Apa itu MERS-cov?

MERS-cov ialah sejenis virus yang mula dikesan pada tahun 2012 dari negara Timur Tengah dan puncanya masih belum dapat di tentukan. Apa yang dilaporkan sehingga kini, jumlah kematian di serata dunia yang disebabkan oleh MERS-cov sudah mencecah sehingga 92 kematian. Disamping itu, pesakit yang dijangkiti virus ini akan mengalami simptom2 seperti demam, batuk2 dan sukar untuk bernafas dan masih belum ada lagi vaksin untuk penyakit ini.

KES PERTAMA DI MALAYSIA

Pada 13 April yang lalu, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan terdapat satu kematian yang disebabkab virus seumpama ini di negara kita malah merupakan kes kematian yang pertama dilaporkan berlaku di Asean. Pesakit yang merupakan seorang jemaah yang baru pulang dari mengerjakan haji 29 Mac telah mengadu sukar untuk bernafas 10 hari kemudian dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan. Namun malang sekali, pesakit telah meninggal dunia 3 hari kemudiannya.

Jemaah haji itu yang merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun itu dimaklumkan mengidapi penyakit kencing manis dan telah melawat kawasan ternakan unta sewaktu berada di sana namun dikatakan kes yang berpunca dari jangkitan haiwan ternakan tersebut masih belum dapat lagi dipastikan. Sehubungan itu, atas sebab pemantauan, pihak Kementerian Kesihatan telah meminta untuk menghubungi mereka bagi orang awam yang telah menaiki penerbangan Turkish Airline dari Jeddah – Istanbul – KL pada 29 Mac yang lalu.

mers-cov

RISIKO JANGKITAN MERS-Cov

Tidak dinafikan memang terdapat risiko jangkitan penyakit ini bagi mereka yang akan berangkat ke negara Timur Tengah. Pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk memberi peringatan tentang persediaan dan langkah pencegahan penyakit ini. Bagi mereka yang ingin menunaikan ibadat haji ataupun ingin mengerjakan umrah, pihak tabung haji telah mengingatkan mereka tentang cabaran yang mereka akan lalui sentiasa berbeza beza dari tahun ke tahun lebih2 lagi dari segi cuaca, suasana dan keadaan semasa. Dan berkenaan risiko jangkitan penyakit2 berjangkit seperti contoh MERS-cov ini, pihak tabung haji telah menyediakan beberapa langkah yang perlu diambil semasa berangkat dan semasa berada disana.

Langkah2 persediaan sebelum berangkat adalah seperti memastikan para jemaah mempunyai kesihatan yang baik dari penyakit2 kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan, diabetes dan lain2. Malah, Kerajaan Arab Saudi telah menasihatkan agar para jemaah yang mempunyai penyakit kronik untuk menangguhkan pemergian mereka ke tanah suci itu. Selain itu, pihak tabung haji telah memberi vaksin tambahan terhadap mereka yang berumur dan yang mengudap penyakit kronik ini mengikut nasihat dari pakar perubatan. Mereka juga diingatkan untuk membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah dan dalam kapal terbang.

Manakala pencegahan yang boleh para jemaah lakukan sewaktu berada di tanah suci atau pun di negara2 timur tengah adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam, sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu, sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya dan memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-Cov disamping mendapatkan rawatan segera.

Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang awam yang ingin ke negara2 timur tengah untuk mengambil langkah berwaspada dan sekiranya terdapat simptom2 yang meragukan apabila pulang ke tanah air, terus segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya terus tidak sihat serta memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Akhir kata, dengan kemunculan virus MERS-cov di bumi malaysia ini membuatkan kita harus lebih berwaspada dan berjaga2 memandangkan ianya telah menyebabkan kematian yang pertama di negara ini.

Sumber – sumber
Malaysian Insider 
The STAR 
Tabung Haji

Visited 1 times, 1 visit(s) today