Big Bad Wolf Books in Melaka
Pengalaman kunjungan yang pertama
BIG BAD WOLF. kalau kita tak pernah dengar ayat tu, mungkin kita akan teringat cerita “Red Riding Hood”. Antagonisnya ialah the Big Bad Wolf. Tapi, ini bukan watak cerita tersebut, atau mungkinkah? Ini adalah merujuk kepada Books Sale anjuran Big Bad Wolf Books. Big Bad Wolf Books ini boleh dikatakan kerap mengadakan jualan buku besar – besaran dan boleh juga dikatakan sebagai acara tahunan di bandar2 besar. Tidak berapa pasti bila ianya bermula, tapi berdasarkan Encik Google, ianya seawal tahun 2009 (tolong maklumkan sekiranya tidak tepat).
Bertepatan dengan awal permulaan tahun ni, memang wajarlah Big Bad Wolf diadakan di luar Selangor. Untuk kali ini, ianya diadakan di MITC Melaka bermula dari 19 – 27 April 2014. Melaka bukanlah destinasi pertama namun ianya PERTAMA kali diadakan di sini. Rata – rata ramai yang memberikan respons baik terhadap Big Bad Wolf Books yang diadakan di Melaka. Dengan diskaun buku yang begitu besar sehingga ada buku yang berharga serendah rm3.00 (atau mungkin ada rendah lagi), dengan bahan – bahan bacaan import, buku latihan silibus dari Singapore, mainan kanak – kanak, poster, stikers, badges n buttons dan macam – macam lagi sememangnya menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung dan ber”shopping” di sini.
Bukan itu sahaja, sebelum Big Bad Wolf Books ini berlangsung, telah diadakan Quickfire Quiz dan juga Melaka Sale Countdown di blog blog Big Bad Wolf. Ianya bertujuan untuk menyebarkan berita tentang kedatangan mereka ini dan ramai juga yang memenangi pas pratonton Big Bad Wolf Books ini.
Pemenang Pas Pratonton
Sejak kehadiran mereka pada 19 april lalu, aku pasti ramai yang telah datang ke sini manakala aku dan keluarga telah datang pada hari terakhir iaitu 27 april dan apa yang aku lihat sediri, sambutannya memang menggalakkan. Pada hari yang sama juga ada telah diadakan Home Decor bersebelahan dewan di MITC itu tetapi, kerana Big Bad Wolf Books ini pertama kali diadakan di Melaka, sudah semestinya ianya mengatasi kehadiran Home Decor 2014 itu.
Sambutan yang menggalakkan
Bagi aku, aku bukanlah ulat buku namun begitu, ini merupakan satu peluang untuk aku membawa keluargaku datang ke sini mungkin dapat mewujudkan satu suasana dan minat yang berbeza untuk anak dan isteriku. Banyak juga buku yang kami beli walaupun tidak sebanyak orang lain yang membeli buku sehingga penuh 2 – 3 kotak yang diberikan, namum ianya cukup untuk menjadi bahan bacaan bagi mengisi masa terluang, lebih – lebih untuk isteriku. Aku hanya membeli satu buku, itu pun berkenaan gitar. Selain itu, aku juga membeli Poster the Walking Dead dan button badge Flash. (see! i am not a bookworm after all.)
Buku yang aku beli
Buku – buku isteriku
Singapore syllabus books
Apa yang lebih menarik yang dpat aku perhatikan, terdapat banyak section buku di situ antaranya ialah Adult romance, Movies and Music, Book for Dummies, Singapore syllabus books, Children books, Toys, Imported comics etc etc etc. Ianya terlalu banyak malah lebih banyak dari pesta buku yang aku “singgah” sebelum ni. Mungkin kerana jumlah bukunya yang sangat – sangat – sangat – sangat banyak, maka mereka perlu mempunyai banyak section untuk buku – buku tersebut. Yang pentingnya, ianya merupakan satu pengalaman yang berbeza dan kiranya diadakan lagi di Melaka atau yang berdekatan dekangannya, aku akan cuba untuk datang lagi bagi mengambil kesempatan terhadap harga buku yang murah itu.
Akhir sekali apa yang boleh dikatakan disini, kehadiran Big bad Wolf Books di Melaka memang satu yang dinanti – nantikan dan diharap ianya akan menjadi satu acara tahunan agar dapat memupuk sikap membaca dikalangan masyarakat di Malaysia ini.
Moralnya, kalau nak membaca tidak perlu tunggu Big Bad Wolf Books datang, tapi kalau nak cari bahan bacaan yang menarik dan MURAHHHHH, kita kena tunggu lagi kehadiran BBW di masa akan datang!