Penyamaran Kapal Terbang Boeing

Takziah kepada ahli keluarga penumpang kapal terbang Boeing MH370

Pada 24/3/2014, telah disahkan bahawa kapal terbang Boeing MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Kenyataan itu telah diumumkan oleh PM Najib; analisis diberikan pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom berdasarkan penyiasatan yang belum pernah digunakan selama ini. Satu rumusan telah dibuat berdasarkan laluan yang telah dibuat oleh MH370 melalui koridor selatan dan berakhir di Lautan Hindu. Ternyata ini merupakan satu teragedi yang menyayat hati bukan sahaja bagi rakyat malaysia, juga bagi sanak saudara penumpang di pelbagai negara yang terlibat dalam nahas tersebut. Sekarang ini yang menjadi persoalan semua, kenapa kapal terbang Boeing MH370 menuju kearah yang berlainan dari arah destinasi yang sepatutnya.

Kita telah diberitahu dengan pelbagai teori tentang kapal terbang boeing MH370 dari pihak2 yang berwajib, pihak2 antarabangsa dan juga dari warga2 internet, termasuk juga “pertolongan” dari bomoh. Dari teori hypothesis dan rumusan sehinggalah ke teori konspirasi, semuanya hanya memberikan pelbagai kemungkinan yang akan kita ketahui kelak. Buat masa ini, kita hanya berserah kepada yang maha Esa tentang apa jua kemungkinannya.

William Edward Boeing

William Edward Boeing

The Boeing Company, adalah sebuah perusahaan pembuat pesawat dan aeroangkasa yang terletak di Chicago, Illinois, dengan mempunyai kemudahan produksi yang terbesar di Everett, Washington. Boeing juga merupakan kontraktor pertahanan sesuatu negara dengan menawarkan produk seperti kapal, kenderaan tentera, persenjataan, dan peralatan elektronik. Didirikan oleh William Edward Boeing, seorang yang pada awalnya terlibat dalam industri kayu, dan tahu selok belok tentang sturktur dan rekabentuk perkayuan yang mana menjadikan beliau mahir dan terlibat dalam pemasangan kapal terbang. Dan kini, antara cabang2 utama Boeing adalah Boeing Integrated Defense Systems (IDS), bertanggung jawab untuk produk ketenteraan/pertahanan dan angkasa, dan Boeing Commercial Airplanes (BCA), bertanggung jawab untuk pesawat sivil.

Antara cerita menarik tentang Boeing pada suatu ketika dahulu sewaktu Perang Dunia Ke 2 (WWII) ialah penyamaran kilang pembuatan kapal terbang Boeing seluas 26 ekar! Penyamaran yang begitu besar yang merangkumi satu kejiranan palsu yang besar diatas sebuah kilang pembuatan kapang terbang di Seattle adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada ianya di bom oleh tentera jepun di udara pada ketika itu. Rumah2 kejiranan, jalan2 raya dan pokok2 dibuat menggunakan prop2 seperti papan lapis, kain Burlap, dawai2 reban dan Clapboard. Cabaran pembikinan kawasan kejiranan palsu ini telah direalisasikan oleh Studio2 produksi Filem Hollywood seperti Metro-Goldwyn-Mayer, Disney Studios, 20th Century Fox dan sebagainya.

“Movie studios in Hollywood, Metro-Goldwyn-Mayer, Disney Studios, 20th Century Fox, Paramount, Universal Pictures and others accepted the challenge and offered scenic designers, painters, art directors, landscape artists, animators, carpenters, lighting experts and prop men.”

Kejiranan Palsu

Kejiranan Palsu

Kilang Kapal terbang

Kelihatan seperti kawasan berbukit

Kejiranan palsu itu ada satu bahagian yang kelihatan seperti di lereng2 bukit yang memaparkan beberapa buah rumah dan beberapa pokok yang sebenarnya dibuat dari kayu sahaja. Suatu harapan yang agak besar pada ketika itu agar kilang tersebut tidak dibom oleh tentera udara Jepun. Mungkin pada ketika itu, ianya satu penyamaran yang bagus berdasarkan kemajuan teknologi pada ketika itu (lihat gambar dibawah ini). Tapi pada masa ini, teknik itu pasti tidak dapat menipu “sensor” kapal udara yang berteknologi tinggi. Teknik dahulu berbanding sekarang boleh dikatakan “too cheesy!!”.

Antara gambar2 lain yang menunjukkan penyamaran sebuah kilang pembuat kapalterbang milik Boeing pada ketika perang dunia ke dua (WWII).

Kapal Terbang Boeing