Kad Kredit Kena caj Scam itunes tanpa sedar?

Pernah tak korang tiba2 terima sms begini dari bank berkenaan transaksi scam itunes di Credit Card atau ATM card korang, contohnya begini:-

Scam itunes

RM0.00 BSN: MYR399.90 was charged to your card ending 5120 on 12 Mar 2020 at APPLE.COM/BILL         ITUNES.. If you did NOT perform this txn call 1300881900

Ye, baru2 ni aku telah dicaj sebanyak RM399.90 atas urus niaga online subscription Itunes yg aku tak buat. To my suprise, ianya bukan satu tapi 4 transaksi weyh.. ko bayangkan aku telah dicaj sejumlah hampir RM1600 untuk itunes!

Scam itunes

Untuk makluman, aku tak tahu macam mana perkara tu boleh terjadi sebab aku tidak menggunakan iphone. Aku telah suspek yg ada org telah guna info Kad Kredit utk buat transaksi begitu. Macam mana? Jgn tanya aku , aku tak tau.

Kenapa RM399.90?? Bila aku search dalam google, ada ramai yg telah kena seperti aku rupanya. Ianya merupakan satu scam pembelian menggunakan seller 3rd party yg mana pembelian tu boleh ditukarkan dengan pembelian lain. Ataupun ianya mmg pembelian di itunes  tu sendiri.

 

 

Rata2 yg telah di caj sebanyak RM399.90 tu bukan nya utk 1 transaksi, malah ada yg kena sampai RM1000. Dalam kes aku plak, kena caj sampai 4 kali tu. Hanat!!

APA YG PERLU DIBUAT?

Untuk pengetahuan korang, aku telah berjaya claim refund untuk semua amaun2 tu dan telah berjaya dikreditkan ke dalam kad kredit aku. Cumanya korang perlu buat beberapa call ke pihak2 yg sepatutnya. Disini aku ringkaskan apa yg telah aku telah buat.

1. JANGAN TERLALU PANIK –  Ok la, bohong kalau kata aku tak panik. Bapak panik siut. Ye la, aku ni kalau bab2 scam aku mmg tak mudah terpedaya tp kali ni mmg aku sedikit terkesan kerana aku kena pulak tu. AKU yg selalu expose scammer dalam blog aku pun tiba2 boleh kena scam. Tak ke sengal. ?. Tp aku cuma kawal dulu panik tersebut dan buat carian google dulu apa amaun tu sebenarnya.

2. CALL BANK – Jangan tangguh2. Call bank untuk berikan penjelasan dan report kad korang telah digunakan tanpa pengetahuan. Ikut apa yg disarankan oleh bank. Yg penting, bank akan block / inactive kan kad tu buat sementara waktu.

3. BUAT REPORT POLIS – Selepas aku kena tu, aku terus buat report polis. Masa aku pergi ke pejabat polis tu, aku ternampak ada seorang anggota polis tengah buka dan bersihkan pistolnya. Peh, jakun siut. Biasa aku tgk dalam movie je. Sori menyimpang sat ?. Sewaktu buat report tu, cerita akan apa yg terjadi, berikan detail asas kad, maklumkan last penggunaan kad tu bila, dan apa2 yg boleh korang kaitkan dgn apa yg telah terjadi. Dapatkan salinan report tu (byr rm2 je) dan korang buat satu lagi salinan.

Scam itunes

 

 

4. PERGI KE CAWANGAN BANK – Pergi ke cawangan yg terdekat untuk.maklumkan apa yg terjadi dan isikan borang Credit Card Dispute. Tujuannya adalah untuk menafikan transaksi yg berlaku dan kepilkan sekali report polis yg telah dibuat.

5. TUNGGU MAKLUM BALAS BANK – Pihak bank telah telefon aku dan maklumkan yg card aku telah di block dan siasatan fraud akan dilakukan. Aku tak pasti berapa lama masa akan diambil untuk siasatan tu, tp yg pasti kita tak boleh guna kad buat sementara waktu.

Itu adalah cara yg aku buat bila ada berlaku penggunaan kad kredit yg tidak sah. Tp aku tak stop di situ sahaja. Aku masih tak puas hati. Memandangkan scam tu melibatkan itunes. Aku contact support melalui
https://support.apple.com/en-my/HT201382?cid=appledotcom_Billing_article_HT201382

Disitu nanti boleh pilih option Call Atau Chat. Pilih je option mana yg diberikan antara dua tu. Dalam kes aku, lebih baik call. Malas nak chat2 ni. Ingat wasap ke. ?

 

Kemudian aku terima US call dari staff yg bernama Jeff. Aku terangkan apa yg berlaku, berikan nombor credit card dan mmg ada “uncategorized transaction”. Dan dia cakap, “don’t worry Mohammed, we will refund into ur account. You don’t worry about it”. Tu je yg aku ingat, lain2 yg dia cerita aku tak ingat. Aku hanya harap reply email dari apple perkara betul je (lihat gambar dibawah) ?

Baik gila cara dia terangkan. Cuma bahasa US dia sgt pekat la, tak macam yg kita dgr dalam movie tu. ?

Kemudian, selang beberapa hari tu duit telah direfund. Aku tak pasti la tu bank yg buat atau Apple yg buat tp apa yg penting, amaun tu telah dicreditkan semula.

So itu la tadi cara2 aku dapatkan duit yg telah dipakai buat beli itunes tu. Lahabau punya scammer!!!

3 Replies to “Kad Kredit Kena caj Scam itunes tanpa sedar?”

  1. Bagus penerangan tuan dan kaedah “self defense” ni, saya suka pendedahan mcm ni supaya orang lain pun dapat panduan. Iyelah, ade org tak boleh nak fikir apa nak buat kalau kene.. kan… ni satu bentuk saham jgak… memudahkan org lain, Allah mudahkan jalan ke syurga…

  2. Terima kasih Encik Ezuddin. Terbaik!! Saya pun terlibat dalam situasi yang sama & perkongsian di atas amat membantu. Inilah kuasa pengguna yang sebenar. Bijak mencari penyelesaian tanpa menyalahkan orang lain atau merungut sahaja.

    1. kalau merungut dan komplain pun takkan jalan kalau tak cari jalan. Yang penting usaha dan bersabar. Tq sudi baca

Comments are closed.