Rezeki boleh dicari dimana – mana sahaja, malahan menjual tisu juga boleh menjana pendapatan tetap yang agak lumayan lebih – lebih lagi bagi yang buta. Melihat mereka yang menagih simpati dengan menjual tisu disamping mengharapkan derma dari orang ramai di gerai – gerai makan sekitar besar sememangnya adalah satu pemandangan yang biasa. Perkara ini bukan suatu yang baru, namun telah bermula sejak lama dahulu.