Perisian Imej dan Fotografi Percuma Untuk Noob

Muat turun perisian imej dan fotografi percuma. Photo blogging pernah menjadi hobi aku suatu ketika dulu. Dengan hanya membawa kamera DSLR Canon 550D, aku mengambil apa saja gambar di mana juga aku pergi. Berbekalkan minat pada ketika itu, aku sanggup menghadiri kursus imej dan fotografi di FT studio dan di Kolej Komuniti Bukit Beruang.

Namun begitu, hasil gambar yang aku ambil kadang2 tidak memuaskan dan memerlukannya untuk di edit. Pada aku, gambar yang di ambil itu perlu di edit bagi menambahbaik hasil gambar tersebut mengikut citarasa individu itu sendiri. Sewaktu aku aktif dalam hobi imej dan fotografi dahulu, aku sering upload gambar di pic.plz dan fotopages aku. Tp malang, laman pic.plz sudah tidak aktif lagi di alam virtual.

Aku selalu memuji hasil imej dan fotografi kawan aku, Khairul, sewaktu aku bekerja di Mersing dahulu. Dia memang berbakat dalam seni fotografi ni, kagum dan cemburu dengan skil dan bakat yg dia ada. Antara software yg dia sarankan pada aku ialah Adobe CS (creative suite) yg pada pendapat aku, ianya hampir serupa dengan adobe photoshop walaupun tak sama.

Dan dalam era sekarang, pelbagai software percuma berkaitan dengan imej dan fotografi yang boleh di muat turun. Antaranya ialah:-

1. GIMP (GNU Image Manipulation Program)

perisian imej percuma

Antara software yang terbaik untuk mengedit gambar dan hampir setaraf dengan perisian edit gambar Adobe Photoshop. Dapat melakukan tugas seperti cropping, menukar saiz imej, meningkatkan kualiti gambar, tukar format imej dan lain2 lagi. Ianya boleh digunakan pada platform Windows, Linux dan Mac. Muat turun disini.

2. UFRaw

perisian imej percuma

 

Bermaksud Unidentifying RAW yang membantu untuk mengesit gambar2 dari kamera digital. Ianya boleh digunakan secara stand alone atau boleh juga berfungsi aebagai plugin bagi GIMP diatas. Antara ciri2 yg berguna ialah dapat membetulkan masalah white balance dan exposure. Muat turun disini .

3. DIGIKAM

 

Ianya adalah perisian yang biasa kita dapat jika kita membeli kamera digital atau DSLR. ia berfungsi sebagai satu perisian yang mengemaskan, organize dan menyusun gambar2 yang banyak dari memory card kamera dan di dalam PC. Selain dari organize gambar2, ianya juga boleh membantu dalam menyediakan slide show, mengedit gambar2 dan membantu memuatnaik ke Internet, import gambar2 dan juga dapat membaca details tentang gambar2 itu. Muat turun disini .

4. Greenshot

perisian percuma

 

Ia digunakan untuk membuat screenshot penuh atau separa di PC. Tangkapan skrin ditangkap boleh diedit menggunakan editor imej sebelum mengeksportnya sama ada untuk fail imej, lampiran e-mel, pencetak atau papan klip. Ianya merupakan perisian percuma yang dibangunkan untuk kegunaan di platform windows. Muat turun disini .

5. PhotoRec

perisian percuma

 

Perisian ini dapat mengembalikan data yang hilang dengan menggunakan command tertentu menggunakan DOS. Jika kita kehilangan beberapa imej di pc, PhotoRec boleh digunakan untuk mendapatkan semula fail samada di memori kad atau di PC. Ia boleh mendapatkan semula imej, fail video, dokumen, fail arkib daripada Digital Camera yang melibatkan (Kad memori, pemacu Flash, media pintar), Cakera keras dan CD-ROM. Ia juga boleh memulihkan format fail seperti FAT, NTFS, exFAT, HFS. Masih ingat lagi suatu ketika dulu, penyebaran video 3gp dan gambar2 yang tidak sepatutnya di Internet? Ada video 3gp dan gambar yang diambil untuk tujuan peribadi menggunakan kamera digital, namun atas niat2 tertentu (atau salah guna), ianya boleh didapatkan kembali menggunakan perisian ini walaupun telah dipadamkan sepenuhnya. Jadi, gunakan perisian ini dengan niat yang betul. 🙂 Muat turun disini .

Oleh yang demikian, dengan perisian yang ada dipasaran, baik yang berbayar ataupun yang percuma, semuanya boleh digunakan untuk menambahbaik gambar dan skil imej dan fotografi yang kita ada.

Sumber: perisian percuma imej dan fotografi

Visited 1 times, 1 visit(s) today