Antara Aiskrim dan Jenama Fesyen: Produk terbaru Magnum dan Dolce&Gabbana

Aiskrim berjenama antarabangsa atau tempatan

Tidak dapat dinafikan, rasa aiskrim ini berbeza mengikut ramuan2 sesuatu syarikat. Dan yang paling ketara apabila ramuan aiskrim itu dari syarikat gergasi seperti haagen Dazs dan juga Magnum. Aiskrim tempatan juga tidak kurang hebatnya seperti ais krim malaysia.

Terbaru kini, label fesyen mewah telah meminjamkan jenama kepada pembuat ais krim Magnum untuk bekerjasama dalam pelancaran aiskrim edisi terhad musim panas. Produk terbaru magnum yang dijangka akan dipasarkan pada bulan ini, ia akan didatangkan dalam bentuk bar dalam kotak, dan hiasan bunga dari Sicily seperti bunga zagara oren dan buah pear bagi mencerminkan suasana musim panas.

Fesyen dalam Aiskrim

Sekali sekala bila melihat pembuat aiskrim Magnum berganding bahu dengan label fesyem terkenal Dolce&Gabbana membuatkan kita tertanya2 apakah hasil gandingan tersebut. Dolce&Gabana (ejaan “&” yang tanpa ruang antara dolce gabbana) yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk2 mewah seperti Beg tangan, Baju2, Cermin mata etc sudah semesti akan dapat menjadikan produk aiskrim ini lebih menarik.

Sebenarnya, kerjasama gabungan Magnum dan D&G itu adalah untuk meraikan sambutan ke-25 tahun Magnum dalam menghasilkan produk aiskrim yang berkrim dan lazat. Produk terbaru magnum yang mengetengahkan aiskrim mewah ini dikatakan perisa kegemaran Domenico Dolce dan Stefano Gabbana, yang mana ianya menggabungkan vanila ais krim dengan cip coklat gelap dan pistachios hancur berada di tengah dan diselaputi dengan coklat putih. Rupanya sahaja seperti sungguh lazat!

Ini bukan pertama kali Magnum bergabung dengan pereka fasyen. Sebelum ini magnum pernah keluarkan produk Magnum Gold Bar; vanilla kacang ais krim dengan pusaran karamel dan lapisan coklat keemasan. Harga pasaran untuk Magnum D&G ini masih belum lagi ditentukan. Rasa2 mahal tak? Atau, rasa2 halal tak?

Sumber: Designer Ice Cream

Visited 1 times, 1 visit(s) today