ezuddin

★all are equal before the law★

Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!

by ezuddin Leave a Comment

LG kali ni dah melampau la.  Sekarang ni dah berani keluarkan model penapis air WD516AN yg ada bantuan operasi guna suara je pada 14 Julai 2022. Mengancam seyh.. Jika tiba masa untuk pembersihan steril atau tempoh untuk service, Penapis  air tu  akan “bercakap” ngan kita. Pastu tu, semua tu boleh buat sendiri je. tak payah tunggu technician datang baru nak tukar filter bagai..  Jimat masa.. tak payah tunggu technician lagi.. Menarik kan?

 

APA LAGI YANG TERBARU TENTANG MODEL WD516AN?

Tanpa aku mengomel banyak2, meh aku ceritakan apa yang model Terbaru ni boleh buat dan apa yang LG tawarkan. 

 

1. REKABENTUK dan WARNA TERKINI

Pertama, cuba lihat sahaja rekabentuk dibawah ni.  Kali ni telah ditawarkan model dengan warna yang berlainan. Warna  Navy Blue, Silver dan Putih. Warna yang sangat Exclusive!

Ianya tak terlalu besar dan boleh di letak di mana² bahagian. Tak kisah la kat dapur ke, ruang tamu ke, pantri ofis ke, Masjid ke, sekolah ke dan lain lain lagi. [Read more…]

Filed Under: Business, Promo, Tech & PC Tagged With: Penapis Air bantuan Suara, Penapis Air LG terkini, Penapis Air LG wd516an

Kad Kredit Kena caj Scam itunes tanpa sedar?

by ezuddin

Pernah tak korang tiba2 terima sms begini dari bank berkenaan transaksi scam itunes di Credit Card atau ATM card korang, contohnya begini:-

Scam itunes

RM0.00 BSN: MYR399.90 was charged to your card ending 5120 on 12 Mar 2020 at APPLE.COM/BILL         ITUNES.. If you did NOT perform this txn call 1300881900

Ye, baru2 ni aku telah dicaj sebanyak RM399.90 atas urus niaga online subscription Itunes yg aku tak buat. To my suprise, ianya bukan satu tapi 4 transaksi weyh.. ko bayangkan aku telah dicaj sejumlah hampir RM1600 untuk itunes!

Scam itunes

Untuk makluman, aku tak tahu macam mana perkara tu boleh terjadi sebab aku tidak menggunakan iphone. Aku telah suspek yg ada org telah guna info Kad Kredit utk buat transaksi begitu. Macam mana? Jgn tanya aku , aku tak tau. [Read more…]

Filed Under: Educational, Tech & PC Tagged With: Cara claim dari itunes, Itunes RM399.90, Scam itunes, Scam Itunes RM399.90

Pindah WordPress Domain dan Hosting Tanpa Down Time

by ezuddin

Hosting korang buat hal sampai nak pindah domain wordpress? Memang perkara ni kadang2 susah nak jangka. Mana taknya, pada awal2 dahulu, company Hosting tu nampak macam ok. Tapi setelah beberapa tahun, ianya menjadi tak dijangka, contohnya server selalu down, customer service tiada respons, server lambat load, macam2 lah. Tu lah yang jadi pada aku, sedih bila tiba2 blog tak boleh diakses, mula2 seminggu, kemudian 2 minggu dan paling lama sebulan tak boleh akses. BENGANG WOO SERVER DOWN sebab All my life’s work has gone. And so i thought….

Pindah WordPress

Apa yang lebih malang ialah aku terlupa nak FULL BACKUP. Tu la pasal. Dek kerana percaya yang host kita tu akan ok selama2nya membuatkan aku alpa dan lupa backup. Mujur setelah blog aku boleh diakses, aku buat full backup dan dan mula mencari Host company yang baru. Host lama tu terpaksa aku tinggalkan walaupun telah lama dengannya sejak 2014 lagi. Aku tetap tak akan melupakan jasa host lama tu kerana ajar aku macam2 ttng setting di WordPress. Namun begitu, aku terpaksa bertukar kerana masalah server semakin slow dan selalu down.

Jadi untuk elakkan kita hilang segala2 kerja yang telah kita lakukan, buatlah manual backup sebulan sekali walaupun host korang tu ada buat backup juga. At least, kita ada satu backup jika something happens nanti. BTW, setelah aku berjaya jumpa Host Company yang baru, aku mulakan proses transfer Domain Dan Host. Company yang aku maksudkan tu ialah Hostingevo. Ianya pilihan aku kerana menyediakan Storage 20GB untuk 1 blog aku. Aku lebih mementingkan storage dan bandwith over anything else. 

Kat sini aku nak kongsi Cara2 aku Transfer Domain dan Host tanpa risau down time

1. Buat FULL BACKUP (Full download) terlebih dahulu. [Read more…]

Filed Under: Educational, Tech & PC Tagged With: Cara Mudah Pindah Domain dan Host, Cara Percuma pindah Host dan domain, Free Domain and Host Transfer Method, Pindah Domain Dan Host Wordpress, Pindah Domain Wordpress, Pindah Host Wordpress

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

by ezuddin

Samsung Galaxy Note 5 ini sebenarnya sedang aku nanti – nantikan kemunculannya di pasaran Malaysia. Seringkali aku terbaca tentang siri baru dari Samsung di Internet dengan menyaksikan gambar – gambar “leaked’ yang sememangnya agak mengancam jiwa dan raga. Apa yang aku sering tertunggu – tunggu ialah teknologi terbaru yang sering ditambah baik dari Samsung. Sebagai contohnya, teknologi skrin paparan terkini, sensor kamera yang mengkagumkan, fingerprint reader dan teknologi S-Pen.

Perkakas yang menarik

Seperti mana yang kita lihat di Internet, perkakasan yang ditonjolkan oleh Samsung selalunya mempunyai ciri – ciri fizikal yang agak unit dan tersendiri. Sukar untuk kita tidak menyukai ciri – ciri rekabentuk kaca dan logam yang dilengkapi di Samsung Galaxy Note 5 ini. Rekabentuk yang sangat “sleek” ini menambahkan lagi kehebatan si pengguna. Namun begitu, seperti mana yang aku tahu melalui bacaan di Internet, Note 5 ini tidak dilengkapi dengan slot MicroSd. Ini bermakna, pengguna terpaksa bergantung kepada storan dalaman sehingga 64GB. Satu kekurangan yang aku nampak disitu.

galaxy note 5

Namun begitu dari aspek perkakasan yang lain selain MicroSD, ianya merupakan perkakasan kelas pertama ditambah lagi dengan kemampuan pemprosesan 7420 cip OCTA-core Exynos dan RAM sehingga 4GB sudah semestinya kita akan dapat satu pengalaman yang menyeronokkan. Kemampuan pemprosesan yang laju lebih – lebih jika kita suka bermain Game, membuka Internet dan membaca email sepanjang masa.

S-Pen generasi baru Galaxy Note 5

[Read more…]

Filed Under: Tech & PC Tagged With: s pen, samsung galaxy 5

Berbelanja Secara Online di Harvey Norman

by ezuddin

Suatu masa dahulu, nama gah seperti Harvey Norman tidak begitu dikenali secara meluas di Malaysia. Pernah satu ketika apabila nama itu muncul dikaca T.V di salah satu siaran Singapura (bagi penduduk sekitar JB), aku tertanya – tanya apakah jenis perniagaan yang dijalankan kerana hanya perkataan “Harvey Norman” sahaja yang muncul.

Harvey norman

Harvey Norman, antara nama besar di Malaysia

Sekarang, ianya merupakan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali syarikat yang berasal dari Australia ini sudah tentu juga belum berpengalaman membuat sebarang pembelian secara online di laman web mereka. Dikenali sebagai “The Largest Retailer”, syarikat dibawah nama Harvey Norman Holdings Limited ini mempunyai 230 buah cawangan seperti di Australia, Ireland, Croatia, Slovenia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.  Ditubuhkan pada 1961 dengan hanya membekalkan peralatan perkakasan elektronik dan kemudian berkembang pesat dengan menawarkan pelbagai barangan seperti barangan elektrik, komputer, perabot dan bermacam-macam lagi.

ok [Read more…]

Filed Under: Tech & PC Tagged With: Harvey Norman Malaysia, Harvey Norman Merdeka Sale

  • 1
  • 2
  • Next Page »

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·