Berhati – Hati Ketika Menggores Kad Prepaid

Pengguna kad prepaid di Malaysia adalah begitu ramai. Terlalu ramai sehinggakan isu GST  dikenakan keatas kad prepaid dahulu pun menjadi isu hangat bukan sahaja dikalangan kita sebagai pengguna, malah dikalangan pihak – pihak sehingga ke menteri – menteri. Namun, apa yang lebih perlu dibimbangi kini ialah kandungan yang terdapat didalam lapisan perak kad prepaid itu sendiri. Benarkah gores kad prepaid menyebabkan kanser kulit seperti yang berlegar – legar di Internet?

Malah lebih memeranjatkan lagi, terdapat penyebaran maklumat yang mengatakan permukaan untuk gores di lapisan perak kad prepaid mengandungi Silver Nitro Oxide. Satu bahan yang kononnya wujud dan dikatakan boleh menyebabkan kanser jika terkena dipermukaan kulit manusia, dan dalam kes ini jika kita gores menggunakan kuku kita menjadikan ianya lebih mudah untuk terkena di bahagian kulit jari. Apakah respon jika kita terbaca maklumat seperti dipaparan bawah ini?

Lagi penemuan Kanser kulit

Continue reading “Berhati – Hati Ketika Menggores Kad Prepaid”

Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan item – item atau barang – barang menjadi lebih mudah di jual di Internet. Dengan prospek pelanggan yang besar, memang boleh dikatakan barang – barang yang dijual itu boleh laku dengan cepat. Itu pun dilihat pada harga yang ditawarkan. Lebih mudah lagi untuk berurusan jika segala transaksi kewangan dapat dilakukan melalui Internet Banking sekiranya dipersetujui oleh kedua – dua pihak. Namun begitu, penjualan barang melalui talian ini ada juga keburukannya walaupun terdapat banyak kebaikan.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk kita mengiklankan barangan ialah melalui sesawang Mudah.my yang rata – rata sudah begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Dengan caj asas yang ditawarkan pada harga percuma, begitu mudah untuk pelanggan mencari apa yang mereka kehendaki di Mudah.my. Pengalaman aku sendiri yang telah mengiklankan pelbagai barangan, begitu mudah untuk aku dapatkan target pelanggan aku. Setelah memuat naik iklan, ada yang terus menghubungi aku tidak sampai sejam setelah iklan diluluskan untuk berada di Mudah.my. Ada juga yang makan masa sehingga hampir dua bulan baru dapat panggilan dari pembeli. Walau apa pun, semua barang yang aku telah iklankan telah dapat dijual.

Berhati – hati dengan transaksi atas talian

Sejajar dengan kemudahan di Internet ini, kita perlu lebih berhati – hati baik dengan penjual yang menawarkan barangan mereka mahupun dengan pembeli yang menjanjikan duit pembayaran terhadap barang yang dibeli. Continue reading “Mudah.my terdedah kepada Paypal scam”

Heartbleed Bug: Apakah bahayanya?

Situasi Heartbleed Bug

Selamatkah maklumat kita di Internet?

Baru – baru ini telah heboh diperkatakan di Internet tentang wujudnya satu bug bernama HeartbleedApa itu Heartbleed? Difahamkan, ianya bukanlah satu virus, tetapi ianya merupakan satu kelemahan yang serius dalam Open SSL (satu protokol komunikasi menggunakan https://) dimana satu kemungkinan penjenayah siber dapat membaca memori yang dilindungi oleh Open SSL itu sendiri. Ini bermaksud, berkemungkinan juga maklumat peribadi  dan data – data yang yang tersimpan dalam RAM server terdiri dari password, no kad kredit, dan informasi – informasi yang sensitif bersaiz sehingga 64KB, dapat dicuri. Banyak website yang telah menggunakan HTTPS berbanding HTTP atas sebab – sebab isu – isu keselamatan sebagai contohnya, apabila kita membuat transaksi atas talian (online) di Internet samada melibatkan bank atau syarikat Kredit kad, Protokol SSL inilah yang memastikan keselamatan transaksi kita ini. SSL akan  encrypt (menjadi data itu sulit) agar tiada sesiapa dapat menyah-kod atau membaca maklumat yang dihantar ke bank atau pihak luar. Tetapi kini, dengan berlakunya Heartbleed maka pelbagai andaian boleh digambarkan sekarang.

Kenapa dinamakan Heartbleed?

 

Dalam analogi yang mudah difahami, bug ini berasal dari protokol heartbeat (FRC6520) TLS/DTLS (Transport Layer Security Protocols)  dan jika protokol “denyutan jantung” ini dapat dieksploit maka ianya akan “membocorkan” maklumat (data dan informasi) didalam memori dari server ke klien atau sebaliknya. Kerana itulah situasi ini dinamakan Heartbleed (Pendarahan Jantung/ Kebocoran Jantung, atau apa jua panggilan yang lebih mudah untuk difahami.) Continue reading “Heartbleed Bug: Apakah bahayanya?”