Penang Hill: Perkara Asas Yg Wajib Tahu Sebelum Pergi Ke Sana

Jangan tak percaya, dalam Malaysia ni masih ada lagi tempat yang Wajib kita lawati walaupun untuk sehari.  Just one day of cool retreat would suffice. Dan yang aku maksudkan “cool retreat” tu adalah Bukit Bendera (or popular known as Penang Hill) kerana memang aku tak sangka ianya agak sejuk juga bila berada di puncak tu, walaupun taklah sesejuk mana pun. Bila udara tiup ke muka, terasa kesejukkannya. Ini kerana dengan ketinggian 833m dari permukaan laut, sudah tentu suhu juga semakin menurun.

Memandangkan percutian aku kali ni adalah untuk mencari makanan yang agak2 berlainan dari apa yang selalu aku makan, jadi adalah menjadi kemestian untuk aku share nanti serba sedikit info makanan yang aku beli di Bukit bendera. Terlebih dahulu, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sewaktu ingin berkunjung ke bukit bendera (Penang Hill).

Penang Hill

Continue reading “Penang Hill: Perkara Asas Yg Wajib Tahu Sebelum Pergi Ke Sana”

Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)

Pertama kali aku melakukan roadtrip ini adalah bersama kawan baikku Bob Faizal sewaktu bekerja di Mersing suatu ketika dahulu. Berjalan – jalan sambil mengambil gambar sudah menjadi kebiasaan bagiku, malah boleh dikatakan juga hobi masa lapang selain dari mencipta dan merakam lagu. Setelah sekian lama, aku mengambil keputusan untuk melakukan roadtrip semula kini bersama anak dan isteri ku pula.

Penang Roadtrip

Destinasi kami adalah ke Pulau Pinang dan dalam tempoh 3 hari sahaja. Motif utama bukan untuk melancong, hanya sekadar berjalan menghabiskan masa dengan mengambil gambar di mana sahaja kami berhenti atau kami lalui. Dengan berbekalkan hanya telefon android lama yang berfungsi sebagai alat untuk mengambil gambar, aku hendak tengok apakah hasilnya photoblogging aku dalam sesi Penang roadtrip ini.

Detik – detik dalam perjalanan

Lewat pagi kami bertolak melalui jalan – jalan kampung. Bermula dari masjid tanah, kami bergerak menuju ke Port Dickson dan kemudian melalui Sepang menuju ke Klang. Dalam perjalanan, kami terlihat sebuah rumah yang mempunyai arca bulu tangkis didepannya. Rupa – rupanya kami telah melalui rumah Haji Sidek, bapa kepada pemain – pemain badminton terkenal di Malaysia. Untuk maklumat, boleh rujuk blog sini .

Penang roadtrip

Rumah Haji Sidek

Continue reading “Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)”