Shopee adalah satu platform yang sudah terkenal di Malaysia. Di awal kemunculannya pada tahun 2015 dahulu, aku telah dapat join Free Shipping program mereka pada ketika itu yang memang 100% free shipping. Tp kini, free shipping tu bersyarat dan terpilih sahaja, dah menjual barang dari china. Heee. (sedih sebab aku yang dah join lama ni pun masih tak berjaya macam org2 lain yang jual dalam shopee).. huhu… So aku bertukar secara Preorder. Nak tau rahsia preoder di Shopee?
Ok, berbalik pada cerita jual barang China ni, sebenarnya ramai yang dah mula menjual barang2 dari negara tu. Bayangkan, apa sahaja barang yang kita jumpa di Internet, kita boleh jumpa di website China tu. Tak kisahlah samada dari brand yang sama, atau jenis barang yang sama, samada Original atau pun Ori-China (sebutan oricina seakan2 original). HEEE.
Khabarnya ada satu website rahsia (Rahsia la sangat!) yang menjadi lubuk penjual2 yang menjual di platform seperti Shopee, Lazada, 11Street, Mudah.my, social media, group whatsapp, telegram, blog2, webstore dan bermacam2 lagi la di luar sana. Hampir semua barang2 itu datangnya dari China. I did say “hampir semua”.
Dan bagi aku yg menjual secara Preorder ni, ianya sangat2 membantu!!
APA RAHSIANYA? Apa nama website yang dimaksudkan tu?
Apalagi kalau bukan TAOBAO sebagai rahsia preorder di Shopee. Website ini adalah lubuk peniaga2 yang baru berjinak untuk menjual barang2 di platform2 webstore lebih2 lagi secara preorder. Ada lagi selain TAOBAO, tp kali ni aku nak fokus taobao je.
Apa itu TAOBAO?
Malas nak cakap banyak, secara ringkasnya ianya adalah satu syarikat milik Alibaba Group Holding Limited. Dan ya, Lazada juga katanya milik mereka sekarang. Opsss.. Dengan product listing yang sudah mencecah 1billion, tidak mustahil kita boleh jumpa pelbagai product diluar sana di Taobao. Login je website Taobao, search guna gambar atau keyword, dan boleh jumpa product yang kita nak cari tu!! As easy as that..
Dan tu belum lagi masuk cara beli barang di Taobao, cara untuk menghantarnya ke Malaysia, dan bagaimana untuk menjual produk di Tabao melalui webstore Shopee. Itu yang paling utama.
Daftar dahulu sebagai seller Shoppe dan daftar akaun Taobao?
Takde akaun Shopee kan? Kalau tak ada lagi, boleh lah daftar secara percuma di http://seller.shopee.com.my Mudah je. Takyah beli2 ebook bagai.
Nak MODUL VIDEO PANDUAN SHOPEE? Sy bagi PERCUMA je dibawah.
Klik gambar dibawah untuk join group Telegram terlebih dahulu
Peringatan:
Untuk dapatkan Video Panduan Shopee PERCUMA tu, pergi ke Telegram “Pinned Message” dan klik link yg diberikan, skroll sehingga habis untuk dapatkan panduan video Shopee Free tu ye.
Saya tak tipu, video Panduan tu memang Free. Jika dah ready, mulakan dengan klik link digambar ???
ATAU, bagi yang dah ada akaun shopee tu boleh la cuba pula daftar akaun Taobao. Bagi yang nak tau cara untuk daftar akaun TAOBAO, boleh download EBOOK PERCUMA dibawah ni. Ya, ianya percuma, takyah nak beli ebook mana2 pon untuk belajar daftar akaun TAOBAO. KLIK LINK DIBAWAH UNTUK DAPATKAN EBOOK.
Bagaimana untuk dapatkan item preorder?
Step awal ialah kita cari 1 barang yang kita nak jual di malaysia tu di Taobao. Katakanlah korang dah buat reaserch 1 barang yang boleh dapat permintaan bermusim kat malaysia ni. Ambil contoh produk yang pernah viral sebelum ni, Portable Mini Projector. Memandangkan website Taobao tu berbahasa cina, kita perlu translate keywords yang kita nak search tu dalam bahasa cina. Caranya, guna Google Translator. Mudah kan?
Step kedua, login ke akaun Taobao anda untuk buat pencarian. Kemudian copy keywords dalam bahasa cina dan paste di ruangan search. Tekan enter.
ATAU, anda boleh search guna gambar. Itu lagi mudah. Tekan ikon camera upload gambar produk yang anda nak cari tu. Kemudian tekan enter.
Sekiranya jika anda dapat listing selain barang yang anda kehendaki jika search menggunakan gambar, anda boleh pilih kategori yang berkaitan gambar yang anda search tu (lihat gambar dibawah). Dalam kes ni, saya pilih kategori “digital”.
PENTING::: Jangan lupa translate page itu dalam bahasa yang anda faham, english atau BM. Right-click di mana dalam page dan pilih “Translate to English”.
Setelah anda search, listing produk yang berkaitan akan terpapar di skrin. Anda bolehlah pilih mana yang agak2 murah untuk anda jual di Shopee. Contohnya, saya jumpa produk berharga 299yuan. (lihat rajah). Harga tersebut setelah di convert bernilai RM180. Tu bukan harga jual di Shopee, tapi harga kos.
Di akaun Shopee kita, just save image gambar di Taobao tadi dan upload di Shopee. Kita set harga yang agak2 munasabah, pastikan termasuk kos penghantaran dari China ke Malaysia dan keuntungan kita.
Bagaimana untuk membuat pembelian barang dari China Taobao jika customer order di Shopee?
Setelah anda setup akaun Taobao, anda perlu tau pula cara untuk MEMBELI dan MENGHANTAR produk yang dibeli dari Taoboa itu ke Malaysia. Ada 3 Langkah ringkas:-
Langkah 1 – Beli barang dari Seller Taobao. Kemudian seller akan menghantar barang anda ke Gudang Logistic.
Langkah 2 – Di gudang, Forwarder Logistic akan courier barang ke Malaysia.
Langkah 3 – Semak status dan Logistik barang.
Ok, sekarang sambung contoh tadi. Refer contoh gambar tadi seperti dibawah.
Andai kata ada pelanggan yg telah order item tu di Shopee. Jadi di Taobao, kita kilk link 299yuan tu untuk beli.
Anda akan dibawa ke page produk yang anda klik tadi. Sekiranya anda ingin konfem untuk beli, setkan kuantiti dan klik “Buy Now”.
Setelah klik buy now, pilih alamat rumah yang telah anda masukkan semasa pendaftaran tadi. Kemudian, cara penghantaran utuk ke rumah (rujuk gambar), boleh pilih sama ada By Air tau By Sea. Ini bermaksud, barang tersebut akan dihantar dahulu ke gudang pilihan kita (by air atau by sea) dan caj penghantaran ke Malaysia masih belum dikenakan lagi ye. Kemudian Klik submit orders dahulu untuk membayar harga barang tersebut dan tunggu sehingga selller menghantar ke gudang yang kita pilih nanti.
Perhatian: Saya cadangkan untuk preorder di shopee ni, korang hantar barang ke alamat korang dulu agar mudah untuk kita cek samada barang tu elok atau tak sebelum kita send pada customer (Guna AWB Shopee).
Tiba masa untuk buat pembayaran. Di Taobao, pembayaran boleh dilakukan menggunakan matawang Malaysia dan boleh menggunakan mana2 bank di Malaysia. Selepas klik submit orders tadi, boleh buat pilihan pembayaran samada menggunakan online Banking Malaysia atau menggunakan Kad Kredit. (lihat 2 gambar dibawah)

Pilihan Pembayaran Menggunakan Malaysia E-banking

Pilihan pembayaran menggunakan Kad Kredit
Sekiranya telah membuat pilihan pembayaran sebagai contoh menggunakan Malaysia E-banking, skrin berikutnya boleh buat pilihan Bank yang anda ada. Isikan email dan no telefon diikuti dengan Klik “Confirm & Pay”.
Kemudian kita tunggu untuk seller China tu pos produk yang kita beli tadi. Apabila seller dan pos, akan keluar makluman “seller shipped”. Biasanya kita akan terima notifikasi melalui email dan kita boleh semak di Taobao. Ataupun, kebiasaannya seller akan pos produk tu dalam masa 24jam dan akan terpapar info di Taobao juga. Boleh semak sendiri.
Proses berikutnya pula adalah bagaimana untuk melihat status penghantaran ke warehouse. Lihat pada skrin info penghantaran, klik “view logistic” (rujuk gambar dibawah) untuk tahu status parsel anda.
Anda akan nampak status barang anda. Bermula dari seller shipped sehingga anda terima nanti di Malaysia. Tp apa yang penting, kita kena confirmkan ianya telah tiba di gudang dahulu agar kita boleh buat pembayaran untuk shipment atau consolidation shipment.
Setelah parsel tersebut tiba di gudang, barulah kita buat pembayaran kali ke dua iaitu caj penghantaran ke malaysia. Caranya, klik semula My Taobao dan semak list pembelian kita tadi.
Jika barang telah tiba di gudang, butang Consolidation akan berwarna oren (Combined Tr). Klik butang tersebut untuk buat pembayaran. Cara pembayaran adalah sama seperti cara kita bayar barang yang kita beli tadi.
Di page consolidation tu, (1) pastikan barang2 tu pada tab yang betul.
(2) Pilih item yang kita nak hantar. Kalau ada item yang kita beli dari seller yang berbeza, boleh sekalikan pengantaran tu.
(3) Secara automatik, sistem akan set jumlah yang perlu dibayar. Klik Settelement untuk bayar.
Kemudian kita akan dibawa ke page untuk semakan alamat dan item2 yang kita telah pilih. Pastikan (1) alamat adalah betul. kemudian (2) klik Submit
Sama seperti cara yang aku terangkan sebelum ni, Pilih Malaysia eBanking. Usah pilih guna card untuk elak dari pelbagai kemungkinan. Maklumlah, macam2 kita boleh kena kalau guna kredit kad ni secara online. Tak caya?? aku dah kena. huhu Nak tau klik sini
Selepas tu, Klik Continue.
Di page pembayaran ni pula, kita dah boleh semak sekali lagi jumlah yang perlu kita bayar dalam RM dan kita boleh pilih online banking Malaysia. Pilih option bank yang korang ada, isikan details email dan klik Confirm untuk bayar. Nanti korang akan dibawa ke PAge Online Banking yang korang telah pilih. Selepas tu, buat pembayaran seperti biasa. (tac nombor dari bank korang akan diperlukan)
Setelah buat pembayaran, kita akan dibawa ke page semakan dan pemberitahuan. Pastikan dah successfully paid ye. Kalau belum, buat semula pembayaran.
Kemudian kembali ke My Taobao dan klik Products Bought. Klik View Logistic untuk buat semakan selepas 24 jam bagi mengetahui status penghantaran barang tersebut.
Nampaknya item masih OTW. So perlu tunggu beberapa hari baru akan dihantar ke Malaysia.
Selepas 24 boleh check semula. Pergi ke Taobao.com, klik “MY Taobao” dan klik “Products bought”, kemudian klik “View logistic” di mana2 item yang kita beli tadi dan dah boleh semak. Lihat gambar dibawa. YAHOO!!! Barang dah di shipped out!
Sekarang ni hanya perlu tunggu barang sampai je.
Setelah beberapa hari boleh check semula MYTaobao untuk confirmkan penghantaran dan barang yg aku order tu dah sampai atau check My Taobao dari masa ke semasa untuk tau lokasi barang kita tersebut sehingga kita terimanya.
Akhirnya, kita telah ada STOCK tu dan barang yang kita dapat tu boleh di pos ke pelanggan preorder di Shopee kita. Again, guna AWB Shopee. Jadi begitulah bagaimana aku menjual barang secara preorder dari China di Shopee.
Berapa harga yang perlu kita letak didalam Shopee pula?
Seperti yg ditulis tadi, itu terpulang kepada anda semua tentang berapa harga yang perlu diletak. Ada yang akan ambil 30%, ada juga yang membuat perbandingan harga produk yang sama dahulu di tempat lain sebelum set dan markup harga. Itu semuanya terpulang kepada anda semua.
Begitulah cara bagaimana ada seller yang menjual barang dari Taobao di dalam Shopee atau dalam webstore2 yang lain.
Untuk dapatkan kos pos dari China Malaysia dengan lebih mudah, anda juga boleh menggunakan website logistic lain untuk buat pembayaran dan pengeposan. Anda boleh guna khidmat dari website seperti contoh berikut;-
1. Yes Logistic – https://www.yeslogistics.com.my/
2. Ong2u – http://www.ong2u.com
3. Eazy La – http://eazyla.com/
Caranya mudah, anda search produk di Taobao terlebih dahulu, kemudian bila dah jumpa produk yang dikehendaki tu, just copy link product tersebut dan paste link didalam salah satu website diatas tu. Seterusnya, ikuti langkah2 yang diberitahu dalam web tersebut untuk tujuan pembayaran.
Ada web yang memerlukan anda topap sejumlah amaun dulu sebelum guna. Tak mengapa sebab postage yang digunakan agak murah sedikit, malah ada yang menggunakan perkhidmatan Poslaju.
Berapa lama untuk tempoh PRE-ORDER barang dari China?
Katakan penghantaran barang dari China ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 14 hari melalui Udara. Kita boleh ambil set masa pre-order dalam 2 – 3 minggu (21hari) atau 30hari bagi barang sampai ke tangan pelanggan.
Jika pelanggan telah melakukan order, adalah tugas kita sebagai seller untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang kaedah urusniaga kita (preorder) dan tempohmasa yg diperlukan. Jika mereka setuju, teruskan. Jika tidak, cancel order tersebut. Mudah kan preorder di shopee?
.
.
.
.
Perlukan ILMU Lebih Advance Tentang Borong Barang Dari China?
Ingin buat RM10,000 pada tahun pertama dalam Shopee?
Firstly, kita perlu tau selok belok cara untukkita menggunakan Shopee, antara cara yang kita perlu tahu ialah:-
-
-
-
-
-
- cara penetapan details dan harga product listing
- cara set Ads / Voucher / Discounts dll
- cara apply Free Shipping
- cara jadi preferred seller
- cara dapatkan product Ready Stock / Preorder / Dropship
-
-
-
-
yang kedua, tahu tak korang, selain kita ada barang ready stock untuk dijual di Shopee, kita juga boleh borong barang dari China pada harga yang murah untuk di jual di platform Shopee tu? Untung berganda2.
So, nak tau caranya? Haa. Dapatkan ilmu ADVANCE SHOPEE dari MYWAU
Pernah dengar tentang MYWAU? Ianya satu company yang telah lama menghasilkan Usahawan Import China dengan teknik2 mereka yang berkesan dan ramai yg berjaya jual dalam Shopee.
Jika korang dah ada akaun Shopee, patut belajar ilmu advance ini dari MYWAU untuk belajar lebih banyak TEKNIK-TEKNIK POWER.
Mempersembahkan………
PANDUAN DIGITAL (EBOOK) LENGKAP A to Z SHOPEE & BORONG CHINA
ATAU NAK BELAJAR MELALUI KELAS ADVANCE ONLINE??
Mempersembahkan……… SHOPEE TRAINING CLASS
TARIKH TERDEKAT: ADA DI DALAM LINK DI BAWAH – KELAS AKAN DIBUAT DI
ZOOM WEBINAR ONLINE!!
…
APA TUNGGU LAGI? KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK GRAB TIKET SEKARANG!
#adieu
As salam tuan, terima kasih atas semua info dan panduan yang amat lengkap daripada A-Z terutama tentang pendaftaran dan penggunaan laman web taobao. Thanks again.
sama2. harap ianya bermanfaat.
Maaf Tuan,saya nak tanya kalau harga postage dari taobao direct ke Malaysia agak mahal ya. Kalau guna Yes logistic lebih murah. Adakah lebih selamat dan mudah? Terima kasih
Bergantung. Ada yg murah dan ada yg mahal. Jika beli secara retail di taobao, kita boleh pilih mana yg berbaloi dgn pembelian. Bagi saya, sy akan cek dulu samada perlu atau tidak saya guna forwarder lain, jika harga agak murah, saya akan guna direct shipping. Jika agak mahal, saya cari alternatif forwarder yg lain.
Assalammualaikum..terima kasih atas pengkongsian tips ni..moge Allah murahkan rezeki encik ..akak memang tengah cari pendapat sambilan utk surirumah..
Sama2. Semoga ianya dapat membantu akak. Jika akak ingin dapatkan coaching cara2 utk borong barang China dgn lebih advance, boleh klik bit.ly/KelasBorongBarangChina . Boleh pilih negeri2 yg terlibat.
Tuan, kalau link Taobao dgn shoppe postage customer boleh track parcel kan?
keduanya trackable. Janji tau tracking page dan ada tracking number
Salam sejahtera,saya nak tahu bagaimana menukarkan tempat shipping cth: shipping form oversea, saya cuma blh munukar negeri di Malaysia shj , ia tidak dapat menunjukkan product sy ialah shipping dari overseas.
Setting “shipping from oversea” bukan untuk kita. Ianya untuk seller luar negara.
Salam nak tanya..
Assalamualaikum…nak tanya siapa tahu cara jual
Jual barang di shopee below (RM 2 – RM 15) dan shipping rm2-4 (sahaja !?) oversea air shipping 6-7 hari sampai pula tu. Atau ade cara free shipping dr china?
(Setahu saya shipping paling low boleh dapat Hanya RM10 if below 1kg DIRECT SHIPPING)
Dan Siapa tahu Cara dapatkan “STANDARD EXPRESS Tracking” untuk letak dalm shopee,(dia punya detect adalah dr supplier lagi)
Tapi saya punya pulak dapat No Tracking China iaitu 4PX/DEX dan ia bukan malaysia punya direct tracking start dgn MY01234324 87U (Contoh), dan Shopee start detect after international tracking WITH IS PROBLEM FOR ME. bila saya guna china punya traking letak dalam shopee dia tak dapat detect awal2 dari supplier lagi, padahal orang lain buat boleh detect dr seller suplier lagi bukan after international shipping. PANDUAN DIBERI TAK DIBERITAHU. SO ANYONE KNOW HOW????
dan kena guna other shipping option ke? even ada poslaju free shipping?
So pendapat awk, taobao, 1688 , pin22 mana lagi senang nak urus new order dr cust di shopee? sbb kat taobao kena apply new address dan limit 17 address je..grr..please bagi pendapat 🙁
Siapa boleh confirmkan kalau guna YES LOGISTIC kalau item below 0.5kg dapat RM6+ air shipping? Adaa sesiapa pernah dapat kah? dana kalau org yes buat lg berat jadi 1 kg, mmg rm 14+ ke dapat? (Sbb kalau guna agent ni mmg akan ade fee tu xsuka. kalau shipping rm6 ok la kalau nak ade fee rm1 tu..)
tqs
1. “Assalamualaikum…nak tanya siapa tahu cara jual
Jual barang di shopee below (RM 2 – RM 15) dan shipping rm2-4 (sahaja !?) oversea air shipping 6-7 hari sampai pula tu. Atau ade cara free shipping dr china?”
Wa’alaikumussalam. Item yang di beli di “oversea” melalui shopee adalah dari seller China sendiri. Kita tidak qualify untuk menjadi seperti mereka.
2. “(Setahu saya shipping paling low boleh dapat Hanya RM10 if below 1kg DIRECT SHIPPING)
Dan Siapa tahu Cara dapatkan “STANDARD EXPRESS Tracking” untuk letak dalm shopee,(dia punya detect adalah dr supplier lagi)”
Standard Express Tracking boleh digunakan sekiranya ia terdapat didalam list syarikat logistic di Shopee. Pun begitu, kita perlu set shipping kita sebagai “others”. Biasanya list yang ada didalam shopee ini sangat terhad. Saya rasa cik pun tahu.
3. “Tapi saya punya pulak dapat No Tracking China iaitu 4PX/DEX dan ia bukan malaysia punya direct tracking start dgn MY01234324 87U (Contoh), dan Shopee start detect after international tracking WITH IS PROBLEM FOR ME. bila saya guna china punya traking letak dalam shopee dia tak dapat detect awal2 dari supplier lagi, padahal orang lain buat boleh detect dr seller suplier lagi bukan after international shipping. PANDUAN DIBERI TAK DIBERITAHU. SO ANYONE KNOW HOW????”
Jika melalui Taobao, DIRECT SHIPPING hanya menggunakan DEX dan hanya boleh di TRACK menggunakan Dex-i.com. Manakala jika menggunakan Shopee, tracking number number dari seller luar negara dapat di track kerana mereka mereka daftar shopee seller China dan bukan shopee Malaysia.
4. “dan kena guna other shipping option ke? even ada poslaju free shipping?”
Jika secara preorder, set “others” di shipping option dan masukkan sejumlah fee yang kita perlu caj. Bagi pembeli di Shopee yang membeli dari kita, mereka boleh menggunakan voucher “Free Shipping” dan seller perlu daftar terlebih dahulu untuk program “free Shipping”.
5. “So pendapat awk, taobao, 1688 , pin22 mana lagi senang nak urus new order dr cust di shopee? sbb kat taobao kena apply new address dan limit 17 address je..grr..please bagi pendapat”
Sabar.. Jangan marah.. (grrr) . Kita sebagai seller Malaysia perlu menggunakan konsep preorder atau borong lebih dahulu jika nak jual item dari China. Jadi, kita perlukan Forwarder yang sesuai (rujuk post saya di SINI) untuk meminimumkan kos kita. Kerana ada forwarder yang mempunyai caj yang rendah (tetapi tidak serendah yang diharapkan) dan ada address list yang unlimited. Apa2 pun, samada kita order dari Taobao, 1688, Pinduodu, Aliexpress atau sebagainya, kita perlukan alamat gudang Forwarder sebagai transit seblum ke Malaysia. Jika preorder shopee, boleh hantar ke diri sendiri dahulu sebelum ke customer (tu yang sebaiknya sebab kita boleh cek barang tersebut).
6. “Siapa boleh confirmkan kalau guna YES LOGISTIC kalau item below 0.5kg dapat RM6+ air shipping? Adaa sesiapa pernah dapat kah? dana kalau org yes buat lg berat jadi 1 kg, mmg rm 14+ ke dapat? (Sbb kalau guna agent ni mmg akan ade fee tu xsuka. kalau shipping rm6 ok la kalau nak ade fee rm1 tu..)”
Contoh2 logistic yang saya berikan tu bukan 100% semuanya bagus. Ada pros and cons. Dalam hal ni, apa yang saya boleh cadangkan ialah encik / cik hadir ke kelas advance borong China untuk belajar teknik disampaing dapatkan ilmu dari mereka yang pakar bagaimana untuk meminimumkan kos. Dengan menghadiri kelas, cik / encik akan dapat support group samada melalui telegram atau whatsapp dan boleh berbincang lebih lanjut tentang perkara ni kerana segala info yang saya beri diatas tu pun mungkin bukan yang terbaik juga. Ada solusi yang lebih baik dari di atas.
Semoga Allah murahkan rezeki saudara. Ilmu yang bermanfaat dan tidak kedekut berkongsi tips & ilmu. Bagi newbies, ilmu sebegini amat-amatlah berguna termasuklah saya. Bagi yang baru nak mula berjinak-jinak dalam preorder, ramai yang offer ilmu tapi berbayar.?? Dah berjam-jam saya dok belek2 semuanya berbayar. HAHAHA.Maklumlah nak keluarkan duit takut tak berbaloi/ ditipu. So search dulu mana yang berkongsi ilmu yang sedikit secara percuma tetapi sangat berguna dan bermanfaat.
Ini hanya ilmu basic je tuan. Mmg sepatutnya free pun. Apa2, tuan boleh la cuba nanti ye. Tq kerana sudi baca
Hi Ezuddin
Very well written and this is very informative.
Do you mind to share about custom tax and restricted item? I understand electronic is one of them but how do I know the products that I want to sell is fall under restricted item?
Thanks,
Caesar
Hi. Thanks for the question. Just a disclaimer, my answer here is based solely on my experience and what i know. So it may or may not be entirely accurate.
First of all, there r 3 types of items u need to consider before buying them in taobao/1688. Normal Items, Sensitive items and restricted/ prohibited item.
Normal and sensitive items will be determined by the courier and the fee will be charged accordingly n normally sensitive items are doubled in fees. Besides, it is sometimes hard to draw a line between normal and sensitive items, maybe because we don’t have a proper guideline. But so far, what i can say about sensitive are as follows and it may vary, depending on some couriers:-
1. Battery i.e Powerbank , RC Toys , Drone , Phone Battery , Laptop Battery
2. Bluetooh item i.e Earphone , Headset , Speaker
3. Branded item i.e LV , GUCCI , ADIDAS , COACH, NIKE , PUMA , Channel , Ferrari
4. Copy item i.e Handbeg , Shoes , Wallet , Watch , T-shirt , Jersey , Cosmetic
5. Chemical product i.e Perfume , Car polisher , Engine Oil , Fertilizer
6. Cosmetic products i.e Lipstick , Foundation , Blusher , Mascara
7. Liquid item i.e Detergent, liquid soap
8. Engine i.e Remote-Controlled toys , Generator
9. Medicine
10. Sharp n pointy items i.e scisors, knife, blade (even for toys as well)
11. Electronics
Prohibited
1. Ammos / weapons
2. Drugs
3. Embargo items ( I don’t know any. Check with the local law. Huhu)
And as for custom tax, it is included in the fee imposed by the courier. Nonetheless, custom immigrations have legal rights to decline entry of the products if they deem it’s against the law (even for sensitive items at times.. nasib la).
That is y, it is advisible that u or the seller should declare the items properly to the courier.
Hope that answers ur question.
Ezuddin
Nk tnye..awb shoppe tu ape ye
hai cik. Dokumen untuk penghantaran barang yang kebiasannya merangkumi alamat penghantar, aamat penerima, nombor2 telefon dan jenis item yang dihantar.
Hi Ezuddine
Thanks for the clarification and really happy that people like you are willing to help out.
Seems that all items are sensitive hahaha wonder what else consider as normal items which we can bring in. Are you still selling at Shopee?
What is your advice? Do you recommend we still try sell sensitive items or just focus on normal items? Will there be any hints or who can we ask if that consider as restricted item or not?
On the custom tax side, do we still pay when the item reach at Malaysia custom clearance? Or its included once the items couriered from China?
Sensitive doesn’t mean restricted or prohibited. Sensitive products can stil be imported and like i mentioned before, maybe (just maybe) the courier fee may double, provided you or the seller declare it to the courier import agent. Yes, I am still selling in Shopee, just a part-timer coz i am tied up with other works as well. Still, to me, I will focus on all items in Shopee (except those prohibited ones or when you look at the item, u know urself that it is prohibited).
Heads up:
a. before listing in Shopee, make sure you know the courier import fee of the products especially the sensitive ones.
b. buy in bulk to minimize the courier import fee. Sometimes the mimimum quantity to buy (MOQ) in 1688 just 2 or 3. U can stick to the minimum MOQ or go higher if u have the capital, in order to reduce the import fee per item.
c. If it’s too sensitive, ship by sea. Yes it will take a longer time thus, use preorder setting in shopee and set for 30 days.
While for the custom tax, it is included in the import fee (from China).
Hope that clears the air. Any questions, just drop’em here and i’ll be glad to help. Cheers.
Ezuddin.
Hai nak tnye,
Mana lg murah ye borong di tabao/1688 ke atau direct dr alibaba?
Sy sekarang ni tgh usha brg pakai apps Alibaba.com.
Terima kasih ye, moga tuan dimurahkn rezeki aminn..
Maaf, saya tidak dapat respon sebab tak pernah lagi menggunakan ALIBABA.com.
Assalamualaikum encik…saya nak tanya kalau saya nak jual barang preorder di shopee kena guna duit sendiri dahulu ke untuk beli barang di taobao/1688 kalau order kat shopee masuk? sorry im newbie lgpun baru student lg..hehe
ye betul tuencik.
salam , tuan saya nak tanya . boleh ke barang dari warehouse china terus dipos kealamat penerima . bagaimana pula waybill dari shopee . kita boleh bagi warehouse china ke atau kita print kosong kita bagi pada penerima dan kita tulis barang akan sampai dari warehouse china dan sertaka no tracking yang digunakan warehouse china .
Maaf, teknik direct pos dari China ke Alamat penerima apabila terima order dari shopee ni saya rasa tidak boleh buat. Kita perlu dulu post ke diri kita kemudian baru boleh pos ke penerima menggunakan waybill shopee.