Jadi apa itu insomnia?
Senang sahaja untuk faham, bila anda susah untuk melelapkan mata atau mendapat tidur yang lena, ini bermaksud anda mempunyai penyakit insomnia (troubled sleeping).
Insomnia ni biasanya berlaku kerana:
• menghadapi tekanan emosi
• menghadapi tekanan hidup seperti kematian seseorang yang kita saying atau telah dibuang kerja etc.
• merasa suasana yang sangat tak tenteram macam mendengar bunyi yang bising, lampu yang terang dalam bilik tidur
• mempunyai waktu tidur yang agak tak teratur lebih2 lagi golongan pekerja shif
• kesan sampingan ubat-ubatan
• menghidapi penyakit seperti lelah, migrain etc.
Apa akan jadi sekiraya tidak dibendung?
Kesan kronik Insomnia boleh menyebabkan masalah:
• mengantuk semasa berjaga
• sukar nak tumpukan perhatian terhadap tugas yang diberikan
• sakit kepala atau pening kepala
• keletihan
• menghadapi kemurungan
• rasa kurang selera untuk makan
• berat badan naik mendadak
Pil Tidur
Ramai pesakit insomnia menyelesaikan masalah mereka dengan mengambil pil tidur. Walaupun merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah insomnia, namun sebaiknya harus dielakkan kerana mungkin boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.
Apa pula kesan pengambilan pil-pil tidur ni?
1. Menghidapi pening kepala atau rasa sakit kepala sewaktu tidak tidur / terjaga.
2. Teras sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu kerja
3. Mudah lupa (Melayu mudah lupa takde kena mengena dengan ubat tidur 😛 )
4. Mengalami halusinasi
5. Merasakan emosi yang tak menentu seperti kemurungan
6. Mudah merasa cemas dan keliru
7. Menghadapi kesukaran untuk mengandung bagi kaum wanita
8. Merasakan kitar haid yang tidak teratur
9. Degupan jantung yang tidak menentu