain seperti Mozilla atau Opera atau lain – lain (if you know what i mean). Tidak perlu kita memperkecilkan kebolehan I.E kerana wujudnya browser lain (yang lebih baik) adalah disebabkan juga untuk bersaing dengan I.E. Boleh dikatakan, tanpa I.E, tiada penanda aras untuk browser lain meningkatkan kemajuan mereka. 🙂 Continue reading “Internet Explorer mati atau hidup kembali?”

Em-BAAAA-king to a unique carnage with GOAT simulator

What is it with the goat?

Started out as a small project to train the new programmers, it went crazy in the Youtube reaching to milions of viewers in weeks. With the player controlling the goat, basically we can do whatever comes to our crazy minds. Run against the traffic, ramp about the woods, lick, stick and insanely drag the human, jump off the window, blow up the gas station, harnessing demonic powers through blood sacrifices, an obvious all-hell-breaks-loose of a sort.

Continue reading “Em-BAAAA-king to a unique carnage with GOAT simulator”

Cepat! Dapatkan Xiaomi Mi3

Kemunculan Mi3 dinantikan

Dengan kemunculannya di negara jiran Singapura, produk ini sahaja telah “sold out” dalam masa 2 minit sahaja seperti yang dilaporkan. 2 minit? Berapa ribu yang dijual di sana. Bagaimana pula dengan kemunculan Mi3 ini di Malaysia?

Cheap and good is always irresistible and Xiaomi proved that point when 4,000 units of their Mi 3 smartphone was sold in just 17 minutes! – www.soyacincau.com

Menurut Xiaomi Mi3, sebanyak 6000 produk ini akan di jual secara online bermula dari 12p.m pada 27 Mei 2014 nanti. Dari 6000 itu, 4000 saya telah dijual dalam masa 17 minit di Malaysia! Produk yang dikatakan dikatakan melebihi tandingan Galaxy 5 ini dikatakan begitu mampu milik kerana sistem operasinya MIUI (MI User Interface) yang mampu berfungsi dengan lebih lancar dari Google’s stock Android.

Mungkin dikatakan Mi 3 ini akan memperkenalkan harga mampu milik, namun begitu Digi telah membuat pra-order dan mungkin akan memperkenalkan pakej bagi Mi 3 ini dengan lebih murah lagi. Dan dikatakan Maxis dan Celcom juga akan melakukan perkara yang sama. Jadi, kita boleh bandingkan pakej2 yang akan ditawarkan oleh syarikat2 telekomunikasi di Malaysia dan mungkin ada tawaran pakej untuk Mi 3 percuma (with terms and condition of course.)

Made in China

Continue reading “Cepat! Dapatkan Xiaomi Mi3”