Siapakah kita di mata dunia?

Laporan CNN, siapakah kita?

Teguran dari rakyat Malaysia

Dalam kita menantikan berita tentang MH370, pelbagai pihak dari dalam negara dan luar negara cuba mendapatkan cerita dan berita tentang mh370 untuk dilaporkan di media antarabangsa. Jadi, siapakah kita di mata mereka?.

Namun, setelah melangkau ke hari ke 21, ramai orang telah menyuarakan pendapat tentang berita2 antarabangsa yang disajikan kepada kita samada melalui akhbar atau pun dari laman2 web. Pelbagai soalan telah ditanya oleh wartawan, namun, adakalanya terdapat soalan2 yang berbentuk provokasi dan kadang2 boleh dikatakan agak sinikal dan keterlaluan.. Mungkin juga agak keterlaluan jikalau kita mengajar kepada mereka tentang siapakah kita dan siapakah mereka. Media2 antarabangsa seperti CNN, Fox News, MSNBC dsb kadang2 memberikan laporan yg agak “bias” tentang malaysia, lebih2 lagi dgn isu terkini mh370. Agaknya perlu ada standard norma yang boleh digunapakai dalam membuat laporan tentang apa jua berita yg ingin disampaikan.

Apa yang menarik perhatian ialah apa yang ditanyakan dan dilaporkan oleh pihak media, lebih2 lagi pihak media antarabangsa, kadang2 tidak menunjukkan maklumat2 yang tepat dan hanya berdasarkan pemerhatian dan pandangan mereka sahaja.

Atas hal demikian, maka tidak hairan, ada dikalangan rakyat Malaysia yang menyuarakan pendapat mengenai cara penyampaian berita dari pihak luar yang adakalanya tidak mencerminkan nilai2 profesionalism seorang jurnalis.

siapakah kita di mata dunia

siapakah kita di mata dunia

Kesan2 dari laporan2 berat sebelah media antarabangsa itu, adakah kita ditertawakan atas maklumat yang disampaikan itu? Adakah kita akan dipandang sebelah mata kerana perkara ini? Adakah kita negara tercinta kita akan di brand negara yg berpotensi kearah terrorism? Adakah ini hanya konflik melariskan akhbar vs ketelusan akhbar? Adakah kita akan ditohmah oleh masyarakat antarabangsa kerana mereka ingin kebenaran yang kita pun sudah sedia maklum dari berita yang dipaparkan. Sedangkan kini, ada masyarakat antarabangsa yg telah memberi tohmahan dan cacian terhadap rakyat kita yg berada di luar negara kerana insiden mh370 ini kerana laporan2 media antabangsa Itu.

Penduduk China terus menyatakan kemarahan terhadap Malaysia ekoran kehilangan MH370 yang membawa sebahagian besar penumpang rakyat republik itu. Di Weibo, laman blog mikro China ala-Twitter– mereka dilihat mensasarkan selebriti Malaysia yang menempa nama di negara itu, termasuk memberi gelaran sebagai “binatang” dan “sampah”.- “Malaysiakini

Jadi, siapakah kita di mata dunia ketika ini? Dalam kita bersedih tentang MH370, ada pihak yg memberi gambaran yg tidak berapa menyenangkan terhadap kita,  rakyat Malaysia. Atas dasar cintakan negara, ramai lagi rakyat malaysia yg menyuarakan ketidakpuashatian dan bantahan meraka dalam FB page BOIKOT CNN.Tindakan bantahan ini atas sebab2 seperti provokasi, kesalahan maklumat, fitnah dan penipuan.
Boikot cnn

 

 

Sumber – sumber: Facebook, Malaysiakini, around the blog dan MH370 Hari Ke-21: Rakyat M’sia suarakan pendapat pada laman Facebook CNN

Visited 1 times, 1 visit(s) today