ezuddin

★all are equal before the law★

Dah Banyak Kali Tido Kat Moty Hotel. Sekali Kena Kacau.. Hamik Kau!!

by ezuddin

Aku tau korang suka duduk kat hotel kan? Ye la, kat hotel, macam2 kemudahan ada. Dari bilik sauna, gym, tub mandi, good breakfast dan macam2 lagi. Tapi, korang jangan lupa, kadang2 ada juga bilik yang “berpenghuni” dan akan ganggu org2 dalam bilik tu. Hee.. Pernah pergi Moty Hotel?

Baru2 ni aku tgk viral org citer pasal Moty Hotel Melaka. Sebenarnya, aku mmg suka duduk kat moty hotel tu. Rasanya dah banyak kali kitorang (aku, wife dan anak) duduk kat Moty Hotel tu. Ye la, seperti yang di viralkan tu, mmg bilik tu macam 4 atau 5 bintang habaq hang. Pada harga yang tak la mahal sgt pun, kita dah boleh dapat bilik yang macam tu. Tak caya? Tgk gambar screenshot aku booking dah banyak kali melalui Booking.com . hee


Klook.com

 

 

Moty berada di tengah2 kawasan Shopping

Bukan tu je, Moty Hotel ni terletak mmg dekat dgn tempat2 shopping. Boleh jalan kaki je dari nak ke tempat seperti Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan. Masa Moty Hotel ni mula2 beroperasi, mmg aku dah lama cari hotel yang mcm ni. Jadi, aku pun tak berapa la nak war2 kan pada kawan2 tempat ni. (konon tak nak org tau la tempat weekend getaway kitorang yang best ni.. Hahaha) Namun, seperti hotel2 yang lain, mesti ada juga pengalaman yang melibatkan benda2 yang tak dapat dilihat jugak. Bukan gangguan org yang tak dikenali tau, sebab hotel ni security nya juga mmg tiptop. Nak naik lift pun dah kena scan kad tau.

moty hotel

Pengalaman Seram yang tak boleh aku lupa

Aku nak citer pengalaman kitorang di”kacau” malam2 buta sewaktu bermalam kat situ. Aku stay masa tu pada 13 dis. Jadi aku check in pada jam 5 petang, selepas balik dari kerja dan ambil anak aku dari tadika. Kebetulan nextday tu aku ada appointment doctor sebab sakit slipdisc aku ni, jadi alang2 kitorang bermalam aje di Moty. Ye la kan, sambil2 tu boleh mandi kat swimming pool, masuk sauna n jakuzzi.

Lepas check in, kitorang pun terus naik ke bilik untuk berehat dan get ready untuk main swimming pool. Lepas tu kitorang gi makan la kat restoran yang berdekatan. Ada gak restoran yang jual makanan yang sedap. Tapi hati2 juga, sebab aku ada pernah nampak satu restoran kat sekitar situ yang agak kotor dan ada tikus bapak besar gua cakap lu.. hilang selera.

Ok, sambung cerita. Malam tu kita orang lepak2 la kat bilik macam biasa sambil2 tgk tv n layan si anak aku ni. Kemudian macam biasa la, bila dah lewat malam sikit tu, tiba2 rasa macam lapar. So aku pun cakap kat wife nak keluar dan beli beli. Jaraknya jauh la jugak, dalam 400meter dari Moty. So aku keluar dari Moty dan menapak la ke gerai burger tu.

Waktu tu dalam 11.30 macam tu. So, masa sampai kat tempat burger tu, lama juga aku kena tunggu brader tu buat burger tu. Dalam dua puluh minit jugak la baru selesai. Lepas tu aku terus menapak la ke Moty semula. Lebih kurang 12.15 la kot masa aku sampai kat bilik tu, aku tgk anak aku macam dah tidur, so aku ajak wife aku untuk makan. Makan sbelum tido tu. Macam tak elok je. Tp bukan selalu pun kan? Hee

Waktu tu, aku tgk muka wife aku macam senyap semacam je. So, lepas makan aku pun baring sambal tgk tv dan tertidor. Pula la syok aku tido nyenyak tau. Maklumlah, lepas makan. Tiba2 sedang aku nyenyak dibuai mimpi, aku dengar orang ketuk cermin bilik air dengan kuat weyh!! Kebetulan katil kitorang mmg dekat dengan cermin bilik air tu. Aku terjaga dan berdebar2. Aku tengok bilik air takde orang. Sapa plak yang ketuk cermin bilik air tu.. Sudah!! Sah aku kena kacau. So, aku duduk kejap dan kemudian wife aku tersedar n Tanya kenapa. Aku cakap, “takde pape, pegi la tidor”. Sudahnya, aku pun baring semula dengan tekup bantal kat muka. Malas nak dengar lagi.. serammmmm..

Esok pagi, sebelum nak pg sarapan, aku citer kat wife yang aku kena kacau. Aku dgr cermin bilik air kena ketuk dengan kuat. Tok Tok Tok Tokk Tok!! Rupenya, masa aku pergi keluar beli burger tu, wife aku pun kena jugak!! Dia kata dia dengar bunyi macam barang2 gerak dalam almari. Mula2 dia ingat bunyi dari bilik sebelah, tapi bunyi tu kedengaran beberapa kali. Tu yang masa aku balik ke bilik, wife aku tidor. Rupanya sebab seram dengar bunyi tu.

Dah banyak kali duduk Moty, ni la 1st time kena kacau. Tapi, takpelah. Setakat ketuk2 je. Itu tak matikan semangat aku pun nak duduk di Moty lagi. Lagipun Cuma berlaku kat bilik tu je berbanding2 bilik2 lain yang kitorang pernah duduk. Aku try bgtau dkt staff tu masa nak cek out pasal perkara ni. Responnya sangat bagus. Staff tu suruh aku whatsapp pada dia ttg apa yang berlaku. Aku pun ok je, sebab bukannya aku nak komplen ke apa. Cuma nak staff tu tau ttg perkara ni dan mungkin dapat buat sesuatu agar kastemer lain tak komplen nanti. 

 

So, tu je la citer aku tu. Ala tak seram mana pun. Aku pernah je dgr citer yang lagi seram kat hotel lain. Hee..

Mari melawat MELAKA

 

So, sempena ramai yg suka Melawat Melaka ni, aku cadangkan korang  tidor kat hotel moty . Bukan kerana cerita aku kat atas tu tapi kerana nak korang rasa suasana hotel yang nampak mewah. Aku juga sarankan korang pergi waktu weekend untuk melihat kemeriahan bumi Melaka  ni. Kalau nak lagi murah, korang boleh cari di Klook.com ye.  Memang ada banyak promosi2 hotel ni. Salah satunya ialah Moty Hotel.

 
Klook.com

Selamat bermalam di Moty..

P/s: lupa nak cakap, baik2 dgn bilik no 1*2. (Takkan aku nk reveal bilik nombor berapa plak hee.. Tak surprise la).

 

Filed Under: Entertainment Tagged With: Hotel Moty Berhantu, Moty Hotel

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·