Walking Dead: Senjata api dan Peluru

Apakah senjata pilihan watak2 Walking Dead?

Senjata api atau bukan?

Walking Dead season 5 in OCT

Walking Dead

Walking Dead

Walking Dead, antara drama bersiri yang agak popular masa kini. Baru2 ini, telah berakhir Walking Dead Musim ke 4. Cerita yang telah diadaptasi dari komik lukisan hitam putih ciptaan Robert Kirkman, bermula apabila Rick Grimes, seorang penolong Sheriff yang telah sedar dari koma didalam keadaan dunia yang telah musnah dan didiami oleh mayat2 hidup (zombies) a.k.a the walkers. Misi utama Rick pada ketika itu adalah untuk mencari ahli2 keluarganya disamping telah menjumpai punca virus itu tersebar. Cerita kemudiannya berkembang dengan wujud watak2 baru dan jalan cerita – jalan cerita tentang kehidupan manusia yang mencabar di dunia “baru”.Plot cerita boleh dirujuk di sinisinisini dan yang terakhir musim ke 4, sini.

Setelah berakhirnya musim ke 4 baru2 ni, dengan pelbagai2 watak dan terlalu banyak pembunuhan zombie2 dan juga manusia, boleh dikatakan sepanjang penyiaran siri Walking Dead ini terdapat beberapa senjata yang menjadi “trademark” yang sering digunakan oleh watak2 tersebut. Senjata2 itu termasuklah yang boleh membawa maut, dan ada juga barang2 yang diambil dari persekitaran untuk dijadikan senjata! Mari kita fokus pada senjata2 itu. :)

Rick Grimes

rick with colt phyton

rick with colt phyton

Senjata pilihan: Colt Phytons

Kebaikan: Dapat menembak dengan tepat dan boleh disembunyikan atau di simpan dengan lama tanpa menjejaskan senjata itu.

Keburukan: Maksimum 6 peluru boleh dimuatkan ke senjata itu.

Review watak: Rick telah melakukan 127 pembunuhan, 70 daripadanya dengan menggunakan Colt Phytons. Boleh dikatakan majoriti siri drama ini menunjukkan Rick menggunakan Colt.

Daryl Dixon

daryl with his Crossbow

 Senjata pilihan: Horton Scout 125 Crossbow

Kebaikan: Senyap, tepat dan ringan.

Keburukan: memuat semula busur memakan masa dan busur kena digunakan semula.

Review watak: Daryl telah membunuh  sebanyak 98 zombie, 60 daripadanya dengan menggunakan Crossbow.

 Michonne

Michonne and Japanese Kattana

Michonne and Japanese Katana

  Senjata pilihan: Pedang samurai

Kebaikan: tidak perlu untuk “reload”  dan kurang penyelenggaraan seperti pistol dan senapang.

Keburukan: Memerlukan kemahiran.

Review watak: Dengan Michonne menggunakan pedang ini, mudah untuk membunuh zombie2 dan jumlah pembunuhan yang telah dilakukan ialah 45 dimana 31 daripadanya dengan menggunakan pedang samurai.

Glenn Rhee

Glenn Rhee

Glenn Rhee

Senjata Pilihan: Batang besi yang tajam atau diasah.

Kebaikan: Tidak perlu “reload”

Keburukan: Perlu jarak dekat untuk membunuh.

Review watak: Didalam siri musim ke 4, Glenn menggunakan besi untuk membunuh zombi2 yang berada di pagar penjara. Telah membunuh 31 zombie, dan 9 daripadanya dengan menggunakan batang besi.

Maggie Green

Glenn holding Walter p-99

Glenn holding Walter p-99

Senjata pilihan: Walter P-99

Kebaikan: Senang digunakan dan memuatkan banyak peluru.

Keburukan: ketepatannya tidak sehebat pistol lain.

Review watak: Boleh dilihat sebanyak 17 kali Maggie menggunakan senjata itu, telah membunuh 25 zombie dan 6 daripadanya menggunakan walter p-99.

Carl Grimes

carl n beretta

carl n beretta

Senjata pilihan: Beretta 92fs dengan silencer

Kebaikan: ketepatan yang jitu

Keburukan: Picu yang keras.

Review watak: Carl begitu kerap membunuh zombie menggunakan Beretta, 41 zombi telah dibunuhnya. 34 zombi mati dengan di tembak menggunakan Beretta.

Tyreese

Tyreese: It's Hammer time!

Tyreese: It’s Hammer time!

Senjata pilihan: Tukul besi/ hammer/ mertul  😛

Kebaikan: Perlu ke diterangkan?

Keburukan: Pembunuhan jarak dekat.

Review watak: Sepanjang siri ini berlangsung, Tyreese tidak pernah membunuh zombi dengan melepaskan tembakan. 41 pembunuhan yang dilakukan semuanya menggunakan tukul besi.

Musim ke 4 berakhir dengan menyaksikan watak2 utama ini telah berada didalam tahanan sekumpulan manusia kanibal di Terminus. Di musim ke 4 ini juga dilihat banyak watak2 utama yang telah beralih arah membawa watak yang lebih kejam dan ganas untuk terus hidup.

Terminus

Terminus

 

Sumber = Walking Dead: Weapons and Ammos

Visited 1 times, 1 visit(s) today